Monday, December 13, 2010

Munafiknya Kau Manusia !

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Kau suka bermain dengan kata wahai manusia. Sekejap kau kata A, sekejap kau kata B.

Sekejap kau cakap begini, sekejap kau cakap begitu.

Eh manusia! Kau tau? Tau tak? Kau suka buat orang lain marah dengan kau.

Sikap kau yang tak ubah seperti talam bermuka-muka. Betul ke peribahasa aku ni ? Ah, pedulikan.

Dah terlalu lama aku bersabar, dan aku masih bersabar selagi kesabaran itu masih milik aku.

Sampai bila ? Mungkin sampai seekor anak lembu menjadi dewasa dan mempunyai 2 ekor anak kot. Betul. Aku tak tipu.

Memang aku punya tahap kesabaran yang tinggi. Tapi, jangan suka menguji aku. Sampai satu tahap aku juga boleh bertukar menjadi hulk. Aku bukan malaikat.


********************

Terkadang aku bingung dan aku hairan. 
Kenapa di zaman globalisasi sebegini masih wujud manusia sebegitu?

*tanda tanya bermain di kotak minda*

Hmm......

*keluhan panjang*

Ikutkan hati mahu saja ku tumbuk manusia sebegini. Mau saja ku humban mereka ke sebuah pulau. Biarkan mereka kebuluran, biarkan mereka terkapai-kapai minta pertolongan. 

Memang patut mereka diajar. Mereka tak pernah tau apa yang mereka kata. Mereka sering kali memungkiri janji yang pernah mereka tabur. 

Tanda orang munafik itu ada tiga:
"Jika berkata, dia dusta. Jika berjanji, dia ingkar. Jika diberi amanah, dia khianat".

Semoga kita menjauhinya.

*******************

Susah untuk berinteraksi dengan manusia sebenarnya. Nak tak nak, terpaksa juga. Sebab aku juga manusia. Memang manusia saling memerlukan satu sama lain. 

Disebabkan sikap saling bergantungan itulah, aku tak dapat lari dari bertemu dengan manusia lain. Simbiosis ini menyebabkan aku seringkali mengeluh. 

Adakala keluhan itu tebaik untuk aku. Bukan tidak bersyukur. Menyesali sesuatu, jauh sekali. Cuma terasa dengan sedikit keluhan, hati ini sedikit terubat. 


********************

Lama aku menghilang, lama aku menyepi dari menulis bukan sebab aku malas. Cuma aku mahu simpan semuanya dalam hati. 

Akan tetapi, aku tak rasa kuat tuk tanggung sendiri. Aku kembali semula ke dunia maya. Dunia yang mana aku tak dikenali. Ok. Cuma ada segelintir saja mengenali aku. Itu sebab aku publish kan di facebook. 

Dunia maya ini, aku bebas bersuara. Aku bebas melakar. Kebebasan itu satu kepuasan. 

Peduli apa orang nak kata. Manusia memang gemar mengata. Habis satu cerita, disambung cerita lain. Tah bila nak habis, hanya mereka ada jawapannya.

Aku melakar, aku mencoret apa yang aku rasa, apa yang aku lalui dan aku rasa kita semua punya cerita yang sama.

Keadaan hati yang gundah mampu membantutkan segala kerja yang hendak dibuat

Tah kenapa hati terasa semacam ada yang tak kena.

Puas aku memujuk diri.

Ku pusing kanan, ku pusing kiri.

Seolah ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku tika ini. Sepatah ditanya, sepatah juga aku menjawab. Itu kalau rajin, kalau terasa berat sangat nak buka mulut, ku diam membatu. Seolah-olah tak mengendahkan percakapan orang.

Memang ada yang tak kena. Tapi, apa?

Aku bangun untuk menyaksikan pasukan aku berentap melawan Tottenham malam ni. Dan, aku dapat rasa yang pasukan aku akan kalah. Kedudukan sekarang seri. Ok. Berharap mereka dapat perform dengan baik.

Asalnya aku nak siapkan report yang tertangguh, tapi sampai sekarang tak disentuh lagi. Nak tunggu sampai kerja berlambak kot baru sedar nak siapkan.


*******************

Tak faham dengan sikap segelintar manusia. Tak pernah cukup dengan apa yang ada. 

Barangkali kalau dapat duit sejuta mungkin mereka nak 2 juta pula. 

Dah ada bini satu, nak tambah satu lagi kot. 
Tapi, bila sampai soal tanggungjawab semua terdiam. Membatukan diri. Memekakkan telinga. Menutup mata. 

Buat seketika manusia jadi buta, manusia jadi pekak dan manusia jadi bisu. 

Bijak berkata tapi lumpuh melaksana.

Memang lumrah agaknya. 

Terkadang rasa macam nak marah mereka. Tapi, aku siapa ? 

Cuma pelajar yang baru setahun jagung. Tak banyak makan garam lagi berbanding mereka yang dah lama hidup dan jumlah garam yang dimakan mungkin lebih dari aku. Sebab tu, dalam usia mereka senang untuk mengidap serangan jantung. 

Kalau kita berkias memang takkan ada yang faham punya. Kalau ada pun, mungkin buat-buat tak faham. Oh manusia. Pening dengan gelagat manusia ni.
********************

Keputusan perlawanan : Chelsea 1 - Tottenham 1 . Seri la pulak.

Game dah tamat, mata terasa berat. Rasanya cukup coretan tuk hari ni.

Semoga hati ini kembali tenang pagi esok.

Saturday, December 4, 2010

Hati Sebersih Kain Putih

Hati ini sangat tersentuh bilamana terjaga dari tidur yang lena.

Melihat 4 kelibat manusia. Ya. Manusia.

Jam menunjukkan pukul 5.50 am. Bukan petang tapi pagi.

Mereka berempat bangun disaat manusia lain sedang asyik dibuai mimpi yang indah.

Siapa mereka ?

Mereka cuma manusia seperti ku.

Bukan makhluk halus atau apa pun. Mereka manusia.

Apa mereka berempat buat di waktu sebegini ?

Kelihatan seolah beratur dalam satu barisan.

Si kakak, diikuti 3 adiknya yang lain.

Tidur ku terganggu dek terdengar derapan kaki mereka.

Aku cuba membuka mata walaupun agak berat seolah mataku telah dilekat dengan sejenis bahan pelekat sehingga menyukarkan aku membuka kelopak mata dengan luas.

Si kakak masih seorang budak yang aku fikir masih mentah dan terlalu sukar untuk budak yang sebayanya melakukan perkara sama seperti yang dilakukannya di saat jarum pendek jam di dinding tepat berada di angka antara 5 dan 6.

Gelap dan sunyi diluar rumah. Kesejukan embun pagi membuat aku kembali menarik selimut dan membaluti badanku dengan niat untuk meneruskan pengambaraan di alam fantasiku.

Akan tetapi, kelibat mereka berempat kelihatan seolah mengganggu tidurku.

Si kakak seorang murid darjah lima, dikuti adiknya yang cuma beza setahun, dua, dan tiga tahun darinya.

Masing-masing mengambil tikar sejadah dan membentang kira-kira selangkah dari tempat tidurku.

Dalam kesamaran itu, dapat aku saksikan, si kakak, 2 adik perempuan yang lain dan seorang adik lelakinya dalam lagak mahu menunaikan solat.

Aku tersentuh seketika.

Aku memerhatikan mereka dalam kesamaran. Kedengaran mereka tertanya-tanya siapakah yang tidur berhampiran tempat mereka solat. Ya. Aku baru sampai ke kampung malam Sabtu semalam.

Aku benar-benar tersentuh melihat mereka.

Siapa mengajar mereka ?

Mereka bangun sejurus terdengar azan subuh. Ya Allah.

Mereka bukan anak orang alim-alim.

Di saat itu, teringat kembali sewaktu di zaman kecilku.

Bukan kata nak bangun pagi, nak bangun subuh memang jauh panggang dari api lah. Kalau subuh pun mungkin subuh gajah orang kata. Subuh diwaktu matahari mula menampakkan diri.

Tapi, empat beradik ni buat aku tersentuh.


********************


Matahari mula menampakkan diri.

Aku sibuk melayan karenah empat beradik tadi bersama si bongsu yang masih berumur 6 tahun.

Sempat aku bertanya salah seorang dari mereka bila besar nak jadi apa?


Eisya, bila besar nak jadi apa?
 
Eisya nak jadi ustazah.


Terkesima aku.

Buat pertama kali seumur hidup aku selama 23 tahun, aku mendengar cita-cita seorang budak yang baru darjah 4 hendak menjadi ustazah.

Kagum.

Dia dan adik yang lain tak pernah meninggalkan solat kecuali tertidur.

Dan aku ??

Ahh, tak payah nak di bandingkan lah. Jauh sekali bezanya.

Budak yang masih tak mengerti apa, hatinya bersih seperti kain putih.

Peliharalah mereka Ya Allah.

Jangan biarkan mereka terleka dan lalai bila mereka mula mengenal dunia.

Betul orang cakap iman memang tak dapat diwarisi.

Anak seorang alim ulama belum tentu menjadi alim seperti ayahnya.

Dan anak seorang penipu besar tak mustahil akan menjadi alim ulama bila besar.

Siapalah kita yang kerdil ini untuk menilai insan lain ?

Thursday, December 2, 2010

Penantian Itu Memang Menyeksakan !

Ah. Lamanya tak update blog ! Rindu nak mengarang. Rindu nak berpuitis. Hehe.

Maaflah semua. Kebelakangan ni sibuk memanjang. Biaselah bila kelas pun dah bermula. Assimentnya la. Itu lah inilah. Jadinya bila nak update blog je, terbantut.


*******************

Benci bila terpaksa menunggu. 

Benci bila orang dah berjanji pukul 10, tapi datang pukul 12 ! Benci !! 

Mood terus mati dan hilang rasa teruja untuk enjoy. 

Ah ! Spoil betul la. 

Manusia suka berjanji dan manusia itu sendiri suka melanggar janji yang dibuat. 

Aku memang pantang bila orang tak menepati janji. Serius.

Nasib la mood hari ni agak baik. Boleh kontrol emosi sikit. 

*******************

Entri ni sekadar mengisi masa lapang menuggu orang yang berjanji datang pukul 10pagi, sekarang dah jam 11pagi. 

Terima kasih kerana mengajar aku erti kesabarn ye.