Saturday, January 22, 2011

Aku ingin punya sayap agar aku bisa terbang.........

Buat pertama kali dalam tahun 2011 aku menulis. Tah kenapa hari ni terasa sangat rajin membelek blog aku yang kelihatan agak usang. Lama terbiar.

Senyap bukan bermakna aku hilang untuk selamanya. Cuma tak ada apa perkara menarik nak dikongsi.

Aku menulis bila aku rasa mood aku agak tak berapa nak stabil dan bila aku rasa aku perlukan sesorang untuk aku kongsi sesuatu cerita.

Memang aku ni beremosi orangnya. Tak kenal aku maka, tak tau.

Ah, nak kenal aku buat apa pun. Cukup rasanya kenal aku sebagai penulis blog ni. Aku bukan sesiapa.

Bukan Yuna bukan juga Anna Rafali.

Ala, yang menang AJL baru-baru ni. Memang tak diduga dan tak disangka.

Tapi, apa pun lagu dia punya mesej tersendiri. Kagum. Perkataan itu yang hanya mampu aku ucap untuknya.

Hmm..

*Sambil termenung panjang*

Ah..penat rasanya nak belajar. Penat rasanya nak menunggu untuk habis belajar. Penat juga nak menjawab persoalan yang acap kali ditanya kepadaku. Bila habis belajar? Bila habis belajar? Keje apa sekarang?

Dengan cuma satu jawapan kepada persoalan itu, aku cuma mampu tersenyum.

Sambil menunjukkan barisan gigi yang tak tersusun dan tak berapa nak putih.

Dah lali dan dah terlalu penat nak menjawab. Kali ni, biar masa menentukan segalanya.

Perjalanan aku masih terlalu panjang. Banyak liku-liku yang perlu aku tempuhi.

*Membelek nota Cytology*

*CYTOLOGY adalah kajian tentang sel-sel dalam badan manusia*.


Banyak pula rasanya perkara yang aku masih belum tahu. Sedangkan, aku dah digelar pelajar tahun akhir. Tah apa aku belajar selama ini.

Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Seperti mencurah air di daun keladi.

Nota yang aku belek dari tadi. Yang aku baca berulang kali. Hampir lima kali aku baca benda yang sama.

Ku baca atas, ku lupa bawah. Ku baca bawah, ku lupa atas. Apa ajalah yang mengganggu fikiranku.

Pejam celik, pejam celik usia aku hampir masuk ke angka 24. Ada apa dengan 24? Apa sepatutnya gadis 24 tahun seperti ku lakukan?

Bila fikir soal umur pula, satu soalan cepu mas yang sering diajukan oleh para ibu kepada anak gadisnya. Bila nak kawen?

Oh mak..Kalau mak mengerti apa rasa aku, kalau mak dah temukan jodoh yang sesuai untukku, suruh saja dia masuk meminangku.

Apa yang mak rasa baik untukku, aku terima mak.

Tapi, mak.........

Lelaki zaman sekarang ni mak, tak boleh nak percaya. Dari 10 orang yang akak jumpa, cuma 3 yang mampu dan yang lulus untuk bergelar suami.

Yang lainnya, leka dengan zaman remaja sebab mereka kata, muda cuma sekali. Tah la mak, ada jodoh, kawen la akak nanti. Mak doakan je la ye.

**************************

Malam ni, aku rasa sangat stress. Rasa macam nak lari dari KL ni. Nak pergi bercuti di pulau. Lari dari semua orang.

Nak lari dari bunyi bising kereta. Lari dari bunyi bising tv. Lari dari bunyi bising hp. Lari dari semua bunyi yang tak menenangkan.


Nak bercuti di pulau yang indah. Nak tengok keindahan pantai. Dengar deruman ombak memukul pantai. Nak dengar bunyi kicauan burung. Hirup udara pagi yang segar. Tenang rasanya jiwa.

Tengah melayan perasaan, mak datang bersama sepinggan buah. Terima kasih mak.



***************************

Aku ingin punya sayap agar aku bisa terbang...............
 

4 comments:

cik Syafiqah said...

cik kak... suka down gini... aku kan ada... meh laaa story2 ngan aku...

tapi.. aku ni, low-profile orangnya...

ahaks..

Aka-chan said...

haha. thanks weh. xde ape la. tetibe moody terlebey. hehe. biase la tu. ada masa rasa gembira ada masa rasa sedih :p

Apple Merah said...

lame dah x update entry kn? hehe baru 2 hari azam bz xsempat bukak blog hida, rupenye dah dua post hida paparkan.. ermm kehidupan ni, normal sebenarnye mcmtu hida..

Wanita yg berjaya, biasanya akan memiliki alam rumahtangga lewat kerana dia mengambil masa yg agak panjang untuk memperoleh kariernye.. jgn risau tentang jodoh.. semua dah ditetapkan..
'Baik kita, baiklah pasangan kite tu nanti.. insyaallah..'

pasal belajar tu, hida fokus.. belajar jgn letakkan niat untuk lulus je.. tp apply dalam kehidupan seharian.. jdkn setiap perkara yg hida lalui tu, satu input untuk d kaitkan dgn ape yg hida perlu fokuskan dalam course hida d university..

ape2 pn, all the best azam ucapkan.. jgn tension2 selalu tau.. Good Luck for ur further life..
thinking that u are always the best..

Aka-chan said...

agree with u ! thanks. mmg idup ni dah macam ombak laut. kejap tenang kejap musim tengkujuh..kejap beralun.. huhu. biasa kan semua tu? apa pun yg penting kena positifkan diri dalam apa juga perkara. :)