Sunday, October 31, 2010

Kembali ke sekolah

Kali ni aku nak bawak korang menjelajah ke zaman lampau. Zaman di mana, aku berfikiran agak bodoh-bodoh sikit. Zaman aku muda remaja la. Sekarang muda juga. Cuma sekarang dah matang dan pandai berfikir.


Zaman kanak-kanak aku suka sangat tengok tv. Power rangers, barney n friends, sailormoon, doraemon, dan banyak lagi lah. Semua cerita kartun aku layan. Balik dari sekolah petang terus berlari-lari balik rumah semata-mata nak menonton rancangan kartun kegemaran sambil minum petang dengan adik. Baju sekolah tak salin. Terus terpacak depan tv. Pulak tu, kartun dulu suka tayang sampai maghrib. Sudahnya, pukul 8 baru p semayang. Hehe.




Satria baja hitam ! One of my febret hero ! :D


********************



Zaman sekolah rendah aku ni tahap malu memang maha dahsyat! Pemalu sangat lah! Mak aku selalu bekalkan makanan tuk aku makan masa rehat. Memang rehat aku makan bekalan aku je lah. Aku makan sorang-sorang sebab  masa tu belum ada kawan lagi. Ada satu hari mak aku malas nak bekalkan makanan tuk aku, dan kalau nak makan, aku kena beli kat kantin sekolah. 



Aku yang pemalu amat ni, resah gelisah je dalam kelas. Duk fikir nak makan tak. Perut dah menyanyi. Lastnya aku decide nak pergi beli makanan. Aku jalan memang macam nak cium tanah dah. Tahap menunduk tu, kira nak menyembah bumi dah. Masa tu, ketakutan aku tak boleh nak dicakap. Tah apa yang aku takut pun tak taulah. Aku dapat rasa yang semua orang pandang aku! Memang gila perasan kan? Haha. Bajet macam comel je aku ni. Bila ingat balik, tah macamana lah aku boleh macam tu. Hehe.





Kalau dulu aku selalu terfikir, kalau bercium boleh mengandung. Sebabnya, aku tengok drama lah. Lepas adegan cium tak lama mesti perempuan tu mengandung. Pengaruh tv betul bahaya tuk kanak-kanak. Hehe. Ok lagi, ada kawan aku pulak tahap kebodohan dia lagi tinggi sikit dari aku masa tu, boleh fikir kalau pegang tangan je dah boleh mengandung! Kalau macam tu aku rasa, dah banyak baby dah aku masa tu kot. Kalau pegang sorang je dah boleh mengandung. Pegang 10 orang, dah boleh buat team bola dah! Haha





Ni bab pregnant pulak. Ok masa tu BI aku agak ke longkang. So, tak pandai nak cakap pregnant. Aku kata mengandung. Aku ingat lagi, aku pernah tanya mak aku, baby dalam perut tu, keluar ikut mana. Mak aku pun lantas menjawab ikut belakang. Aku yang masa tu tahap IQ aku dalam 20% pun mengangguk tanda paham. Aku pun terfikir, bila mak nak bersalin, mak pergi bilik air untuk membuang dan pada masa yang sama adik aku pun keluar ! Ok. Nampak macam senang je nak bersalin. Ni pengaruh mak aku la ni. Kalau dia tak cakap bersalin kat situ, takda aku fikir macam tu ! Mak aku salah ! Haha.



**********************



Masuk zaman remaja, tahap IQ aku dah naik sampai 40%. Haha. Masih kategori bodoh-bodoh lah jugak masa ni. Aku ni sorang je perempuan dalam adik beradik aku. Lain semua lelaki. Aku ingat lagi, masa tu aku lah yang paling tinggi dalam adik beradik aku. Bangga jugak lah. Adik aku selalu suruh aku ambilkan barang kalau dia tak sampai. Dan dengan gelak angkuh aku mengejek. Haha, pendek! Masa tu aku tak tau yang pertumbuhan lelaki lambat dari perempuan. So, aku assume yang aku bakal menjadi anak tertinggi dalam keluarga. Bila dorang dah membesar, dorang lebih tinggi dari aku. Aku sedih gila masa tu. Aku selalu fikir kenapa aku makin pendek. Sekarang aku dah tau sebab aku pendek. Lain kali jangan terlalu angkuh. Huhu.




Bila umur dah meningkat, saiz badan pun dah bertambah. Baju yang dulunya aku pakai, dah tak boleh pakai. Aku selalu cakap dengan mak yang baju dah kecik. Aku pun pelik macamana baju boleh mengecik. Puas aku fikirkan jawapan. Punyalah bangang masa tu. Kenapa lah aku tak terfikir yang aku sedang membesar. Bukan baju yang mengecik! Haha. 



 ********************



Zaman sekolah menengah lain pulak cerita. Duduk di asrama. Masa tu, zaman budak gilakan lagu. Aku yang BI ke longkang pun boleh fasih cakap omputih masa ni. Kau tanya je lagu apa, gerenti aku boleh jawab dengan lancar dan sempurnanya. Kawan aku lagi dahsyat. Berbuku-buku buku lagu dia buat. Dah boleh buat album aku rasa. Memang gila betul. Bila dah berbuku-buku lagu memang buku dia jadi sasaran member lah. Pinjam meminjam sampai hilang ! Menangis-nangis kawan aku tuh. Sebab buku lagu hilang je pun. 







**********************


Zaman aku tingkatan 6, satu pengalaman yang memang aku tak boleh lupa. Aku still duduk asrama tapi tak lama. Masuk tingkatan 6 atas, aku dah keluar. Tak larat duduk asrama. Itu tak boleh, ini tak boleh. Ketat sangat. Ok. Masa aku tingkatan 6 bawah, duduk asrama. Biasalah duduk asrama mesti ada prep petang dan malam. Prep tu kira macam kita ulangkaji pelajaran lah ataupun masa untuk menyiapkan kerja sekolah yang sebakul tuh. 



Kejadian tu berlaku masa prep malam. Tah apa demam si warden asrama, boleh buat spot check masa tu. Duduk asrama memang tak boleh bawak hp. Aku ni kepala besar sikit. Otai la konon. Seludup masuk hp. Malam tu, tiba-tiba angin takda ribut takda, warden terjah bilik prep ! Perh ! Kecut perut aku. Dengan suara lantang, warden suruh kitorang semua ke depan tinggalkan meja belajar. 


Aku ni dengan hp kat tangan menggelabah lah! Mau tak gelabah, silap hari bulan kena gantung asrama weh! Nak merempat celah mana aku. Kg aku dah lah dalam hutan. Bas masuk seminggu sekali. Orang yang keluar bandar, lepas seminggu baru dapat balik !


Semua orang kelam kabut masa tu. Aku dengan hp kat tangan menggigil pergi depan. Aku stop kat satu meja. Bawah meja tu memang macam tempat tikus beranak dah aku rasa. Sampah sarap penuh! Aku sumbat hp aku kat bawah meja tu! Lepas tu aku tutup dengan sampah-sampah dalam tu. Aku pun terus kedepan.


Ok. Pengawas-pengawas asrama yang kononnya berdisiplin tolonglah menyelongkar dan mencari benda-benda haram. Sampai kat tempat aku dengan member aku lepak malam tu, kedengaran suara nyaring pengawas asrama. "Sini ada satu!" Perh. Menyirap darah aku. Aku terlupa charger yang aku bawak. Habis lah aku kali ni. Warden pun apa lagi, dengan suara nyaring dan bengisnya bertempik. 

"Sapa punya charger ni?" 

Suasana diam seketika. Masing-masing menunduk. Takda sorang pun mengaku. Aku punya! Jerit aku dalam hati. Aku membatukan diri. Seram sejuk tangan aku!


Berkali-kali warden menyoal. Geram dengan reaksi kitorang, warden menyuruh pengawas geledah bilik prep dan kawasan-kawasan sekeliling bilik tersebut. 


Bila pengawas tiba je dekat meja yang jadi sarang tikus tu, aku dah seram. Aku berdoa supaya pengawas tu dibutakan mata. Beliau menggeledah ala kadar dan...................hp aku tak dijumpai ! 


Ya Allah. masa tu aku dah rasa macam nyawa kat hujung tanduk dah. Lega bila pengawas yang konon baik tu terlepas pandang! Haha. Terima kasih sebab kau menyelamatkan aku. 


Misi untuk mencari hp telah gagal. Aku tersangat lah gembira. Nasib hp aku tak berbunyi. Kalau berbunyi memang sengaja mengantoikan aku! 


Lepas bab hp, masa untuk spot check diri pula. Barang kemas dilarang pakai. Dan masa tu, aku pakai subang emas ! Memang free-free je kena rampas! Samdol betul dorang ni ! 


Sampai la aku keluar dari asrama, aku tak tau apa yang terjadi dengan subang emas aku tu. Silap hari bulan dah selamat dikekah kot. Tah la. Halalkan aja lah. 


Aku pernah jadi pengawas kat asrama. Pengawas disiplin tu ! ha..kau. Tak boleh bla betul ! Haha. Aku dengan geng aku lah kaki langgar disiplin. Lastnya aku kena lantik jadi pengawas disiplin! Mungkin sebab aku comel aku rasa. Haha. Apa ingat aku ni singa ke orang nak takut ? Apalah warden ni. macam takda orang lain pulak. 


Tapi sekejap je aku jadi. Aku malas nak pikul tanggungjawab tu sebab geng aku kaki ponteng prep! Tak kesian langsung kat aku. Bukan nak jaga nama baik aku. Hahaha. Akhirnya aku letak jawatan dan keluar dari asrama. Tingkatan 6 atas aku berulang dari rumah makcik aku ke kelas. 



********************


Banyak lagi kenangan bodoh-bodoh masa aku muda dulu. Hehe. Tapi, ni je lah yang aku ingat masa ni. Kalau tetibe teringat aku update ok. Kenangan zaman silam memang menggelikan ! Kalau masa boleh dikembalikan, aku rasa aku nak balik ke zaman aku tingkatan 6 sebab aku nak mengaku, charger tu aku yang punya ! Hahaha


Ok. Sampai sekarang, aku memang tak boleh buat jahat sebab bila masa aku nak buat jahat, mesti nasib aku kurang baik. Huhu. So, aku kenalah sentiasa buat baik. Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali! Ok. Enough ! Selamat membaca .


Thursday, October 28, 2010

Hanya dia saja yang memahami

Saat aku kesusahan, saat aku kesedihan, saat aku kesunyian, cuma ada seorang insan yang mampu memahami jiwa dan perasaan aku tika itu. Insan yang sanggup susah dikala aku susah dan bersenang dikala aku gembira. Insan yang tak pernah memberi alasan bilamana aku memerlukan bantuan. Kalau mungkin ada alasan sekalipun, dia sentiasa meluangkan masa bertanyakan khabar aku.


Tak. Bukan "dia" yang aku maksudkan. Bukan cinta. Cinta itu terlalu menyakitkan. Cinta itu terlalu sukar digambarkan. Terlalu pahit untuk dikenang. Cinta buat aku bangun dan cinta juga buat aku lebih matang untuk menilai lelaki.


Dia yang aku maksudkan adalah dia yang sanggup menghulurkan tangan tika aku kesusahan. Tika aku perlu pertolongan dan tika aku kesunyiaan. Dia adalah seorang yang bergelar SAHABAT.





*******************

SAHABAT ? 

Sahabat gembira senang kita jumpa, tapi sahabat yang bilamana kita dalam kesedihan..dia sering menghulurkan bantuan dan dia sering hadir tanpa diduga..memang susah untuk dicari. SAHABAT memang terlalu beharga untuk dinilai.

SAHABAT itu,

Bilamana tiba hari untuk aku hantar laporan dan kala itu juga laptop aku bermasalah, dia menghulurkan bantuan bila aku memerlukannya. Bilamana semua gambar yang sepatutnya aku lampirkan bersama laporan aku telah terkubur bersama laptop aku yang rosak, dia sudi meng'emel'kan gambar yang dia dapat. Terima kasih Cik Azlina Zahari. Kau memang sahabat aku dunia akhirat!

SAHABAT itu,

Bilamana aku menghubunginya, secepat kilat dia membalas. Bilamana pelbagai persoalan yang aku tanyakan, dia akan cuba menjawabnya walaupun terpaksa. Terima kasih Cik Azlina Zahari. Sekali lagi kau memang tak pernah mengecewakan aku.

SAHABAT itu,

Bilamana aku menghubunginya, dia menjawab dengan ikhlas. Bilamana aku perlukan bantuan, dia sedia membantu tak kira masa. SAHABAT itu juga, bilamana dia tak mampu menghulurkan bantuan, dia masih lagi sanggup berkata 'kalau kau ada masalah lagi, bagitau lah. Kalau aku boleh tolong aku tolong'. Terima kasih Ummi Nurul Farahim. Bagi kau memang kau tak pernah menolong, tapi bagi aku cukup dengan perasaan risau kau pasal aku, dah cukup tuk aku rasa kau memang SAHABAT aku paling cool !

SAHABAT itu,

Bilamana aku dan dia berlainan bangsa dan agama, tapi dia tak pernah fikir itu semua. Pada dia, aku adalah SAHABAT nya. Bila aku dalam kesusahan, dia sedia menghulurkan pertolongan dan dia tak pernah berkira. Terima kasih buat SAHABAT ku Shamini Cheliah dan juga Rita Devi. Korang memang seorang SAHABAT yang perihatin dan seorang SAHABAT yang suka melihat SAHABATnya gembira.

SAHABAT itu,

Bilamana laptop aku bermasalah, dia sanggup meminjamkan laptopnya dan tak kisah aku bermalam di rumahnya. Bilamana aku menggunakan laptopnya 24 jam sekalipun, dia tak pernah marah. Dia cuma cakap    ' laporan akak tu lagi penting'. Terima kasih SAHABAT merangkap JUNIOR ku Iza Izzati dan juga Wan Khairull Dhalila. Korang memang sempoi !



*************************

Terima kasih SAHABAT-SAHABAT ku semua ! Tuhan saja dapat membalas
pengorbanan korang.



SAHABAT juga adalah insan yang bila dia tak suka sesuatu tentang kita, dia akan cuba mendiamkannya. Dia terima kita seadanya dan dia tak pernah putus asa memberi kata semangat bila SAHABAT mereka yang lain dilanda kesusahan yang maha dahsyat.



*********************


SAHABAT dan CINTA terlalu jauh berbeza. SAHABAT susah untuk dicari ganti. CINTA terlalu mudah datang dan pergi. CINTA sering menyakitkan dan CINTA juga sering melalaikan. Tatkala kesedihan, SAHABAT datang dan dia sentiasa datang untuk menggembirakan hati SAHABATnya yang lain.

Ape punya sahabat ni ? ;p

Perasaan yang terlalu sukar tuk digambarkan !

Ah ~~ damai sungguh rasa dihati setelah satu persatu beban yang tergalas akhirnya bebas. Aku gembira. Gembira dan tersangatlah gembira. Tatkala ini aku rasakan akulah insan paling bahagia di dunia ini. Ya. betul. Memang aku bahagia. Setelah pelbagai rintangan, dugaan dan cabaran yang tak jemu jemu datang kepadaku, akhirnya mereka mengalah jua. Mereka terpaksa menyerah di atas kesungguhan aku. Terima kasih Ya Allah. Kau sering datangkan kebahagian kepadaku tepat pada masanya.

********************

Akhir-akhir ni, banyak sangat dugaan yang menimpa. Laptop aku bermasalah lagi. Aku rasa masalah yang sama berkaitan dengan mother board. Ah. Beratus lagi lah nampaknya melayang. Hutang dengan membe lain pun tak terbayar lagi. Sabar ye korang. Ada duit, aku akan bayar gak. Cuma lambat sikit je lah. Hari ni aku sangat gembira sebab laporan praktikal aku siap dan aku dapat hantar tepat pada masanya walaupun dalam keadaan yang memaksa.
Sakit bila kita ada kerja yang perlu disiapkan ditambah dengan due date semakin hampir, laptop pula bermasalah. Dan aku memang tak buat backup langsung untuk kerja-kerja aku yang dah separuh siap! 3 hari sebelum tarikh akhir penghantaran laporan praktikal, laptop aku tak dapat on! Ah. Sakit. 30 muka surat aku dah siapkan dan saat-saat akhir, laptop tak boleh nak on langsung ! 


Tu la padan muka aku kan? Sape suh tak buat backup! dah kena dah. Tanggunglah sendiri. Huhu. Tapi, takpa aku dapat siapkan dengan sempurna dan jayanya seperti yang telah dirancang.

********************

Bila dah terkena batang hidung sendiri baru lah kelam kabut buat backup. Tu perkara biasalah. Bila buat kerja pun last minute memang sedap kalau terkena kat batang idung sendiri. Yang belum kena tu, tunggu je lah masa korang pulak. Tak payah lah duk sibuk nak buat backup. Menyusahkan korang je. Kalau tiba-tiba ada masalah, pepandai la cari jalan penyelesaian ye. ;p

Friday, October 22, 2010

Sape curi 'KEJU' aku - PART 2

Sambungan dari Sape curi "KEJU" aku- Part 1

Si kerdil Lah yang telah bangkit dengan semangat yang baru memulakan langkah untuk meneruskan pencarian "KEJU" nya. Sahabatnya si Mel enggan mengikut. Kata Mel, beliau dah rasa yang Stesyen 1 tu, macam rumah mereka dan beliau takkan berganjak sedikit pun walau ape pun yang terjadi.


Puas si Lah memujuknya.

" Mel, jomlah kita merantau ke tempat yang baru. Mana tau kita akan jumpa "KEJU" yang baru". Kata Lah

" Ekau nak poie, poie lah Mel. Aden maleh nak layan. Aden dah anggap tempat ni macam tempat aden dah. Aden dah serasi dengan keadaan kat sini. Aden malas nak menyusahkan diri merantau sepurnama lagi untuk cari "KEJU" baru. baik aden tunggu sini jo kot-kot "KEJU" lama tu dipulangkan semula". Kedegilan Mel semakin menguji tahap kesabaran Lah.

"Dah tu, kau nak tunggu sampai bila Mel? Silap hari bulan mati sia-sia kau kat sini" balas si Lah

"Sampai aku dapat "KEJU" aku semula lah. Eh Lah, aden nak tanyo ni ha..Kalau "KEJU" yang ekau cari tu memang takda macamana? Kalau ada pun, tapi ekau tak jumpo plak..macamana? Tak ke susahkan diri ja?" soal si Mel

Lah membalas pendek. "Tah la Mel. Aku bergantung pada nasib lah. Janji aku da berusaha".

********************

Di suatu tempat......
Kedengaran suara Tam dan Teh mencicit. Setelah genap 7 hari, 6 malam mereka mencari "KEJU" di seluruh pelosok lorong di kaki Bukit Gasing, Akhirnya.......................................

Mereka sampai di Stesyen N. Stesyen yang sangat kaya dengan "KEJU-KEJU" baru dan segar. Mereka tergamam tak terkata.

"Teh, kau nampak tak? Rezeki Teh. Akhirnya setelah bersusah payah kita mencari. Berbaloi usaha kita Teh". Sorak si Tam.

"Tam, kita kaya Tam! Kita jutawan 2000 Tam! Kau tengok ni kasut sukan aku. Habis berlubang-lubang di sebabkan untuk mencari "KEJU" ni. Lepas ni aku nak beli kasut NIKE baru. Yang lebih mahal, bergaya dan kalis air dan lasak! Hahaha." Teh keriangan.

"Teh, haha. Bukan takat nak beli kasut je, kau nak beli banglo pun dah boleh ha aku rasa. Lepas ni kita bersenang lenang sikit lah ye".Balas si Tam

Akhirnya mereka meloncat keriangan. "KEJU" yang baru mereka temui lebih segar dan lebih lazat. Mereka tak berhenti mengunyah "KEJU" yang baru dijumpai. 

********************

Lah yang dengan semangat berkobar-kobar mahu merantau berfikir panjang.

"Betul ke apa aku buat ni? Kalau memang takda "KEJU" kat luar sana macamana nasib aku? Kalau memang ada sekalipun, tapi aku tak jumpa macamana? Sia-sia je aku bekorban" Lah bercakap sendirian.

*selepas hampir setengah jam berfikir*

Lah mengambil keputusan untuk meneruskan niatnya mengembara. Dia mengenepikan segala ketakutan dan segala persoalan yang membelenggu fikirannya. Dalam fikirannya sekarang cuma ada bayangan "KEJU" yang bakal dia temui. Semakin kuat dia membayangkan "KEJU" tu, semakin bersemangat dia untuk mencapai matlamatnya. 

Pagi petang siang malam Lah tak berhenti berusaha. Di setiap hentian yang di tuju, dia menemukan secebis "KEJU". Namun, baginya "KEJU" itu belum cukup memadai untuknya. Dia meneruskan perjalanan sehingga dia tiba di stesyen N ! Dan disitu.............................................

Segala-gala yang dilihatnya umpama dia bermimpi. hampir tak percaya dia. Tapi, setelah dia melihat dua sahabat tikusnya si Tam dan Teh ada disitu, dia sedar yang dia bukan bermimpi! Dan, yang pasti dia telah menemui syurga "KEJU" yang baru. Dia menjerit keriangan menyebabkan Tam dan Teh tersedak dan hampir tak bernafas!

"Hoi! Kau ni Lah. Adab takda ke? Tak nampak kitorang tengah bersantap ni. Kau suka-suka jerit macam histeria apasal? Nampak hantu ke?" marah si Tam.

"Sory lah kawan. Aku gembira sangat yang aku dah jumpa syurga "KEJU" baru! Tak sia-sia aku merantau jauh" kata si Lah.

Mereka menikmati "KEJU" bersama..

Lah masih berharap kedatanagan Mel yang degil dan tak mahu mendengar nasihatnya. Dalam keseronokan menikmati hidangan mereka, terdengar bunyi derapan kaki...........

Lah menaruh harapan yang tinggi untuk melihat itu adalah Mel...

********************

Pengajaran dari cerita "KEJU" :

Manusia seringkali lupa dan leka dengan kesenangan yang mereka peroleh. Mereka lupa bahawa kesenangan itu, bersifat sementara. Manusia juga suka duduk di zon yang selesa tanpa mahu berubah sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan. Mereka cuma duduk dan berharap yang keadaan akan pulih seperti sediakala tanpa bertindak melakukan apa-apa. Mereka sering diselubungi perasaan takut mereka sendiri. Takut untuk membuat perubahan. Takut untuk menghadapi kenyataan. 

Siapakah anda dalam cerita tersebut?

Rezeki tak datang bergolek. Usahalah untuk mendapatkannya. Even, untuk dapatkan awek pun kena ada usaha. Apa pun, jangan bersedih dengan apa yang berlaku dalam hidup kita. Tuhan datangkan ujian untuk kita lebih mendekatiNya. Terimalah dan lakukan perubahan. Anda yang menentukan nasib anda sendiri. 

********************
Credit to "Who move my Cheese" book. Akhirnya siap 2 entri aku untuk minggu ni. Haha. Selamat membaca semua. Semoga terhibur. Aku tau aku bukan pencerita yang hebat, tapi apa aku nak sampaikan adalah nasihat. Bukan untuk kau tapi nasihat untuk kau dan aku. Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca sampai habis walaupun merepek ke longkang. Sekian saja. :)


Thursday, October 21, 2010

Sape curi 'KEJU' aku ? - PART 1

Pada suatu masa dahulu tinggal 4 jenis makhluk di dalam satu lorong di belakang Bukit Gasing. Dua dari makhluk itu merupakan sejenis tikus yang tersangat lah comel diberi nama Tam dan Teh. Tam dan Teh merupakan sahabat baik. Mereka telah berjanji sehidup semati. Tam merupakan tikus hitam yang sangat handal memburu manakala Teh merupakan tikus putih yang pantas dan cekap.


Dua lagi makhluk tersebut merupakan orang kerdil yang tersangatlah kerdil. Mereka merupakan satu spesis manusia yang tinggal dan hidup di lorong-lorong di lereng bukit. Mereka sama seperti manusia. Cerdik dan pintar. Seorang bernama Mel dan sorang lagi bernama Lah. Mel merupakan seorang kerdil yang suka mengomel sendirian. Pagi petang siang malam, pot..pet..pot..pet.. Lah pula seorang kerdil yang suka mengalah. Disebabkan beliau yang sering mengalah dengan bebelan si Mel, maka beliau digelar Lah.


Mel dan Lah merupakan kawan baik. Seperti manusia mereka mempunyai pelbagai kepandaian. Mereka menggunakan otak yang mereka ada untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul. Disebabkan kebijaksanaan mereka, mereka sering memperkecilkan Tam dan Teh. Tam dan Teh cuma seekor tikus dan seekor tikus tidak akan pernah menjadi seorang manusia. Semua pun tahu. Ala, tikus. Ada apa dengan tikus? Huh?

Ok...nak dijadikan cerita,

Tam, Teh, Mel dan Lah masing-masing ada satu persamaan. Tiap pagi mereka akan mengenakan pakaian sukan beserta kasut sekali. Kenapa? Kerana mereka semua mencari seketul 'KEJU'. Seawal pagi sesudah subuh, mereka keluar dari tempat persembunyian untuk mencari sesuap makanan
.

Bayangkan lah, mereka yang kerdil lagi comel itu, berhempas pulas di subuh hari untuk mencari sesuap nasi. Di hutan belantara, di lorong yang gelap dan sunyi. Bahaya menanti mereka di mana-mana. Akan tetapi ketakutan mereka terpaksa diatasi demi sesuap makanan.

Setalah satu purnama mereka merantau, akhirnya mereka sampai di suatu kawasan. Stesyen 1. Terbeliak mata mereka sesudah menjejakkan kaki di stesyen tersebut.  Mereka bertemu syurga 'KEJU'.


'Ekau tengok tu Lah. Ekau nampak tak apa yang aden nampak ni? Oh Lah!.. Jerit Mel kepada Lah.

'Apa benarkah ini atau sekadar khayalan dan fantasi? Lah menggosok-gosok matanya yang tidak gatal.

'Ekau ni, nak kato buto, teman nengok ekau tok pulok teraba-raba. Betol la ni yop! Kita kayo yop! Kita kayo! . Mel melompat lompat bagai kera mendapat bunga.

Lain pulak cerita Tam dan Teh. Mereka berdua ternganga sehinggakan lalat yang hinggap sebentar di mulut mereka sempat berterbangan dengan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

*selepas 5 minit*

'Hoi Tam! Jom lah. Tercegat apa lagi tuh? Rezeki depan mata beb!' jerit Teh.

'Cilake kau Teh, hampir-hampir terkena serangan jantung aku tadi. Kau ni nak panggil aku tak boleh lembut sikit ke? Tak padan dengan kerdil. Suara kau mengalahkah Ning Baizura! Tak pasal-pasal aku arwah kat sini'. Balas Si Tam.

'Dah kau tu aku tengok macam nampak awek cun lalu je. Menganga tak hingat! Kaver la sikit ke'macho'-an kau tu depan aku. Ini tak'. Kata si Teh

'Ah, sudah lah kau macam baru sesaat kau kenal aku. Dah dah. Apa lagi tunggu. Serang !! Tam menjerit keriangan


Mereka semua keriangan tak terhingga. Mereka menaggalkan kasut sukan dan menyarungkan selipar mereka. Akhirnya segala penat lelah mereka selama sepurnama berbaloi.


Begitulah hari-hari mereka seterusnya. Tiap pagi mereka akan ke Stesyen 1 untuk memenuhkan perut mereka. Si kerdil Mel dan Lah sejak dari peristiwa mereka terjumpa syurga 'KEJU' mereka semakin malas. Mereka sering lambat ke stesyen 1 kerana pada mereka, meraka sudah bertemu dengan apa yang dicari selama hidup mereka dan mereka tidak ada apa lagi yang perlu dirisaukan. Kasut dan pakaian sukan mereka dicampak tah kemana. Mereka kesana dengan berselipar saja. Mereka sudah mahir dan tahu selok belok ke Stesyen 1. Makanya, tak perlu mereka menyusahkan diri denagn berkasut segala.


Lain pula cerita si tikus Tam dan Teh. Biarpun mereka telah menemui syurga 'KEJU' mereka, mereka tetap seperti hari-hari sebelum mereka bertemu syurga 'KEJU'. Bangun sesudah subuh dan bersiap dengan pakaian sukan beserta kasut mereka. Pada mereka, mereka harus sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan.


Pada 16 oktober 2000, dengan kudrat kemalasan mereka yang semakin melampau, si Mel dan Lah mengorak langkah. Sampai di Stesyen 1, mereka terkejut bukan kepalang! 'KEJU' mereka hilang!

'Hoi !! Binawe betol! Ekau nampak apa aku tak nampak Mel?'

'Dah kau tak nampak memang lah aku pun tak nampak! Apa punya bodoh kau ni. Sains kau dapat berapa? Bengap bebeno'.

'Ekau jangan naikkan hangin aku Lah! Aden da berangin dah ni. Binawe betol lah. Ponet ah aden cari 'KEJU' tu hampir sepurnama'

'Sape curik 'KEJU' aden ha???? Aden marah ni. Marah! Sape pencuri ni? Hoi keluar kalau berani! Binawe kau. Aden dapek ekau, mampos aden siang macam aden siang siamang itu hari.'...... Marah si Mel.

Lah cuma mendengar segala bebelan si Mel. Dia sendiri tak tahu apa yang telah berlaku. Seolah-olah mereka bermimpi ngeri.
 
********************


Di suatu tempat, si tikus Tam dan Teh sedang sibuk berperang dengan nyamuk dan serangga liar. Mereka bertungkus lumus untuk mencari 'KEJU' yang baru. Mereka sedikit pun tak merasa hairan dengan kehilangan 'KEJU' mereka. Tiap pagi mereka ke sana, mereka perhatikan jumlah bilangan 'KEJU' semakin berkurangan dan mereka telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si mel dan Lah sedikit pun tak perasan yang 'KEJU' mereka semakin susut.


Mel dan Lah duduk termenung. Sedangkan Tam dan Teh bertungkus lumus mencari kawasan 'KEJU' yang baru.


Sebulan dua, Mel dan Lah pergi ke Stesyen 1 dengan harapan 'KEJU' mereka dipulangkan. Akan tetapi mereka pulang dengan perasaan hampa.



'Mel, tak boleh jadi macam ni. Apa kata kita pakai balik suit kita dan kita mulakan operasi mencari 'KEJU' kat kawasan lain?'

'Ekau nak poie, ekau poie sorang! Aden tetap nak tunggu pencuri tu pulang balik 'KEJU' aden!'

'Kau ni bodoh lah Mel, kalau pencuri tu pulang balik, tak nama pencuri la macam tu! Bebal macam baghal lagi! Malas aku layan kau' ...rungut si Lah

Keesokan harinya si Lah dengan berpakaian sukan, meneruskan aktiviti hariannya. Beliau dengan semangat baru.

********************

Dapatkah si Lah meneruskan niatnya untuk terus mencari 'KEJU' yang baru? Mampukah beliau mengaharunginya sendirian? Bersama kita nantikan sambungannya pada episod akan datang. 

Wednesday, October 20, 2010

Persoalan yang tiada jawapan

Awak, kenapa awak selalu muncul dalam hidup saya. Tiap kali saya cuba lupakan awak, bertambah kuat saya ingatkan awak. Kenapa awak?


Saya sendiri tak tau kenapa saya sering ingatkan awak lepas apa yang terjadi antara awak dan saya. Awak banyak kekurangan pada pandangan saya. Awak tak romantik, awak selalu marah, awak suka maki, bila awak jalan dengan saya, awak selalu marah saya jalan lambat padahal awak yang jalan laju sangat. Penat saya mengejar. Awak tu tinggi langkah besar, saya ni rendah je langkah pula tak panjang.


Apa ada dengan awak?


Awak memang tak romantik, awak kasar..tapi, kadang-kadang awak nampak comel bila awak baca novel. Ye, memang pelik kalau saya jumpa lelaki yang suka baca novel. Bila saya tanya, awak marah saya. Awak cakap bukan perempuan je boleh baca novel, laki pun boleh. Ok, saya tak kisah.


Saya ingat lagi, masa hari jadi saya, saya tunggu call dari awak. Awak tak call langsung. Bukan takat tak call, mesej pun awak tak hantar. Saya kecik hati tapi saya simpan je. Saya ingat lepas tu, awak akan call. Tapi, saya tau awak tak akan call saya. Awak sibuk. Ye, awak cakap awak sibuk sangat. Saya tak cakap lansung pasal hari jadi saya kat awak.


Awak selalu cakap awak sibuk. Ye awak sibuk sampai tak hantar langsung mesej kat saya. Saya diam. Saya tau awak penat. Saya taknak susahkan awak. Awak cakap saya tak faham kerja awak. Bila saya tanya pasal kerja, awak marah-marah saya. Ok saya diam. Demi awak.


Kenapa saya tulis pasal awak? Sebab saya rindu sangat dengan awak. Saya selalu ingat awak walaupun awak jahat dengan saya. Saya tau awak tak pernah tahu yang saya ada blog dan kalau awak tahu sekalipun awak takkan ada masa nak tengok blog saya.


Awak sekarang buat apa? Awak sihat? Saya ingat lagi, kali terakhir awak hantar mesej masa pagi raya. Awak dan ibu awak. Ucap selamat hari raya. Saya balas dengan harapan saya dapat bersembang dengan awak walau sekejap. Tapi, hampa. Awak tak balas. Ok, saya diam lagi. Saya buat seperti biasa. Awak takkan rindu saya. Saya tau.


Awak dah jauh sekarang. Kata ibu awak, ibu dah usahakan penanaman nangka madu untuk awak usahakan. Tapi, tak tau lah apa awak buat sekarang. Saya harap dapat jumpa awak lagi. Saya cuma nak tau yang awak baik-baik je. Dan saya akan cuba lupakan awak lepas tu walaupun susah. 


Saya ingat lagi masa hari jadi awak, saya hadiahkan awak 'black sweater'. Tapi, awak macam perli kononnya baju tu murah. Awak tau, saya sanggup tak makan nak simpan duit beli hadiah hari jadi awak. Saya kumpul RM80 untuk beli hadiah awak. Memang RM80 murah bagi awak sebab awak suka barang yang mahal. Yela, saya mana ada duit sangat. Saya student lagi. Tapi, saya beli ikhlas untuk awak.


Pertama kali saya nampak awak pakai, saya rasa seronok sangat. Nampak sesuai dengan awak. Serius. Memang padan. Masa tu awak tak berapa sihat. Awak pernah cerita yang sweater saya tu lah yang awak pakai tiap-tiap pagi naik tren ke tempat kerja. Sejuk kata awak. Awak senyum. Saya senyum. Saya suka bila awak hargai pemberian dari saya.


Tapi, hubungan kita tak lama....


Lepas peristiwa tu, saya tegur awak dan awak marah-marah. Saya tak balas mesej awak. Awak tak balas mesej saya. Awak diam. Diam buat selamanya. Kenapa? Apa salah saya? Saya dah beri awak peluang, tapi awak tak pernah harigai. Lepas dari tu, awak terus hilang dari hidup saya. Awak delete account facebook awak. Saya sedih. Saya nak hubungi awak, tapi, saya takde kekuatan. Saya takut pisang berbuah dua kali. Saya letak harapan terlalu tinggi untuk saya tengok awak berubah.


Awak, andai kata memang kita bukan ditakdirkan bersama saya doakan semoga wak bahagia disamping insan yang awak sayang. Saya bahagia melihat awak bahagia....


********************


Tok...tok..tok..

" Akak, bangun semayang subuh. Dah pukul 7 dah ni". Kedengaran suara mak.

Aku terjaga. Aku duduk sambil termenung. Aku berfikir. Kenapa mimpi yang sama datang berpuluh kali dalam masa sebulan?

Aku terus bergegas mengambil wuduk dan menunaikan solat. Dalam otak aku asyik fikir benda yang sama. Aku pun hairan. Kenapa mimpi ni sering muncul. Tah lah. Aku sendiri pun tak ada jawapannya. Semoga dia baik-baik hendaknya..


Saturday, October 16, 2010

If You Are My Future Husband

Aku tak tahu dari mana asal usul kau dan bagaimana aku akan bertemu kau. Tapi aku sediakan warkah buat kau kerna aku sering terfikirkan kau. Aku cuma ingin kau tahu.................



Bukan harta yang aku cari, bukan pangkat yang aku kejar. Aku cuma ingin mencari seseorang yang mampu membimbing aku dan mampu mengajar aku. Aku cuma insan lemah dan aku punya banyak kekurangan. Aku ingin kau tahu, yang aku tak kisah kalau kau tak sekaya Bill Gates atau Donald Trumph. Cukup sekadar kalau kau mampu memiliki sebuah kereta untuk kesenangan bersama. Aku juga ingin kau tahu, aku tak kisah kalau kau bukan bos di syarikat-syarikat besar. Cukup sekadar kau mempunyai kerja halal yang mampu bagi kesenangan kepada kita.


Aku juga tak kisah andai kau tak miliki sebuah banglo mewah. Cukup sekadar rumah yang memberi keselesaan kepada kita dan mungkin 5 anak-anak kita. Aku juga ingin kau tahu yang aku bukan seperti chef di kaca tv. Aku belum pandai menyediakan pelbagai jenis masakan untuk kau. Aku sedang dalam proses pembelajaran. Sesungguhnya aku tidak sesempurna insan lain. Aku tak secantik wanita lain di luar. Aku tak sebijak mereka dan aku tak pandai bergaya. Aku cuma ingin kau mampu menerima aku seadanya.


Aku harap, kau seorang yang rajin membantu aku di rumah. Jangan harapkan aku sendirian kerna aku juga sibuk bekerja. Cukup sekadar kau tolong kemas rumah atau basuh kain baju. Aku taknak, kau persoalkan segala kekurangan aku sesudah kita diijabkabul. Aku terima kau seadanya dan kau kena terima aku seadanya. Aku nak kau sentiasa disisi aku bila aku perlukan teman dan bila aku dalam kesedihan.


Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat.Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah.


Seandainya kau memang tercipta untukku,bimbinglah aku, didiklah aku. Andai aku terkasar bahasa atau terlanjur kata, tegurlah aku dengan berhikmah.


Ya Allah seandainya telah Kau catatkan dia milikku, tercipta untukku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu kekal abadi..

Sekian saja.....

Ikhlas dari,
Tulang rusuk kirimu

Nilai sepotong doa

Azan maghrib habis berkumandang. Ayah bergegas ke surau. Aku segera mengambil air sembahyang. Ingatkan ayah solat di rumah. Tengok-tengok mak aku je dekat ruang tamu siap pakai telekung. Aku lantas berkata, "mak imam lah". Dan mak aku ok je cuma dia akan berkata doa sendiri-sendirilah. Oh ok. Aku pun menjawab, "mak baca bahasa melayu pun takpe". Mak sempat pula melawak. Dengan lagak bersahaja mak terus menadah tangan lalu berdoa "Semoga akak ditemukan jodoh cepat". Erkk?? Terkedu aku. Mak oo mak. Terus kami menunaikan solat berjemaah berdua.

Selesai solat, mak berdoa cuma aku tak dapat nak mendengar bait-bait doanya. Lantas aku turut sama berdoa.

" Ya Allah ya tuhanku, ampunilah dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa rakan-rakanku dan dosa sekalian umat Islam. Ya Allah, kau pimpinlah aku, berilah aku Hidayah-Mu. Kau tabahkan aku untuk mengharungi segala ujian dan cabaran di dunia ini Ya Allah. Sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah. Ya Allah, kau pelihara hubungan aku dan ibuku, rapatkan hubungan kami Ya Allah. Kau berilah kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan kepada ibuku. Sesungguhnya aku terlalu sayangkan dia. Amin Ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Mendengar lagi Maha Melihat". 

Dan aku bersalaman dengan mak sesudah berdoa. Sempat pula aku bertanya, "mak doa apa tadi mak?". Mak menjawab "doa je lah apa-apa pun". Mak mesti doakan aku. Hehe. Ok. 

********************
Apa erti sepotong doa? Lima kali setiap hari kita akan berdoa sesudah solat. Tahukah anda maksud doa-doa tersebut? Berdoa dalam bahasa arab memang digalakkan kerana ia merupakan bahasa syurga. Tapi, bagi manusia yang buta arab, tak pernah dan tak tahu langsung membaca bahasa arab, ianya merupakan sesuatu yang amat susah. Sekaligus menyebabkan mereka malas nak berdoa. 

Kalau tak pandai bahasa arab, guna bahasa kita. Tak kira kau pakai bahasa apa sekalipun. Tuhan Maha Mendengar. Dia akan mendengar setiap luahan hambanya. Tapi, ramai yang pandai membaca doa dalam bahasa arab. Tapi, tak ramai yang tahu apa maksud doa yang dibaca hari-hari. Kan itu lebih teruk. Seolah-olah kita meminta sesuatu dengan rasa terpaksa dan tiada nilai keikhlsan. 

Aku lebih suka berdoa dalam bahasa aku sendiri. Aku faham..dan aku hayati tiap ayat yang aku keluarkan. Nak berdoa mesti kena susun kata-kata juga. Ni kalau nak jumpa gf bukan main ayat berbunga-bunga. Suruh berdoa, ala kadar je dibacanya. 

********************


Ya Allah ya tuhanku. Ampunilah segala dosaku, dosa kedua ibubapaku dan dosa sekalian umat Islam..
Aku memohon kepadaMu, Kau berilah aku petunjukMu..
Bantulah aku, bimbinglah aku kejalan Mu..
Janganlah Engkau memesongkan hatiku sesudah Kau beri Hidayah-Mu..
Tetapkanlah hatiku, tabahkanlah aku..
Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah..
Aku tak layak untuk masuk ke syurgaMu..
Namun, aku tak mampu menanggung siksaan api nerakaMu..
Ya Allah tuhan sekalian alam..

Kurniakan aku kebaikan di dunia dan juga di akhirat..
Aku insan yang lemah lagi hina..
Terlalu banyak dosa yang aku buat selama di dunia..
Ampunilah aku Ya Allah...ampunilah aku..
Akhirilah umurku dengan kesudahan yang baik..
Janganlah Kau akhiri umurku dengan kesudahan yang tidak baik..
Ya Allah..Sesungguhnya Kau Maha menerima segala taubat hambaMu.
Amin...

Friday, October 15, 2010

Alahai pemandu LELAKI !




LELAKI...suka show off !

Nasib baik kau lelaki. Aku beralah lah sebab aku perempuan. Haish. Tapi tetap tak puas hati! Mentang-mentang kau lelaki, kau bajet kau hebat lah! Nak race kat litar sepang la beb! Ok. Entri kali ini menunjukkan rasa tak puas hati kepada pemandu LELAKI!

Pemandu LELAKI sememangnya tak berhemah! Hari ni je, dah dua orang kaum lelaki yang memang aku hangin. Lelaki pertama, pasal sorang mamat berkereta satria biru. Semua orang nak cepat sampai weh! Aku pun. Jam dah pukul 6.45ptg dah. Kau ingat kau sorang je nak balik awal? Kau tak fikir aku nak kena bagi anak-anak aku makan. Anak ikan dan anak kura. Kau? Balik rumah membuta! Bukan ada anak bini pun. Kelam kabut! Tak reti nak bersabar. Beratur dan tunggu giliran lah!

Kau bayangkan dalam kesesakan jalan betul-betul kat lampu isyarat Taman Teknologi tu, ada sebijik kereta yang sedang memecut! Aku kagum gak dengan skill dia tapi agak-agak la nak menunjuk pun jangan depan aku weh! Memang menyirap je aku tengok. Dah mencilok masuk depan aku, sempat pulak usha aku kat cermin belakang! Asbestos punya laki! Kau dah salah nak usha tak puas hati pulak. Turun litar sepang la beb! Macam aku berani sangat pulak. Tapi memang geram betul lah. Masa tu tangan memang dah nak picit button tingkap dah. Nak menjerit kat dia. HOI !! Akal tarak? Ok. Aku tak buat pun. Tak berani aku. Diam je lah. Aku tengah laju dia mencelah. Kalau tak sempat break, arwah dah aku. Mamat ni memang free free nak kena maki! Kelam kabut. Kucing nak bersalin kot! Haish...........................

Lebih kurang macamni lah, kejadian petang tadi.


Ni lagi satu, kalau dah uncle..uncle jugak lah. Tak paham aku. Uncle ni bawak MPV. Aku tak perasan keluaran syarikat mana. Buat aku hangin jugak. 
Kalau ikutkan hati memang aku gesel je kereta dia. Bila ikutkan akal, tak jadi pulak. Uncle,uncle



Berlaku di tempat yang sama pada hari yang sama. Nak salahkan siapa pun aku tak taulah. Tapi, memang bukan salah aku. Aku dilorong yang betul. Dan aku sedang melepasi MPV tu. Tapi,MPV tu betul nak gesel waja bapak aku. Serius. Tak sampai berapa inci je lagi memang remuk kereta bapak aku tu. Dia punya himpit memang sengaja nak suruh aku bagi laluan dekat dia. Kalau jalan bapak dia sekalipun, Mana boleh buat macamtu! Ni lagi sorang memang aku mengeluh habis dalam kereta tadi. LELAKI ! Tak pernah belajar erti kesabaran bila di jalan raya. Mentang-mentang kau MPV, aku waja je. Kau dah rasa hebat lah! Nasib kau uncle, aku terpaksa consider. Bagi peluang orang tua hidup lebih lama lagi. Hmmm...


********************

Bila di jalan raya betul memang menguji tahap kesabaran kita sebagai pemandu. Dari situ juga, kita boleh membaca perangai dan sikap seseorang. Tapi, pemandu lelaki memang suka show off dengan pemandu wanita yang muda macam aku ni. Ingat habis macho la buat macamtu? Boleh jalan daa.............

Lelaki dan kasanova

LELAKI manusia paling bijak pandai di dunia. Tahu kenapa? -------> Let's check it out!



LELAKI pandai.........



5- Menipu
Semua orang pun pandai menipu tetapi lelaki adalah yang paling pandai dalam kategori pandai itu. Segala tipu muslihat dan helahnya akan lebih lama terselamat dari tipu helah wanita. 


4- Berkata-kata
Berkata-kata bukan bermaksud kata-kata kosong. Ini merupakan kata-kata yang rasanya agak manis. Manis dalam kata lain 'sweet'. Di sana dipujuk disini dirayu. Ah..lelaki !


3- Bermuka-muka
Mempunyai banyak muka. Muka baik, muka manis, muka gatal, muka penipu, muka pecah, muka jambu dan muka buku..Eh. Tak. Tu lain dah.


2-Putar-belit
Dengan si A dia kata dia benci si B tapi hakikatnya dia nak peluk cium si A. Dengan si B dia kata dia benci si A tapi hakikatnya dia kata si A paling mengancam hatinya.


1-Simpan rahsia
Perkara yang paling kaum lelaki arif. Majorit memang pandai menyimpan rahsia. Bukan rahsia jumlah gaji yang mereka dapat, tapi rahsia berapa ramai dara yang telah dirosakkan. Ianya merupakan satu pencapaian paling hebat dalam hidup seorang lelaki sehingga mendapat gelaran raja segala buaya. 


*******************


Kasanova sinonim dengan kaum lelaki yang sering mempermainkan hati kaum wanita. Apakah atau dengan lebih tepat lagi siapakh Kasanova yang menjadi ikon para lelaki yang sering dianggap sebagai kaki perempuan.


Menurut Pak cik Google dalam kitab Wikipedianya, mengatakan Casanova atau dalam tulisan melayunya Kasanova merujuk kepada seorang lelaki Itali pada kurun ke 18 yang sangat terkenal dengan lagendanya sebagai  'womanizing' atau dalam bahasa melayunya sebagai 'peragut hati wanita'. Nama sebenar beliau Giacomo Casanova. Beliau sangat mahir dalam seni menggoda wanita.




Born 2 April 1725
Venice, Republic of Venice
(1725-04-02)
Died 4 June 1798 (aged 73)
Duchcov, Bohemia
Parents Gaetano Giuseppe Casanova
Zanetta Farussi



Ciri Lelaki Kasanova yang biasanya ada pada kebanyakan lelaki zaman sekarang ialah:



1- Merupakan seorang lelaki yang sangat mulia di awal perkenalan. Atau dalam istilah kampungnya, 'pijak semut pun tak mati'. Betapa baik dan mulianya dia sehingga kaum wanita sering terpedaya.


2- Lelaki jenis ini sering memungkiri janji. Kata nak jumpa jam 8 tapi dia akan datang jam 9 dengan bermacam-macam tipu helah dan muslihat yang ada di kepalanya. Pandai memujuk dan sering menjanjikan sesuatu yang indah sehingga kaum wanita lagi sekali terpedaya.


3- Selalu bagi alasan bila segala temberangnya diketahui teman wanitanya dan dia sering menyalahkan orang lain atas kesalahannya sendiri.


4- Sering berpakaian kemas dan sentiasa memakai barang berjenama dengan tujuan memikat hati wanita. Dan buat keempat kalinya, tipah tertipu!


5- Baru kenal tak sampai seminggu, berani nak sentuh-sentuh dengan niat nak menggoda kaum wanita dan sekaligus mengajaknya untuk pergi lagi jauh!


6- Selepas sebulan perkenalan, dah pandai pula nak meminta duit wanita dengan alasan, gaji bulan ni belum masuk. Si wanita sekali lagi terpedaya.


7- Lelaki kasanova memiliki rupa paras yang agak tampan supaya si wanita mudah cair dengan ketampanannya sekaligus menyenangkan misi dan visi lelaki kasanova tersebut.


8- Tak suka bercerita tentang keluarganya apatah lagi nak bawak si wanita berjumpa ahli keluarganya. Kalau ajak jumpa pun, ajak-ajak ayam je. Buat kelapan kalinya si wanita tertipu dan ditipu !



********************


Wanita sering menjadi mangsa keadaan. Wahai lelaki, sepatutnya tugas kau membela nasib kaum wanita bukan menindas kaum wanita. Di mana letaknya maruah kau lelaki! Tipu sana tipu sini. Tapi, sampai bila. Kau kena ingat, kalau tak kerana perempuan kau takkan lahir di muka bumi ini.


 Kau suka tengok mak kau, adik perempuan kau, makcik kau, sedara perempuan kau atau kawan perempuan kau menjadi mangsa keadaan ? Kau nak tengok hidup mereka merana disebabkan lelaki macam kau? Kau dah lama hidup? Dah banyak pahala kau kumpul?


Fikirlah. Tuhan kurniakan otak untuk berfikir. Fikirlah soal tanggungjawab kau. Fikirlah masa depan kau. Fikirlah masa depan agama, bangsa dan negara kau. Kau lelaki. Bakal pemimpin sebuah organisasi. Kalau beginilah sikap kau, bagaimana pula dengan organisasi yang bakal kau ketuai? Jika betul lah ketua, maka betul jugalah organisasi. Kau pemimpin! Bukan yang dipimpin! 

********************

Tuesday, October 12, 2010

Jangan baca jika anda mudah mengantuk !

Semuanya berkaitan diri aku. Aku, aku, aku dan aku lagi. Bosan? Ok. Jangan teruskan pembacaan. Anda pasti akan tertido tatkala membacanya. Tak percaya? Cubalah baca sampai habis.


Sesiapa yang ada blog sendiri mesti nak orang ramai singgah lepak kat blog dia. Malas nak membaca tulisan dan cerita yang berjela-jela, cuma datang jenguk pun jadi lah. Sekurang-kurangnya korang menaikkan trafik aku minggu ni. Eh? Blogger pun ada trafik? Ha, bukan atas jalan je ada trafik. Blog pun ada ok. Kau tak boleh nak nyorok ngintai blog aku, sebab dari mana kau datang, aku tau semua.


Aku akan gembira bila ada orang singgah di blog aku. Tak kisah lah, nak singgah minum kejap ke, singgah jalan-jalan ke, janji singgah. Dan aku paling gembira bila ada manusia yang tinggalkan komen di entri aku sebab tiap hari dan tiap waktu aku akan cek. Tapi, selalu hampa. Manusia singgah tanpa meninggalkan jejak. Tapi, takpa. Aku tetap akan teruskan penulisan aku mungkin sampai aku jadi nenek. Itupun kalau aku masih pandai dan cekap menggunakan internet!


********************

Macamana nak jadi blogger yang terkenal? 

Kenapa orang tulis blog? 

Aku tak pernah tanya soalan tu pulak kat sesiapa kawan aku yang ada blog. Tapi, kenapa aku tulis blog? Suka-suka? Isi masa lapang? Mesti korang akan cakap aku ni dah takde kerja. Ok. Mungkin betul lah. Kalau banyak kerja takde masa nak layan blog kan? Kenapa aku rajin menulis? Masa aku di bangku sekolah, cita-cita aku nak jadi penulis macam A. Samad Said. Eh. Tak..Aku tipu je.

Aku kategori rajin jugaklah kan? Rajin update blog aku. Rajin post entri-entri baru. Part blog je aku rajin. Suruh buat asiment, besok nak hantar baru hari ni buat. Aku suka berblogging sebab dia best ! Macam-macam ada! Macam astro jugak lah. Banyak ilmu korang dapat kalau rajin singgah blog orang lain. Lagi-lagi blog ilmiah lah. Bukan blog membebel macam aku ni. 

Blog ni tempat aku luah segala aku rasa. Nak marah ke, maki ke, gelak ke..semua lah. Aku tulis apa aku rasa. Kawan? Hmm..kawan ramai tapi, yang betul-betul rapat semuanya dah jauh. So, nak kongsi cerita susah jugak. Bila aku terlampau free, aku akan belek entri-entri lama aku. Bersawang-sawang dah. Tak berkemas. Bila baca, aku akan gelak sorang diri. Perh ! Jangan cakap aku psikitrik pulak. Aku normal. Cuma aku lain dari korang je. Cara masing-masing la kan? Aku tak kacau hidup kau, kau duduk diam sudah. 


Blogger pun boleh cari makan ok !
 
********************

Perkara paling kurang matang aku pernah tulis dalam blog ni, bab kapel ! Bila baca balik rasa macam nak delete je semua. Macam tak matang. Tapi, biarlah. Mana tau cucu cicit aku nak baca nanti kan? Hehe. Cakap pasal kapel ni, Aku dah tak berperasaan rasanya. Serik? Tak mungkin. Aku mana pernah serik. Macamana sakit sekalipun, selagi aku tak puas, aku takkan berhenti. Ok. Tu betul. Aku memang macamtu. Kenapa orang suka berkapel? Seronok kot? Tah apa yang seronok aku tak tau lah.

Seronok sebab bila i merajuk, u pujuk. U merajuk i pujuk. Ok. Kapel? Ada apa dengan kapel? Oh..malas nak ulas sebab aku pun dah penat berkapel (ceh,penat lah sangat).

********************

Benda paling seronok nak share dalam blog, cerita yang mengelikan usus perut. Rasa seronok je bila ada orang baca. Mula-mula, ingat takde siapa yang sudi singgah blog aku, sekali ramai da. Cuma invi. Malu lah tu orang lain kenal dia. Tak kisah lah. Janji korang gembira.

********************

Ngantuk ke? Aku dah cakap awal-awal tadi. Jangan baca. Degil. Ok lah. Dah puas berceloteh. Aku nak study sikit. Tak sempat nak cerita yang best-best. Next post la ye? Akhir kata, kepada yang sedang dalam minggu peperiksaan, selamat maju jaya. Jangan belajar sambil lewa. Tapi, kalau nak hilangkan stress sekejap, singgah blog aku pun boleh. 

Monday, October 11, 2010

Kenapa ular tak berkaki ?

Hari ni Mr. WFM**** buat perangai lama! Enjin mati secara mengejut! What a shame!

Aku memandu seperti biasa ke UNISEL atas tujuan mahu menyiapkan projek tahun akhir yang tak habis-habis dari dulu lagi. Ok. Tak. Aku yang suka buat kerja last minute. Student ala semua sama. Kau jangan malu nak ngaku pulak. Bangga? Oh tentu sekali tidak. Kerja last minute selalu menyusahkan aku. Bukan tak nak berubah. Tapi, aku tak serasi bila buat kerja awal-awal ni. Pernah cuba, tapi sekejap je. Lepas tu, balik perangai lama. Kalau dah kayu tu, kayu jugak tak boleh jadi plastik!

Ok, berbalik kepada Mr. WFM. Hari ni, aku jadi pemandu yang sangat berhemah. 100km/jam je. Kalau di lane paling kiri aku bawak 40km/jam. Terpaksa lah! Jalan jam. Takkan nak bawak 100km/jam kot! Ok. Perjalanan lancar sehingga aku sampai ke simpang padang jawa. Mr. WFM buat hal! Dia merajuk aku rasa. Sebab pagi tadi aku kacau dia rehat. Aku keluar rumah pukul 10pagi dan terus turun bawah dan terus terjah masuk dalam kereta tanpa memberi salam dan bertanya khabarnya.

Biasa aku akan usap badan dia dulu dan tanya 'awak sihat? Dah makan?'. Cuma hari ni, aku nak cepat sampai terlupa tanya khabar. Kesian dia. Mesti dia merajuk dengan aku. Oleh kerana aku main redah dan terus hidupkan enjin, dia takda pilihan lain selain menuruti kehendak aku. Aku rasa kalau kereta boleh berkata-kata, dia akan cakap 'Malas lah i nak berjalan hari ni. i nak mc. Selama i berkhidmat, i tak pernah ambil mc. Sekarang giliran i pula. U nak keluar, u naik tren.'

Wooha! Berani sungguh kamu!

Kalau betul lah, memang aku terus tamatkan riwayat Mr WFM hari tu jugak! Nak sangat mc kan? Ha..amik! Ok. Tak. Tu cuma kalau je. Hakikatnya takkan pernah berlaku dan mustahil akan berlaku di dunai realiti! Berbalik kepada cerita tadi. Sampai saja di lampu isyarat, aku dapat rasakan yang Mr. WFM sakit! Nafas turun naik. Perlahan-lahan dan.....................STOP !

OMG! Aku terkesima. Di hadapan lampu isyarat, nyawanya terhenti seketika. Kebetulan, lampu isyarat bewarna merah. Nasib aku agak baik disitu. Aku nak menggelabah pun memang dah tak boleh dah sebab tersangat-sangatlah takut! So, aku macam dah takda perasaan. Aku cuma berfikir kalau Mr. WFM masih tak bernyawa apa perlu aku buat? Nyalakan lampu kecemasan? Keluar dan memberi isyarat bahawa kereta aku bermasalah? Atau duduk dalam kereta dan buat bodoh?

Serius aku tak tau apa perlu aku buat! Ni lah masalah perempuan. Ok. Kami bukan mr. fix it seperti kaum lelaki ok. Tapi, aku cuba berfikir dan bertenang. Aku hidupkan semula enjin. Sekali.....tak berjaya. Kali kedua.........tak berjaya. Kali ketiga...tak berjaya. Kali keempat....juga tak berjaya! Aku mengintai dan berdoa semoga lampu isyarat kekal merah selamanya! Buat kali kelima aku mencuba....alhamdullillah! Mr. WFM bernafas semula! Aku gembira! Dan serentak itu juga, lampu isyarat bewarna hijau. Fuuhh~~ Tuhan saja tau perasaan aku masa tu. Seorang diri di negeri orang pula. Apa-apa boleh terjadi.

Aku ucap terima kasih kepada Mr.WFM kerana masih sudi berkhidmat untuk aku. Akhirnya aku sampai ke destinasi dengan selamat. Dan semasa aku cuba parking kereta, dia buat hal sekali lagi! Oh. Kamu, jangan buat aku malu disini boleh? Ok. Terima kasih. Aku sayang kamu.


********************


Eh, kalau tak reti nak senyum, tak reti cakap elok-elok tak payah kerja duduk kaunter lah. Layan orang. Kalau lawa cute jambu boleh consider jugak lah. Ini, dah la muka kelat, pahit, masam lagi! Haish..menyakitkan hati bila berurusan dengan manusia yang tak pandai nak melayan customer. Hey, tak belajar etika ke? Customer is alway right ok! Kalau mahal sangat senyuman tu, hey pergi simpan la dalam peti besi. lock pakai security code!

Aku pun pernah kerja customers service weh. Lagi teruk kot. Tak pernah lagi dimaki hamun, sebab aku sentiasa positif. Tak. Aku tak bangga. Cuma pernah ada sorang dua yang tak paham bahasa..bodoh dan tuli..yang suka menjerit-jerit! Layankan aja lah. Kau ni, aku datang dengan muka cute lagi, senyum pulak, tapi kau? Nak taknak layan aku. Buat muka kelat, pahit, masam kau tuh! Mana budi bahasa kau weh? 
Kalau ada masalah sekalipun, tak payah buat muka depan aku lah. Bukan kau je bermasalah. Semua sekutu kau juga bermasalah. Aku tak paham lah. Atau korang semua ada masalah sembelit? Ok. Aku rasalah. Kena fikir positifkan? 


********************

Ok. Sekian saja dari perasaan aku yang bercelaru. Ini blog persendirian dan tiada paksaan untuk menjadi pengikut. Jika suka, teruskan membaca. Jika tak, tutup mata, tutup mulut, tutup laptop! tidur lagi bagus! Silalah tinggalkan komen atau idea kalau rajin....

********************

 
P/S : Kenapa ular tak berkaki? Kalau berkaki bukan ular namanya tapi biawak comondo!

Untuk pengetahuan semua, tajuk entri kali ni, tiada kaitan dengan isi kandungan entri. Harap maklum. Jangan tanya kenapa sebab aku sendiri tak tau kenapa. Huh?

Sunday, October 10, 2010

Bagi perempuan itu normal tapi bagi lelaki itu tak normal !

Air mengalir dari sungai = air sungai
Air mengalir dan terjun dari gunung = air terjun
Air yang keluar mengalir dari hidung = hingus!
Air yang keluar mengalir dari mata = air mata

Bila haus kau perlukan air untuk menghilangkan dahaga. Bila panas, kau perlu air untuk mandi. Bila kau selsema, kau akan mengalirkan sejenis air yang dinamakan hingus dan bila kau sedih, atau mungkin kau kehilangan sesuatu atau seseorang, kau akan mengeluarkan sejenis air dari mata yang dinamakan air mata!

Secara amnya, kau dan aku memang memerlukan air untuk hidup! Masa aku sekolah dulu pun, cikgu sains selalu beritahu kami yang bumi dilitupi 70% air! Dan wow...mungkin sekarang peratusnya makin bertambah akibat pemanasan global dan pencairan ais di kutub utara dan selatan! Dan wow..mungkin juga bumi akan ditenggelami air satu masa nanti!

Kita dapat bertahan tanpa makanan mungkin berminggu-minggu tapi kita tak mungkin bertahan lebih dari 3 hari tanpa air! Wow! Pastikan bil-bil air tertunggak di rumah anda telah berbayar atau anda mungkin akan hidup dalam kesusahan.

Apa akan berlaku bila bil air anda dipotong!

1- Anda bangun pagi dan tak perlu tergesa-gesa mandi.
2- Lebih teruk anda akan ke pejabat tanpa gosok gigi dan cuci muka!
3- Anda terpaksa membeli bekalan air dari luar (oh, ada pula duit eh! bayar bil liat!)
4- Anda terpaksa membangunkan jiran anda ketika larut malam kerana hendak meminjam tandas
5- Anda ke pejabat, atau kesekolah atau kemana saja dengan baju yang sama hampir berminggu-minggu tak basuh yang bila orang lain lalu sebelah anda, mereka boleh jatuh pengsan atau disahkan doktor, terkena serangan jantung mengejut ! Wooha..



Hmm. Tak. Bukan ini yang aku nak cerita dalam entri kali ni. Tu baru mukaddimah. Ceritanya akan bermula sebentar saja lagi.....

*selepas 5 minit rehat*

Ramai orang tau perempuan sinonim dengan air mata. Memang raja air mata adalah perempuan! Sedih menangis. Gembira menangis. Ada masalah, menangis. Kena marah menangis. Tengok orang menangis pun dia menangis! Belum tengok drama sedih..filem romantik..macam OST LBS tuh! Kalau dalam wayang senyap je, tengah menangis la tu. Menghayati betul ! Ok. Kalau bab tengok cerita hindustan, kena siapkan tisu sekotak! Aduh...perempuan. Kenapa kau suka sangat menangis! Ok. Aku pun perempuan. Aku pun selalu menangis.

Aku akan menangis bila:

1- aku sedih
2- emosi terganggu
3- aku rasa sunyi
4- aku  disakiti
5- aku dimarah, diherdik, dimaki !
6- aku geram
7- aku gembira
8- aku tengok drama atau filem yang menyentuh perasaan
9- aku terharu
10- aku tengok orang lain menangis
11- aku rasa nak nangis, aku nangis !

Thats normal for women like me i think !

Itu untung jadi perempuan, bebas meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati. Nak menangis bila-bila pun orang anggap normal! Tapi.....tangisan akan menjadi tak normal andai air mata itu mengalir dari mata seorang lelaki! Ya! Lelaki! Memang nampak macam tak normal bila lelaki menangis lagi-lagi di khalayak ramai!

Situasi di Bukit Bintang....

Dua orang gadis sedang membeli-belah di sebuah pasaraya. Tiba-tiba, mereka terlihat satu drama betul depan mata mereka..Mereka melihat satu pasangan jauh di suatu sudut. Kelihatan, seolah-olah si teruna sedang mengalirkan air mata!

Gadis 1: Eh, kau tengok tu..lelaki menangis!
Gadis 2: Hahhaha. Buat malu je lah. Nak nangis pun, jangan lah depan orang ramai! tak macho langsung!

Gadis 1: Betul tu. Elok-elok da muka jambu, tetiba...alahai, sensitif !
Gadis 2: Semua orang lalu lalang mesti tengok mamat tuh ! Hahahha..

Ok. Babak perbualan tamat.


Monday, October 4, 2010

Aku sayang kau weh !!!


Entri ini khas aku cipta buat seorang yang aku gelar rakan, sahabat dan teman. Entri yang bertarikh 4 Oktober 2010 dan masa aku menulis entri ni, jam menunjukkan pukul 12.35 malam. Mesti tertanya-tanya kenapa aku menulis entri macamni kan? Tak pernah pernah buat aku rasa. Tapi, entri ni aku buat ikhlas untuk seseorang yang pernah bersusah senang bersama aku. 

Siti Nur Syuhada bt Rostam. Tak. Bukan anak Ali Rustam tu. Anak pakcik Rostam. Atau nama glamer dia, syud. Hahaha. Tak best betul nama panggilan tu kan? Aku pun tak tau lah macamana wujud perkataan syud tu dari mulut aku. Senang kot nak nyebut. Hehe. 

Apa special sangat tarikh tu dengan syud ni? Ok. Sebenarnya hari ni, merupakan hari jadi dia yang ke 23 baru. Muda lagi kan? Hahaha. Aku dah nak masuk 24 die baru nak masuk 23. Jeles betul. Tapi, tak kisah la. Aku tau sekarang ni dia mesti tengah bergayut dengan insan tersayang. Muahaha. Semoga berbahagia lah hendaknya.

Banyak sangat kenangan aku dengan die. Yelah, masa aku belajar di UNISEL (macam lah sekarang dah habis belajar) aku pernah tinggal serumah dengan die. Ok. Sebilik. Aku dan dia. Hanya kami berdua. Hehe. Aku agak rapat dengan dia sebab dengan dia je aku ada pun nak kongsi cerita. Sedih ke gembira ke dengan dia je lah. Rindu masa tu. Sekarang aku mungkin berulang dari rumah ke kelas. Tak dapat nak manja-manja dengan dia dah (macamlah selama ni manja). 

Syud memang best. Agak pendiam orangnya dan perahsia aku rasa. Banyak cerita kami kongsi bersama. Tapi, tu dulu. Sekarang dah jauh macam dah tak berapa rapat. Sedih juga. Apa boleh buat kan? Aku tak pernah lupa kau Syud! Cuma aku macam segan je nak kontak kau. Hehehe. Macamlah baru kenalkan? Tak tau lah nak kongsi cerita apa dengan kau. Aku rasa macam nak cerita semua je. Tapi, bila jumpa tetiba rasa macam malas nak cerita. Huhuu. Kejam aku kan ?

Sorry kalau kau pernah terasa dengan aku ye. Aku ni emosi terlebih sikit. Kasar pulak tu. Kau mesti rindu aku kan? Hehehe. Tapi, tak kot. Kau ada kawan baru ape. Aku kat sini sebatang kara (ayat sedih). Sorang je. Takda kawan nak sembang, takda kawan nak kongsi cerita, takda kawan nak nangis. Aku selalu luah dalam blog je la. 

Eh, apa aku ni, hehehe. sorry terlebih emosi pulak. Hari jadi kau kan? Aku nak ucap selamat hari lahir buat kau. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Aku sayang kau sampai bila-bila. Terima kasih sebab hadir dalam hidup aku walaupun seketika. Harap, kita akan still berhubung walau kau dah beranak 5 sekalipun ok? Promise? Tukar nombor phone bagitau aku tau! Kalau kau lupa aku, aku tak nak kawan kau dah. Huhuhu. 

Ni ada sedikit memori kita bersama. Aku selitkan sebagai kenangan terindah aku bersama kau. 




Ingat tak? Masa jamuan raya kan :)



Ni pula, masa pergi broga hill ramai-ramai
n terus singgah mandi :)


Masa satu kelas celebrate bufday dekat kfc PKNS.
Lepas tu, terus pergi main boling :) tapi ramai sangat.




Ni, sebelum pergi kelas CIT. Kelas terakhir :)




Kat lab biotek tengok PCR tapi kita sebuk bergambar. Hehe




Masa ni paling best. Cuci mata di tasik sambil
meluahkan perasaan :). Miss this moment!




Masa jamuan raya jugak :)




Korang buat surprise parti ;p

Akhir kata, SELAMAT HARI LAHIT KE-23 SYUHADA
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Cepat-cepat kawen dan jangan lupa jemput aku ok!
Aku sayang kau!
Aku takkan lupa kenangan kita bersama..
Thanks for being my friend :)

Sunday, October 3, 2010

Luahan seorang anak

Mak : Akak, p kedai jap. Belikan kunyit, bawang besar, bawang kecik, halia, bla..bla..bla.. mak nak masak kejap lagi

*Aku buat-buat tak mendengar dan meneruskan kerja rumahku. Konon nak tunjuk banyak kerja padahal malas nak turun p kedai*

Mak : Eh, kau dengar tak? Mak nak masak ni.

Aku: Apa mak? Banyak kerja ni ha..Suruh la alang ke, aid ke..

*Selang beberapa minit aku terdengar mak memanggil adikku. Dalam hati aku tersangatlah gembira sebab tak payah pergi kedai. Aku meneruskan kerja sambil tak menghiraukan mak yang sibuk di dapur*


Dari kecil sampai sekarang, aku tak pernah berubah. Cuma sekarang aku lebih rajin dari dulu. Kalau dulu, nak masuk dapur pun aku takut. Mak aku bukan main garang mengalahkan singa betina (kalau mak aku baca ni habislah). Mak aku jenis buat kerja nak cepat. Memang sangat cepat dan cekap! Kalau aku masuk dapur dengan niat nak menolong..dan aku pulak terhegeh-hegeh memotong bawang dan segala..ha, mula mak aku bising. Pot..pet..pot..pet..bla..bla..bla..bla.. Panas terbakar telinga aku. Sudahnya aku habis memotong, aku terus pergi depan. Niat nak menolong terus terbantut. 

Sebab tu sampai sekarang aku malas nak masuk dapur bila mak aku ada. Takut kena marah. Ok. Tipu. Tu dulu lah. Sekarang rajin sikit. Mak pun dah tak segarang macam dulu. Anak dah besar kan. Aku ni nak kata pandai memasak tak juga..tapi aku tau memasak ok! Tapi, masakan mak aku memang tip top! Terbaik dalam dunia lah!

*menggeliat*

Hmm..bila aku teringat balik cerita aku dan emak, aku rasa aku seorang anak yang sangat dan tersangat kurang ajar, kuat melawan, keras kepala dan segala lah. Rasa berdosa bila terkenang apa aku pernah buat dekat mak aku......

Ada satu hari tu, lepas SPM dan masa tu sibuk isi borang kemasukan ke universiti. Result aku taklah mantap macam orang lain. Ok-ok lah. Aku dengan mak sibuk berbincang. Aku tengah kusut sangat masa tu dan mak pula asyik membebel. Tah macamana, aku meninggikan suara. Ada perkataan yang buat mak aku tersinggung. Kami masing-masing terdiam. Aku teruskan mengisi borang tersebut.

Malam harinya..tah macamana, aku teringat peristiwa itu dan aku menangis. Aku rasa bersalah. Aku menangis semahunya dan menyalahkan diri sendiri. Tak lama selepas itu, aku terdengar esakan dari pintu luar bilikku. Ya. Suara tangisan mak. Masa tu, kami semua di kampung. Biasalah kampung. Mak ayah aku tidur di serambi. Aku amati suara tangisan itu dan betul memang mak sedang menangis. Ya Allah...............

Perasaan aku masa tu, Tuhan saja yang tahu. Macam-macam terlintas di fikiran aku. Kalau aku mati masa tu, memang aku anak derhaka. Aku tau mak menangis sebab aku. Aku jadi tak keruan. Aku rasa nak keluar dari bilik dan peluk mak aku lalu mintak maaf..maafkan akak mak. Ok. Tak. Aku tak buat pun. Aku ego sangat dan aku takut mak marah aku masa tu. 

"Ayah, akak buat mak menangis" .. aku menghantar sms ke ayah. Ayah aku masa tu, di KL bekerja dan aku di Melaka bersama emak. Aku menangis semahunya. 

Tet..tet..mesej masuk. 

Dari ayah. "Akak buat apa? Mintak maaf la dengan mak"

Aku terdiam dan terus menangis sampai aku tak sedar aku terlelap. Keesokan paginya aku bangun. Mak bangun awal pagi dan bersiap untuk ke pejabat pos untuk mengepos borang yang aku isi semalam. Aku terus bersiap. 

Sebelum melangkah kaki keluar, aku memandang mak. Mak kelihatan seperti tak ada apa yang berlaku. 

Pagi tu aku rasa sangat tak tenteram lepas apa aku buat dekat mak. Aku terus tarik tangan mak, aku cium dan aku peluk mak.. Mak, akak minta maaf. Kata-kata itu yang mampu aku luahkan dan serentak itu, air mata aku dan emak mengalir. Ya Allah..............segala kegelisahan aku, segala rasa bersalah aku terus lenyap. 

"Akak, tau tak berdosa buat mak menangis. Boleh jadi anak derhaka." Mak aku pesan. Dan aku mengangguk dan terus menangis. "Mak, akak mintak maaf akak buat mak menangis. Akak tak nak jadi anak derhaka". Aku menangis dalam hati.


Terasa aku sangat berdosa. Banyak kali aku sakitkan hati mak. Akak mintak maaf mak. Macamana garang mak sekalipun, akak sayang mak. Mak adalah anugerah terindah dalam hidup akak. Kan best kalau mak dapat baca ni. Hehehe. 
Banyak lagi nak cerita sebenarnya, kita sambung entri lain nanti ye :)

Mak dan aku masa umur aku 6 tahun. hehe


Saturday, October 2, 2010

Bila cinta kini tak lagi bermakna


Entri kali ini, khas untuk pembaca yang dilanda kesedihan akibat putus cinta atau berpisah dengan orang yang pernah kau sayang. Tak semua pernah bercinta....kepada yang pernah bercinta atau sedang bercinta, tahniah buat kau. Sekurang-kurangnya kau pernah rasa dicintai dan mencintai tak kisah lah macamana pahit sekalipun kisah percintaan kau. 

Lumrah alam percintaan memang menyakitkan. Tak selalunya indah. Walau semua akui kesakitan yang dirasakan, namun itu bukan menjadi penghalang untuk mencari cinta sejati. Setuju? Apapun pandangan kau, sila tinggalkan komen selepas membaca. 

Buat yang sedang atau pernah putus cinta, bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor kata orang. Aku akui sakit yang dialami sebab aku juga pernah merasainya. Sakit rasanya bila dipermainkan, sakit rasanya bila ditipu hidup-hidup, sakit rasanya bila diperbodohkan dan sakit rasanya bila diduakan. Sakit memang terlalu sakit. Sakit yang cuma dapat diubati dengan secubit kesabaran.

Orang senang cakap 'sabarlah,ada yang lebih baik untuk kau'. Sabar..sabar..sabar.. Macam dah takda benda lain boleh cakap je. Memang rasa nak penampar je orang tu kan? Orang tengah sedih bagai nak mati sabar je boleh cakap. 

"Eh, kalau setakat suruh aku bersabar, adik aku pun boleh lah! Korang tak rasa, boleh lah cakap, cuba kena sebijik kat batang idung korang, baru padan muka korang, baru korang rasa apa aku rasa". 

Masa tu, memang rasa macam nak marah je semua orang kan? Lagi-lagi yang duk suruh bersabar-bersabar. Sabar pun ada hadnya.. Sebab bersabarlah orang pijak kepala kita. Ye tak? 

*diam*


Hmm.. cuba kau fikir, bila perkataan sabar itu diganti dengan perkataan yang kotor dan kesat dan menyakitkan. Contohnya, dari nasihat 'sabar je lah..ada yang lain lagi' kepada 'Bodoh punya manusia. Kau bunuh je dia!' atau 'Memang macam sial lah manusia tu. Kaki penipu! Tak guna! Kau maki je dia habis-habisan!' .

Kau dapat rasa tak aura kejahatan tu bila orang lain cucuk kau lagi? Memang aku pasti yang kau akan pergi dan bunuh je manusia yang kau benci tu kan? Sudahnya masalah kau takkan selesai sampai bila-bila. Kau dengan sikap marah membuak-buak, dan dia pula seronok permainkan kau. Apa yang terbaik memang bersabar sebab kesabaran itu tinggi nilainya. 

Biar macamana jahat sekalipun orang dengan kita, jangan sesekali kita jahat dengan orang. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Kita cuma manusia dan kita tak berhak nak menghukum manusia lain. Serahkan pada Yang Lebih Berhak. Semoga dia mendapat balasan yang sepatutnya. 

Apa pun yang kau rasa saat ini, aku mengerti dan aku fahami kerna aku pernah mengalaminya. Ada kawan aku mencadangkan aku berjumpa dengan dia dan lempang dia laju-laju dan dengan selamba berkata kau memang layak di lempang ! Hahaha. Bila aku fikir, macam seronok pula nak lempang dia. Tapi, akan difikirkan balik......;p

Ala, biasalah tu..ditipu dan tertipu. Manusia ni kan pelakon hebat ! Kuatkan diri dan tabahkan hati sudah. Yang dah lepas, biarkan lepas. Buat sakit hati je fikir. Semak dan menyemakkan. Baik kau fikir pergi bercuti tenangkan fikiran ke lagi bagus. Tapi kalau nak bercuti tu ajak aku sekali sebab aku pun nak bercuti. Haha.



Sedih tu boleh, tapi jangan lama sangat. Tak elok nanti cepat tua. Cuba tengok kat cermin wajah kau sekarang, dah macam zombie dah. Tak terurus..mata bengkak..muka cengkung. Apa ni? Hei, bangunlah! Kalau masih bersedih, bila nak timba pengalaman lain ni? Banyak lagi aweks dan balaks yang boleh kau cari apa?? 

Hidup kena teruskan juga. Benda dah jadi, biarkan terjadi. Jangan dikenang-kenang. Jangan sedih dah. Bangun! Pergi cuci muka! Lepas tu, tarik nafas dalam-dalam dan hembus kuat-kuat! dan jerit sekuat hati apa yang terpendam dalam hati tu. Lepaskan saja.............Hah? Duk tercegat apa lagi?? Bangunlah! Cuci muka! Lepas tu baru sambung baca ok?  :))

*selepas mencuci muka*

Ha..da cuci muka belum? Ok teruskan membaca. 

Lepas ni kau kena selalu sibukkan diri dengan bekerja. Tak kisah lah apa kau nak buat pun,janji tak menyusahkan orang dan diri sendiri. Kau nak post yang da lama dalam blog aku ni pun ok apa. Boleh kenal aku lebih rapat. Hehe..sekurang-kurangnya takdalah kau rasa sunyi sangat. Kena ingat masih ada insan2 yang menyayangi kau. 

Untuk insan yang menghancurkan harapan dan impian kau tu, kau ucapkan terima kasih sebab beri kau satu pengalaman. Pengajarannya, jangan mudah percaya dengan janji manis manusia kerana yang manis itu ada pahit didalamnya. Faham? Buat-buat faham sudah. 

Kalau rasa nak share kisah cinta, aku sedia mendengarnya. Janagn malu jangan segan. Sharing is caring. Caring is loving. Tapi jangan salah sangka pula. Sekadar teman berbual apa salahnya. Ye tak? Satu-satu tempat aku nak merepek dan menjerit atau nak memaki hamun sekalipun, kat sini lah. Blog aku. Kalau memang kau pengikut setia aku, kau tau cerita aku A-Z. Bukan untuk memburukkan sesiapa cuma berkongsi rasa dan cerita. Yang tak elok jangan di ikut pula. 

Akhir kata, janganlah bersedih kerana insan lain juga turut bersedih andai kau bersedih. Jodoh pertemuan semua telah diatur. Kita hanya mampu merancang. Allah menentukan. Segala yang terjadi ada hikmah yang perlu kita cari. Apa yang penting, kuatkan hati..tabahkan diri. Perjalanan masih jauh. Timbalah ilmu selagi anda mampu. 

Selamat beramal dan renung-renungkan. Jika nak kelihatan muda, cantik dan tampan, senyumlah selalu konfem awet muda! ^_^



Cinta itu sangat kompleks !