Saturday, December 4, 2010

Hati Sebersih Kain Putih

Hati ini sangat tersentuh bilamana terjaga dari tidur yang lena.

Melihat 4 kelibat manusia. Ya. Manusia.

Jam menunjukkan pukul 5.50 am. Bukan petang tapi pagi.

Mereka berempat bangun disaat manusia lain sedang asyik dibuai mimpi yang indah.

Siapa mereka ?

Mereka cuma manusia seperti ku.

Bukan makhluk halus atau apa pun. Mereka manusia.

Apa mereka berempat buat di waktu sebegini ?

Kelihatan seolah beratur dalam satu barisan.

Si kakak, diikuti 3 adiknya yang lain.

Tidur ku terganggu dek terdengar derapan kaki mereka.

Aku cuba membuka mata walaupun agak berat seolah mataku telah dilekat dengan sejenis bahan pelekat sehingga menyukarkan aku membuka kelopak mata dengan luas.

Si kakak masih seorang budak yang aku fikir masih mentah dan terlalu sukar untuk budak yang sebayanya melakukan perkara sama seperti yang dilakukannya di saat jarum pendek jam di dinding tepat berada di angka antara 5 dan 6.

Gelap dan sunyi diluar rumah. Kesejukan embun pagi membuat aku kembali menarik selimut dan membaluti badanku dengan niat untuk meneruskan pengambaraan di alam fantasiku.

Akan tetapi, kelibat mereka berempat kelihatan seolah mengganggu tidurku.

Si kakak seorang murid darjah lima, dikuti adiknya yang cuma beza setahun, dua, dan tiga tahun darinya.

Masing-masing mengambil tikar sejadah dan membentang kira-kira selangkah dari tempat tidurku.

Dalam kesamaran itu, dapat aku saksikan, si kakak, 2 adik perempuan yang lain dan seorang adik lelakinya dalam lagak mahu menunaikan solat.

Aku tersentuh seketika.

Aku memerhatikan mereka dalam kesamaran. Kedengaran mereka tertanya-tanya siapakah yang tidur berhampiran tempat mereka solat. Ya. Aku baru sampai ke kampung malam Sabtu semalam.

Aku benar-benar tersentuh melihat mereka.

Siapa mengajar mereka ?

Mereka bangun sejurus terdengar azan subuh. Ya Allah.

Mereka bukan anak orang alim-alim.

Di saat itu, teringat kembali sewaktu di zaman kecilku.

Bukan kata nak bangun pagi, nak bangun subuh memang jauh panggang dari api lah. Kalau subuh pun mungkin subuh gajah orang kata. Subuh diwaktu matahari mula menampakkan diri.

Tapi, empat beradik ni buat aku tersentuh.


********************


Matahari mula menampakkan diri.

Aku sibuk melayan karenah empat beradik tadi bersama si bongsu yang masih berumur 6 tahun.

Sempat aku bertanya salah seorang dari mereka bila besar nak jadi apa?


Eisya, bila besar nak jadi apa?
 
Eisya nak jadi ustazah.


Terkesima aku.

Buat pertama kali seumur hidup aku selama 23 tahun, aku mendengar cita-cita seorang budak yang baru darjah 4 hendak menjadi ustazah.

Kagum.

Dia dan adik yang lain tak pernah meninggalkan solat kecuali tertidur.

Dan aku ??

Ahh, tak payah nak di bandingkan lah. Jauh sekali bezanya.

Budak yang masih tak mengerti apa, hatinya bersih seperti kain putih.

Peliharalah mereka Ya Allah.

Jangan biarkan mereka terleka dan lalai bila mereka mula mengenal dunia.

Betul orang cakap iman memang tak dapat diwarisi.

Anak seorang alim ulama belum tentu menjadi alim seperti ayahnya.

Dan anak seorang penipu besar tak mustahil akan menjadi alim ulama bila besar.

Siapalah kita yang kerdil ini untuk menilai insan lain ?

3 comments:

Azam Zainal Arif said...

Alhamdulillah.. :) semoga Allah melindungi mereka hendakNya..

Selamat pagi cik Hida.. bangun2.. solat subuh..

Aka-chan said...

cik Hida ?? siapa ?

Azam Zainal Arif said...

eh silap.. cik aka-chan... :p adoi... dah tukar org rupenye eyh??