Thursday, September 30, 2010

WFM ****


Seminggu yang lalu, ayah aku telah membeli kereta waja tangan kedua (di terjemahkan dari perkataan second hand). Apa yang bestnya ? Oh saja aku nak bercerita sebab ini blog aku, bukan blog kau. Aku punya suka lah nak cerita apa.  Teruskan pembacaan jika berminat. 

Orang cakap dalam blog kita boleh tulis sesuka hati. Yeke ? Aku rasa tak kot. Kena tapis jugak. Bahasa kena elok dan teratur baru orang suka baca. Penulisan aku tak teruk sangat aku rasa. Bolehlah kan. Dari lima bintang dapat 4 bintang. Haha. Kau punya suka lah nak bagi berapa. Aku tak nak tau pun. 

Berbalik kepada cerita kereta  tadi, lepas ayah aku beli kereta waja, jumlah kereta di rumah aku ada dua bijik. Betul ke tatabahasa aku ? Ah.. dah lama sangat berhenti sekolah dan dah lama lupa pasal tatabahasa. Rasa-rasa betul la kot. Selalu aku dengar orang cakap sebijik kereta. ;p

Oh, hati kami senang sekali sebab ada kereta di rumah. Senang untuk meronggeng ke mana saja. Hahaha. Jangan bilang sama ayah aku, habis dia tarik kemudahan tu bila disalah guna nanti. Buat pertama kalinya, aku telah diberi keizinan untuk memandu ke kelas. Wow !! Sesuatu yang memang aku nantikan sejak azali lagi. Akhirnya, segala impian aku terlaksana. Aku memandu kereta lama ayah, kereta wira warna hijau yang bernombor pendaftaran WFM ****. 

*Berfikir*

Aku ni ada satu kelemahan/penyakit yang aku sendiri tak tahu apa punca dan apa penawarnya. Aku tak pernah dan susah nak ingat jalan ! Hmm.. kalau jalan KL boleh diterima juga lah, ini jalan nak balik ke rumah sendiri pun tak hafal ! Oh..mengapakah aku sebegini. Menyusahkan orang lain dan diri sendiri. Tapi, aku ada satu perangai disebalik kelemahan aku. Aku sangat yakin dengan naluri aku. Walau di mana aku diletak sekalipun, aku pasti akan pulang. Kalau tak malam..besok, tak besok..lusa, tak lusa..besok lusa..yang pasti aku akan pulang juga. 

Nak dijadikan cerita, aku keluar dari rumah jam 7:45 pagi. Kelas aku bermula jam 8:30pagi. Sengaja keluar lambat sebab bersiap lambat. Sangat malas rasa nak pergi kelas awal. Perjalanan ke Shah Alam lancar walaupun jalan sangat sesak. Satu persatu petanda jalan aku ingat kembali dan akhirnya aku sampai dengan selamat. Tepat jam 9:00 pagi aku tiba di perkarangan UNISEL...

Setiba saja di pintu masuk.....

Mak aih........ramai betul manusia ! Sesak habis UNISEL. Berapa kali aku tawaf UNISEL untuk cari parking. Semua parking penuh ! Dengan kudrat yang ada sedikit, aku gagahkan juga lah membawa kereta dan mencari parking di luar. Agak-agak ada lah dalam 1km dari pintu masuk UNISEL. Merangkak lah aku ke kelas. Demi sebuah kelas, aku gagah juga mengangkat kaki. Aku masuk ke kelas jam 9:45pagi semasa prof sedang memberi kuliah..

Dengan senyum simpul aku masuk ke kelas dan memandang prof sambil menundukkan kepala tanda meminta maaf. Terus aku mengambil tempat lalu mengeluarkan buku nota dan seterusnya menyalin nota di papan putih itu bulat-bulat tanpa memahami apa yang tertulis manakala otak pula sedang memikirkan banyak perkara. "Nak makan apa tengah hari ni. Lampu kereta da tutup ke? Petang ni ada kelas ke?, Asiment bisnes plan tak siap lagi nak bagi alasan apa la".....bla..bla..bla..bla..

*Tepat jam 10:30* 

Akhirnya kelas tamat dan akan bersambung pada sesi petang jam3:30. 4:00petang jam aku, bersamaan 3:30petang jam prof. Terpaksa menunggu seketika. Sesi petang cuma sejam saja. Kira-kira aku habis dalam jam 5 petang. 

Terus memandu untuk pulang ke rumah tanpa mengetahui kemana hala tuju. Dengan penuh gaya dan penuh yakin, kereta wira WFM **** dipandu laju menyusuri lebuh raya. Jalan raya agak sibuk dan sekaligus melambatkan perjalanan aku. Niat untuk memecut terus terbantut bila melihat kesesakan yang berlaku. Suasana amat membosankan di dalam kereta. Yang cuma kedengaran suara DJ radio MIX FM dan lagu-lagunya. Radio ku pasang kuat supaya aku tak terasa mahu tertidur. Boleh pecah gegendang telinga mak aku kalau mak ada kat sebelah. Hahaha..Nasib baik lah aku berseorangan. Ikut suka aku apa aku nak buat. 

Lepas tol batu tiga, trafik masih lagi perlahan dan terlampau perlahan sehinggakan sang kura pun boleh memotong. Di larang memotong di sebelah kiri ! Haha.. tapi, kiri lah tempat pemotongan pelumba yang tak bertauliah disebabkan lorong kiri sentiasa bersih dan bebas dari kenderaan. Termasuk juga aku yang kadang kala suka memotong di sebelah kiri. 

Dinasihatkan, kepada sesiapa yang menyimpan cita-cita untuk menaiki kereta bersamaku, sila pastikan anda memakai tali pinggang keledar demi untuk keselamatan anda sendiri. Aku bukanlah pemandu berhemah. Aku seorang pemandu yang lincah tetapi sentiasa berhati-hati dan sering melanggari had laju !

*Sedang asyik memandu, tiba-tiba......................*

Adeh ! Dah terlangsung ! Sudah ! Nak ikut jalan mana ni ? 

Dengan penuh selamber dan bergaya walaupun setelah dimarah ayah akibat tak pernah ingat jalan walau dah ke-150 juta kali lalu, aku masih memandu mencari jalan pulang.Tah kemana-mana lah aku pergi. Aku tenangkan diri walaupun agak sedikit gusar kerana hari sudah semakin gelap. Orang cakap dengar cakap naluri dan aku dengar dan apa aku rasa betul, aku buat. 

Pusing punya pusing sampai terlangsung ke Bandar Tasik Selatan sudah. Jalan yang tak pernah aku lalu, aku lalu. Berkat kesabaran dan keyakinan aku, korang tau apa terjadi ? Aku ternampak jalan menuju Kompleks Sukan Negara ! YES ! dan aku pun ikut sampai ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Hati aku tersangat dan sangat lah leganya. Tuhan jelah tahu. Aku selamat sampai kerumah tepat jam 7:20 malam. 

Sambil masuk ke rumah dengan tersenyum simpul, mak bertanya:

"Eh, pandai pula kau cari jalan. Tak sesat ?" 

*aku menahan gelak*

"Eh, kalau sesat takda lah sampai rumah, mak" aku berkata. 

Dalam hati ni Tuhan je lah tahu betapa lega aku rasa selepas ditunjukkan jalan pulang. Hehehe. Kalau tak, tengah malam baru sampai. ;p


Monday, September 27, 2010

Oh Adenin !

Hari ini dan pagi tadi tidurku terganggu dek suara jeritan tangisan seorang budak ! Ya Allah tuhan saja tahu betapa kuatnya dan sakit telinga aku mendengar suara tangisan budak kecil itu. Rasa macam nak bab je budak kecik tu. Hehe.. tapi, anak orang. Anak sendiri pun tak boleh bab suka hati. Sabar selagi boleh bersabar :)

Adenin nama si kecil itu. Baru berusia 7 bulan. Sangat lasak dan sedang belajar berjalan. Hari-hari aku selepas ini, akan lebih terhibur dengan keletah Adenin. Sekurang-kurangnya aku ada teman bermain. Kurus saja budaknya. Tapi, suara mengalahkan ning baizura aku rasa. Masyaallah....sakit telinga aku bila dia menjerit !

Bila tiba masa Adenin nak tidur, habis satu blok tu dia bangunkan. Dia punya suara, tak tahu nak cakaplah. Nak tidur bukan main susah. Nak pulak tu, tak tidur buai. Petang tadi puas la aku melayan. Tepuk-tepuk tidur atas pangku. Bila letak je bawah, terus menjerit ! Ish..ish.. Adenin, adenin..nasib kau comel ! Naik kebas kakiku dibuatnya. 

Esok Adenin janganlah buat perangai -___-"

Saturday, September 25, 2010

Langit bagai nak runtuh

Terasa langit bagai nak runtuh je saat aku terima berita kami terpaksa melanjutkan pengajian selama satu sem. Kira-kira kami akan habis pada april tahun depan. Ya Allah.......

Ni lah padahnya bila kami bergelar "1st batch" . Memang dah nasib agaknya. Kami dijadikan bahan eksperimen. Nak tak nak terpaksa terima.

Duit lagi satu masalah. Beban sungguh rasa nak belajar ni. Kalau aku anak jutawan, takda lah terasa sangat kot. Aku dapat bayangkan apa reaksi ayahku bila aku terpaksa mengambil satu sem lagi semuanya gara-gara pihak yang tak bertanggungjawab dan pihak yang tak bertauliah yang menguruskan program kitorang pada mulanya. Semua tunggang-langgang dan akibatnya kami yang anak sulung lah terpaksa menanggung permainan mereka.

Sabar..sabar..sabar.. Tahap kesabaran aku pun ada batasnya. Tuhan saja Maha Mengetahui...........


Thursday, September 23, 2010

Pentas lakonan manusia


Lama rasanya tak menulis.. Macam-macam terjadi sejak dua menjak ni. Semuanya cerita yang menyedihkan. Satu demi satu rahsia yang selama ini dirahsiakan dari aku terbongkar. Semuanya menyakitkan hati. Nak taknak terpaksa aku terima dengan hati yang tabah. Tuhan itu Maha Adil aku tau.

Dunia ini cuma dijadikan pentas lakonan dan pelakonnya adalah manusia itu sendiri. Bermacam sandiwara yang pernah aku saksikan semuanya semata-mata helah belaka. Penipuan berleluasa disana sini. Tapi kenapa? Manusia seolah-olah hanyut ditenggelami kemewahan dunia...

Aku bukanlah sebaik-baik malaikat dan bukan pula sejahat-jahat syaitan. Aku cuma manusia biasa yang sentiasa perlu dibimbing dan dinasihati. Aku sering leka dan alpa dengan dunia. Tah berapa lama lagi usia aku... Kadang kala terasa kematian itu adalah terbaik untukku.

Ya Allah...........

Thursday, September 16, 2010

Monolog dalaman

Ish........
Kenapa dengan aku ni ? Semuanye serba tak kena saja. Buat itu, ini tak kena. Buat ini, itu tak kena. Haish...

Runsing aku fikirkan lah. Aku sendiri tak tahu apa yang serba tak kena. Sesuatu akan berlaku. Tapi apa dia ? Dadaku rasa berdebar-debar dua tiga hari ini. Mundar mandir, kehulu kehilir bertambah rungsing aku. Apa da jadi dengan aku ni.

Termenung memanjang. Macam-macam bermain di kotak fikiranku. Assingment ? Thesis ? Report ? Ah !! Tak payah cakap lah. Memang tak disentuh langsung. Padahal due date nak habis dah. Tapi, aku tak terdaya nak membuatnya. Fikiranku melayang tah kemana mana sejak akhir-akhir ni. Memikirkan nasib diri barangkali.

*mengeluh panjang*

Orang cakap tak elok mengeluh. Tak bersyukur namanya. Kusut..serabut..semua tu yang ada dalam fikiranku. Ah ! Petanda apa ya ?

Emosi aku agak kurang stabil akhir-akhir ni. Kadang-kadang aku rasa gembira sangat...dalam masa sama, aku tiba-tiba rasa nak menangis. Sebab ? Tah la. Aku sendiri kurang pasti.

Terasa sunyi sangat dunia aku. Bertambah sunyi bila rakan-rakan yang aku hubungi, sibuk memanjang. Kenapa aku tak pernah kecapi rasa bahagia yang berpanjangan? Kenapa Kau tarik semuanya bila aku mula rasa bahagia Ya Allah.

*terdiam*

Ya Allah..apa yang aku fikirkan? Berdosanya aku..




Buat renungan bersama. Dipetik dari artikel i luv islam...

Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji.. sedarilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan celaru fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda.

01.Jangan Bersedih... Cinta Allah dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan

02.Jangan Bersedih... Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia

03.Jangan Bersedih... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas

04.Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri

05.Jangan Bersedih... Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa

06.Jangan Bersedih... Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan

07.Jangan Bersedih... Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira

08.Jangan Bersedih... Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah

09.Jangan Bersedih... Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya

Wahai sahabat-sahabat, janganlah bersedih, Dunia ini terlalu hina untuk ditangisi


Hidup ini tidak selalunya indah. Seringkali kita diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan. Ada kalanya kita terjatuh. Ada masanya kita terluka. Ada masanya kita di bawah. Ada waktunya juga kita menangis. Ada masanya kita kecewa dan hampa. Ada waktunya kita merana dan sengsara.

Bagaimanakah kita saat kita diuji? Periksa hati kita..

"Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. "

[Surah Al-Hajj : Ayat 11]

Naauzubillah, moga kita tidak tergolong dalam golongan yang kerugian dalam terang dan nyata..



Tuesday, September 14, 2010

Dari mana asal usul ku ?

Topik perbincangan bila berjumpa di hari raya...

1- Politik
2- Harta pusaka
3- Duit raya
4- Kahwin

Hmm...antara topik yang sering jadi isu bila balik raya. Mak-mak akan duduk berkumpul dan memulakan sesi perbincangan mereka. Si dara pula, di dalam bilik bergosip dan si teruna pula bermain game. Pelik kan? Jumpa dah la jarang, bila jumpa pula masing-masing sibuk buat hal sendiri. Takda langsung kongsi cerita menarik.

Raya tahun ni perbincangan bertambah kecoh dengan berita kematian Susilawati. Dia diberitakan mati dibunuh,dibakar dan dibuang. Macam-macam lah. Aku tak ambil pusing sangat.

Cerita paling seronok nak dengar bila tok long buka kisah asal usul keturunan aku yang mak aku sendiri tak pernah cerita bukan sebab taknak cerita, tapi sebab mak aku sendiri tak pernah tahu. Agak kompikated jugalah. Aku sendiri tak berapa faham salsilah keturunan aku. Katanya ada kena mengena dengan Sultan Johor.

Dari cerita Tok long sendiri, katanya kitorang keturunan Laksamana Bentan. Dalam hati aku tertanya-tanya siapalah makhluk Bentan tu ? Tak pernah aku tahu cerita disebalik nama itu. Setelah di google, tahu lah aku serba sedikit cerita Beliau..




"Kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang"

(( Mengikut kitab hikayat Tuhfat al-Nafis, cerita ini berlaku apabila Laksamana Bentan, iaitu Megat Seri Rama, telah berperang untuk menumpaskan lanun di perairan Johor atas perintah Sltan Mahmud Shah II.

Pada suatu hari, isteri Megat Seri Rama yang sedang mengandung, telah bertemu dengan penghulu kebun Sultan yang sedang membawa nangka untuk dipersembahkan kepada sultan. Wan Anum kemudian telah meminta seulas nangka kerana dia mengidam. Penghulu kemudiannya memotong seulas lalu diberikan kepada Wan Anum.

Ketika Sultan Mahmud Syah hendak bersantap tengah hari, baginda menyedari bahawa nangka yang hendak disantapnya telah diusik orang. Sultan Mahmud amat murka kerana dihidangkan dengan sisa orang dan memerintahkan Wan Anum ditangkap dan dibelah perutnya menyebabkan kematian isteri Laksamana.

Beberapa hari kemudian, Laksamana telah kembali ke Kota Tinggi dengan membawa kejayaan cermelang bagi angkatan tentera Johor. Selepas sultan memberi anugerah kepada Laksamana, Megat pun balik ke rumahnya mendapat khabar buruk daripada Tun Aman yang mengatakan bahawa isterinya telah mati. Laksamana merasa marah, kecewa dan menangis apabila mengetahui isterinya telah mati. Megat Seri Rama kemudiannya berazam untuk membalas dendam kepada sultan kerana bagindalah yang memerintahkan supaya isteri kesayangannya dibunuh.

Pada suatu hari Jumaat, Sultan Mahmud Syah bersama pembesar telah berangkat ke masjid untuk bersembahyang. Sultan telah ditandu oleh pengawal-pengawal istana. Ketika azan pertama berkumandang di udara, Sultan Mahmud terkejut melihat Laksamana berdiri sambil menghalang lalu lintas baginda. Laksamana berkata "Raja adil raja disembah! Raja zalim raja disanggah!". Sepantas kilat, laksamana terus menikam Sultan dengan kasarnya.

Suasana di perkarangan masjid gempar apabila darah sultan yang berdaulat telah mengalir ke tanah! Semua jemaah terpaku. Sultan tidak berputus asa lalu menyentap sebilah keris yang tersisip di pinggangnya lalu dilontarkan di kaki laksamana. Sultan terus betitah "Tujuh keturunan laksamana tidak boleh menjejakkan kaki ke Kota Tinggi...." Berberapa minit kemudian, baginda menghembuskan nafas yang terakhir. Megat yang tiba-tiba memuntahkan darah pula mati secara tiba-tiba. ))



Begitulah kisah Laksamana Bentan yang telah disumpah. Kata orang, sumpahan itu memang terjadi. Tapi, aku kurang pasti sejauh mana kesahihan sumpahan itu. Tujuh keturunan Laksamana telah disumpah muntah darah sebaik saja jejak kaki ke Kota Tinggi.

Kata Tok Long, memang sumpahan itu terjadi dan telah berakhir. Wallahuallam..

Apapun, cerita Tok Long memang menarik dan aku terasa ingin tahu lebih lagi mengenai asal usul keturunan aku :)


Monday, September 13, 2010

Oh..Dah masuk Syawal ke-4

Aku mudah jatuh cinta
Aku mudah membenci
Aku mudah memaafkan
Dan aku juga mudah memujuk diri

Itulah aku. Mungkin salah satu kelebihan diri aku. Walau sesakit mana hati aku, walau sedalam mana luka yang aku rasa, aku masih mampu berfikir dengan waras. Aku mampu pujuk diri sendiri. Asam garam dalam kehidupan..adakala suka, adakala duka. Aku hanya perlu banyak kan bersabar. Mungkin ini ujian yang perlu aku tempuhi.

Aku tak kuat dan aku tak cukup tabah. Aku berdoa supaya aku sentiasa mampu menangani masalah dengan positif. Tak aku nafikan, sakit memang sakit. Tapi, aku perlu teruskan hidup aku. Masih banyak yang perlu aku buat dalam kehidupan ini.

*menggeliat*
Yargghhhh ......

Selamat pagi semua ! Mulakan hari dengan senyuman :)



Saturday, September 11, 2010

Buat kesekian kalinya...

Buat kesekian kalinya..aku disakiti oleh seorang insan yang bergelar lelaki. Aku benci ! Sumpah aku benci ! Sebelum tu aku nak bagi amaran post aku kali ni mungkin agak kasar dan mungkin aku akan menggunakan perkataan yang agak kesat. So, kepada sesiapa yang kurang senang.. harap lupakan hasrat untuk teruskan pembacaan anda.

Tak tau nak mula macamana. Aku cuma rasakan kesedihan yang amat sangat tika ini. Sakit sesakit hati aku disiat-siat. Aku hanya mampu menangis. Dan aku menangis semahunya. Semuaya kerana insan bergelar lelaki. Arrggghhhh !!!!!!!!!!!! Kau memang kejam lelaki ! Kau memang tak berhati perut ! Kalau kau seekor semut, aku akan pijak-pijak kau sampai lumat ! Sumpah aku benci kau !

Memang kau patut aku salahkan..memang kau patut aku benci...kau sama je dengan lelaki yang pernah aku kenal sebelum ni. Tapi kenapa aku ?? Kenapa aku ?? Bodohnya aku ! Terlalu mudah percayakan kata-kata lelaki..terlalu mudah jatuh cinta..dan semudah itu juga aku membenci kau ! Kau manusia kejam ! Kau tak layak hidup !

1 Syawal...1 Syawal 2010..
Aku takkan lupa tarikh ni. Tarikh kau musnah dan hancurkan segalanya. Mudah bagi kau berkata-kata. Kau manusia yang pentingkan diri sendiri. Kau tak pernah fikir perasaan orang lain. Aku cuma diperalatkan. Bila kau ada masalah dengan orang yang kau gelar 'ex' tu, kau muncul dalam hidupku..kau beri aku harapan saat aku kesedihan..Kau ucap segala yang mampu buat aku percaya setiap kata kau.

Sampai satu ketika, insan yang kau gelar 'ex' itu sendiri meghubungi aku. Dia menceritakan segalanya. Kau masih sayangkan dia..bila terjadi masalah antara kau dan dia, kau melarikan diri. Kau cari insan lain. Dan disaat insan lain itu mula menyayangi dan mencintai kau, kau hancurkan segalanya....

Dan semuanya berakhir pada pagi Syawal. Pagi yang seharusnya aku bergembira..aku mengalirkan air mata. Tak tertahan rasa sakitnya hati aku saat itu. Aku menitiskan air mata. Air mata di pagi Syawal..

Lelaki memang SIAL !! Sumpah.. memang SIAL !! Kenapa kau tak pernah hargai perempuan ?? Kenapa kau tak pernah fikir perasaan orang lain ?? Kau memang SIAL lelaki ! Aku akan benci kau sampai mati ! Sekali aku disakiti, aku takkan lupa sampai mati..

Kenapa aku ?? Kenapa aku diuji sehebat ujian ?? Aku dah cukup sakit dan terlalu sakit. Aku tak mampu nak menanggung lebih banyak kesakitan. Saat ini, aku terasa keseorangan..aku perlukan teman yang mampu menghilangkan semua kesedihanku..Ya Allah, kau uji aku sehebat ujian. Andai ini ujian yang terpaksa aku lalui, aku redha Ya Allah. Syukur aku masih mampu berfikir dengan waras lagi..

Apa lagi ujian yang bakal aku lalui..................Berilah aku kekuatan Ya Allah..

Saturday, September 4, 2010

Wanita Memang Komplikated Atau ............

Sebelum baca entri aku kali ni, cuba jawab persoalan ini terlebih dahulu. Agak-agak betul ke wanita ini lebih komplikated berbanding lelaki ? Hurm..fikir-fikirkanlah sambil membaca entri ini ;))

Lelaki

1- Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2- Sampai kedai makan, masuk
3- Ambil pinggan
4- Letak nasi
5- Letak lauk
6- Ke kaunter, bayar nasi dan air
7- Makan
8- Habis makan, balik opis
9- Or pergi surau


Wanita

1- Waktu lunch, bersiap untuk keluar
2- Pergi tandas dulu
3- Betulkan tudung
4- Tebalkan make-up
5- Jalan ke tempat makan
6- Perhatikan orang waktu jalan
7- Sempat pula mengumpat orang
8- Betulkan tudung sekali lagi, tgk baju, tgk kaki
9- Tengok baju orang lain, lagi-lagi kalau baju orang lain lagi cantik
10- Sampai kedai makan, jenguk dulu
11- Ramai orang, cari kedai lain
12- Jalan lagi
13- Dah jumpa kedai, baru masuk
14- Survey lauk dulu, 2-3 minit
15- Habis pusing tengok lauk, pusing sekali lagi nak pilih lauk mana nanti
16- Ambil pinggan
17- Belek pinggan bersih ke tak
18- Ambil nasi
19- Ceduk sikit-sikit. Taksah kalau tak ceduk 2,3 kali.
20- Buang nasi balik. Banyak
21- Tak puas ati, buang lagi..(tinggal sejempot)
22- Cari lauk. Survey buat kali ketiga. Dari ujung ke ujung. Boleh tawaf kedai dah
23- Jenguk bekas lauk, ambil kuah sikit
24- Jenguk bekas lain, ambil kuah sikit
25- Jenguk lagi?? Sambil jeling-jeling orang lain punya lauk
26- Tak puas, pusing sekali lagi
27- Cari sayur pula
28- Semua sayur hijau ! Taknak. Pusing lagi. Cari sayur lain
29- Dah jumpa
30- Pergi kaunter dan bayar
31- Belek dompet cari duit. Celah-celah kad, lesen, gambar...
32- Bayar
33- Jenguk tempat duduk
34- Jumpa..tengok dulu bersih ke tak sebelum duduk
35- Duduk
36- Dah mula makan..alamak..air belum order
37- Tinjau cari pelayan
38- Order air
39- Bangun
40- Ambil sudu
41- Duduk
42- Bangun
43- Ambil tisu
44- Duduk
45- Air sampai
46- Keluarkan dompet dan bayar
47- Makan sikit, minum air segelas
48- Makan sambil tengok orang
49- Makan separuh, kenyang.....sebab minum air banyak
50- Habis makan
51- Duduk bersembang
52- Tengok-tengok orang
53- Sambung ngumpat
54- Pukul 2, naik opis
55- Ambil beg makeup, pergi surau !!!!!


Hahaha. So, adakah memang wanita tu komlikated atau list ini ditokok tambah ? Fikir-fikirkan lah. Ada betul nya bukan ? ;p