Tuesday, August 31, 2010

Rintahan Si Kecil ...

gambar hiasan



"Bukan salah Daniel ! Arel yang mula dulu"
"Minta maaf cepat !" bentak ibu Daniel....
"Kenapa Daniel yang kena mintak maaf pulak? Arel yang salah, bukan Daniel !"
"Ibu kata pergi mintak maaf !" ibu Daniel memarahinya..

Situasi begini sering aku lihat. Si anak berkeras lalu menjadi marah. Si ibu pula asyik menyalahkan si anak walhal si ibu sendiri kurang pasti apa yang berlaku. Kemarahan anak selalu tidak diendahkan. Si ibu biasanya mengeluarkan kata-kata yang sama..

"Because i said so"argument yang membuatkan anak-anak menjadi semakin degil dan nakal.
Melihat situasi begitu selalu buat hatiku merintih. Kenapa si anak sering dipersalahkan? Kenapa si ibu tak pernah memahami jiwa si anak? Andai aku bergelar seorang ibu satu hari nanti, bagaimana harus aku didik putra dan putri ku? ....terasa berat sungguh tanggungjawab yang bakal aku tempuh kelak..

Mendidik si anak memang satu cabaran yang besar. Memang aku belum mempunyai anak tapi aku mempunyai pengalaman mendidik anak-anak sewaktu aku bekerja sebagai pembantu taska di rumah lamaku, Taman Desa. Seawal jam 7pagi, aku memulakan tugas. Menyambut si anak yang dihantar oleh ibu bapa ke taska. Dari umur setahun hingga murid tahun dua ditempatkan di taska tempatku.

Pada mulanya memang sangat memenatkan. Terkejar-kejar aku melayan karenah anak-anak tanpa di bantu orang lain. Kejar sini, sana menangis. Kejar sana, sini pula menangis. Tak menang tangan aku. Tapi, aku sangat suka melayan karenah kanak-kanak. Cukup menghiburkan aku. Aku ni dikira agak garang jugalah. Pernah aja merotan kanak-kanak yang tak paham bahasa tu. Geram sangat dan terlalu ikutkan emosi masa tu. Belum matang lagi agaknya. Bila teringat kembali, kesian pula rasa.

Persoalannya, bagaimana harus aku tangani karenah anak sebegini?

Aku mula mencari artikel berkaitan anak-anak di laman sesawang. Banyak info yang aku dapat dan aku nak berkongsi dengan semua pembaca.

Marah itu merupakan emosi yang lahir dari sikap tak puas hati, memberontak, ataupun bila keinginan tak dipenuhi.. Jangan salahkan anak-anak bila mereka melahirkan rasa marah. Katakan saja pada mereka, marah itu ok (i.e., ibu tau apa kamu rasa, ibu juga akan marah bila orang ambill barang ibu tanpa beritahu) . Walaubagaimanapun, katakan padanya tindakannya memukul itu tidak elok. Dalam masa itu, cadangkan perkara lain boleh dibuat untuk melepaskan marahnya..Ibu bapa mungkin boleh mengatakan, "Ok, ibu akan buat macamni bila ibu marah"...................

Jangan asyik memberitahu apa perkara yang tak boleh si anak buat saja. Beritahu mereka apa perkara yang patut mereka buat juga. "Jangan pukul orang bila kamu marah..beritahu ibu apa terjadi, atau katakan pada dia kamu akan beritahu ibu jika dia mencuri barang kamu". Itukan lebih baik.



Apa yang perlu ibu bapa lakukan ?

1- Beri pujian jika anak berkelakuan baik
"Terima kasih sebab kamu berkelakuan baik hari ini"
"Rajin anak ibu tolong ibu kemas rumah"

2- Jangan terlalu sensitif terhadap perkara yang remeh
Sewaktu di talian, si anak menjerit meminta sesuatu. Si ibu boleh mengabaikan sehingga talian diletak. Katakan pada si anak "terima kasih sebab menunggu ibu, ada apa yang ibu boleh bantu?"

3- Katakan "TIDAK" bila perlu sahaja


4- Sediakan aktiviti fizikal di rumah

5- Pamerkan minat terhadap aktiviti anak-anak

6- Beritahu anak secara terang bila kelakuannya mengganggu anda




"One of the most important things you do as a parent, teacher, or other adult in a child's life is help them respect themselves and others so they can be happy in the world. While it takes years of practice, it is a vital process that pays off. Teaching your young child to manage anger and talk about feelings can prevent many angry outbursts in teenage years ahead, in their adult relationships, and in their own relationships with their children".


Saturday, August 28, 2010

Terima seadanya dia..

Cukup sempurna ..
Sama seperti yang aku idamkan ..
Sama seperti yang diimpikan ..
Semoga ianya kekal menjadi milik ku ..

Aku akui memang tak akan ada manusia yang sempurna dari segala segi. Pernah dulu terlintas difikiranku, wujudkah lelaki yang sempurna itu ? Mustahil dan memang mustahil untuk aku jumpa kalau memang wujud sekalipun. Mungkin 1 dalam 10 000 orang..

Manusia jarang bersyukur dengan apa yang pernah mereka ada sehingga mereka kehilangan apa yang pernah mereka miliki. Mula lah tercari cari seperti orang buta yang kehilangan tongkatnya. Meraba kesana sini, menangisi sebuah kehilangan. Saat itu, rasa dunia hampir kiamat. Seolah-olah kita sendirian di muka bumi tanpa teman..

Sekalipun kita tak suka apa yang pasangan kita lakukan, cuba memahaminya. Terima seadanya dia sebab kita pun tak sesempurna mana. Betul kan?? Cuba hargai insan yang menyayangi kita. Belajar menerima seadanya walaupun sukar...tapi tak mustahil kan? Hmm..senang untuk berbicara tapi sukar tuk melaksana. Memang aku akui..

Aku sangat bersyukur telah ditemukan dengan seseorang yang sangat penyabar. Sabar melayani setiap karenahku..Dia terlalu sempurna padaku..Terima kasih Tuhan, kau telah temukan aku dengan nya..

Saturday, August 21, 2010

21 Ogos 2010

Jam: 11:20 pm
Tarikh: 21 Ogos 2010
Hari: Sabtu
Tempat: Di dalam bilik


Sedang asyik melayan facebook..
Satu mesej masuk....
Aku terdiam..

Awak, saya sayang awak..
Saya cinta awak..
Saya akan beri yang terbaik untuk awak...
Awak terima cinta saya?

Aku terdiam, tak tau apa reaksi aku waktu itu. Tapi yang pasti mesej tu buat aku terharu. Serius. Aku rasa sangat gembira dan sebak. Gembira sebab akhirnya dia luahkan juga pada tarikh keramat ini. Sebak sebab aku dapat rasakan keikhlasan hatinya.....

Aku membalas...

Of course awak..
Saya terima cinta awak..
Saya terima seadanya awak..

Saat itu, tak dapat aku gambarkan betapa bahagianya aku. Betapa bertuahnya aku. Mungkin terlalu awal tuk aku gambarkan segalanya tapi aku sangat bahagia. Semoga kebahagiaan ni milik kita bersama...

Saya akan sentiasa ingat tarikh keramat ni awak...
Dan saya akan cuba untuk jadi yang terbaik...
Saya akan bahagiakan awak..
Itu janji saya..

Hanya awak di hati saya :)
Sayang awak selamanya......

Thursday, August 19, 2010

Sebuku roti dan sepotong kek ???

Pelik ke ? Hahaha..
Kenapa roti dan kenapa kek ?
Kenapa bukan kopi dan teh ?
Kenapa bukan KFC dan juga McD ?

Kenapa ya..............

Pernah kau terfikir?

Aku pilih roti dan kek sebab aku suka roti dan kek. Kalau kau nak tau, satu dari impian aku ialah memiliki kedai roti dan kek aku sendiri. Yang ditanggung halal. Kalau ada masa jemput singgah. Ada special diskaun untuk kawan-kawan ku. Hehehe. I'allah, ada rezeki aku akan usahakan..

Ada cerita disebaliknya..

Aku ni seorang pelajar di sebuah institusi di Shah Alam. Tak payah sebut la pelajar mana. Sama je semua tempat kan? Heee..

Waktu tu, rumah keluargaku di Jln Klang Lama. Bukan dekat Klang tau. Dekat KL. Nama je Jln Klang Lama. Rumahku area Desa Waterpark. Tepi lebuh raya boleh nampak (tu rumah lama, sekarang duduk Bukit Jalil) ...

Kalau aku nak berulang ke kelas dari rumah susah la kan. So, aku mencari rumah sewa di sekitar seksyen 7. Rumah flat aja. Duduk lima orang masa tu. Biasalah pelajar kan? Tak mampu nak sewa memahal. Sewa kitorang adalah RM450 dan dibahagi sama rata seramai 5 orang. So, congak punya congak...RM90 sorang. Sewa sahaja. Korang rasa ok ? Belum maintanence RM33 dan duit bil air dan api lagi. Sakit jugak lah..

Rumah pulak duk paling atas sekali. Tingkat 5. Jenuh la nak menapak. Ha.. bulan puasa lagi la. Sampai atas, terjelir lidah. Hahaha. Orang lain la, bukan aku. Aku mampu menahan lagi.

Nampak macam murah je kan sewa tu. Murah sebab paling atas dan kosong ! Langsung tak dibekal sebarang peralatan rumah. Huhu. Sakit juga lah. Sem pertama, kedua boleh la tahan. Lama-lama, kitorang tak tahan jugak lah. Mana taknye, tiap hari kena pergi kedai beli lauk basah. Peti sejuk takda. Terpaksalah. Demi nak berjimat kan? Makan luar mahal sangat. Masak aja lah. Setaun duduk sana tanpa peti sejuk, bayangkan lah....

Nak minum air sejuk, kena beli. Hari-hari kena pergi kedai beli lauk. Kalau ada kenderaan tak apa lagi. Ini menapak lagi. Ohh..betul dugaan. Sabar je lah. Sebab tu, kalau da naik rumah tak turun-turun dah. Sepuluh kali turun naik, mau slim badan kitorng semua. Kalau makan kat kedai, sampai rumah tu, boleh lapar balik. Tingkat 5 punya pasal.

Taun kedua, dah naik taraf sikit. Peti sejuk kitorang beli kat mudah.com. Haha. Of course 2nd hand ! Janji ada sudah. Lau tak silap, kosnya RM100++. Kongsi la lima orang. Peti ais ni malam-malam akan mengeluarkan bunyi yang agak menakutkan jugak lah. Kali pertama aku dengar, ingat bunyi jiran atas menukang. Pelik juga lah. Sebab mana ada jiran atas. Kitorang paling atas. Seram sejuk je. Tambah lagi tinggal sorang kat rumah. Kuatkan hati, cari juga sumber bunyi tu. Huh ! Rupanya peti sejuk tu yang bertukang !

Taun kedua sakit sikit lah. Bil naik. Haha. Yelah, peti sejuk,tv, laptop semua on 24jam. Pernah jugak bil melambung. Haha. Masa guna, tak ingat dunia. Bil sampai, semua merungut ! Hahahaha. Terpaksa buat pencatuan. Nampak aje kawan lupa tutup suis kipas dan lampu, ada yang membebel. Hahaha. Memang kelakar masa tu.

Hmm..kalau bil melambung sikit takpa lagi. Ni da lah bil melambung, broadband dah berapa bulan tak bayar. Kena block...Duit pinjaman pula tak pernah nak bertambahnya. Asyik berkurang aja. Ayah pulak bagi rm 50 2minggu. Kadang, RM50 sebulan. Nak mintak lebih segan. Terpaksa la menahan...

"Kau makan mana harini? " kawan aku bertanya.

"Hmm..masak je lah. Mahal la makan luar" aku menjawab

Masa tu, duit poket cuma tinggal RM10. RM5 pun pernah. Tapi atas ihsan kawan, aku tak pernah tak makan sehari lagi lah. Alhamdullilah. Hehe. Masa macam ni lah, makanan terpaksa dicatu. Nak makan KFC, terpaksa menelan air liur je. Sabar je masa tu. Balik rumah, masak dan makan je lauk yang ada.

Hari hari makan roti potong..cicah air, tak pun sapu jem. Kalau nak tukar selera, makan lah roti telur ke. Tapi memang menu tu yang menjadi santapan hari-hari. Pagi, petang, siang, malam...roti je lah. Sampai muka pun semakin bulat macam roti. Hahaha.

Malam pula, turun bawah beli nasi lemak RM1.20. Sedap gila lah ! Menjilat jari makan. Memang best. Kalau ada duit lebih, beli kek coklat RM2.00. Sedap gila ! Haish..nak bercerita ni pun aku telan air liur da. Bulan puasa pulak ni. Hahaha. Tapi memang sedap lah ! Rindu pulak dengan kek makcik tu ;p

Hahaha. Tapi aku memang rindu zaman tu. Rindu kat Syuhada, Jana, Siti, dan Atiqah !!! Rindu korang semua !! :)

Itu lah kisah disebalik roti dan kek. Dari situlah terbitnya sebuah blog yang diberi nama "Sebuku Roti dan Sepotong Kek". Blog yang memaparkan kisah suka dan duka seorang insan yang bergelar wanita yang bernama Nor Hidayah bt Adam

Kenangan sewaktu bergelar seorang pelajar UNISEL. ;p


Wednesday, August 18, 2010

Kembali pulang..

Salam semua. Lama sungguh rasa tak mengarang. Maaflah ye. Bukan malas, tapi ada masalah teknikal sebulan dua ni. Ilmu pertapaan pun da aku tamatkan. Secara tak langsung aku telah mula mengarang kembali.

Kau rindu cerita dari aku ye? Hee.. sabar ye. Hari ni cuma nak memberitahu yang aku telah kembali pulang setelah mendapat ketenangan. Dengan izin tuhan, dia telah temukan aku dengan insan yang sangat memahami dan saat ini, aku betul-betul bahagia.

Banyak cerita nak dikongsikan bersama..cuma hari ini, banyak pula kerja nak dibuatnya. Bersambung di lain episod ok ! Keep in touch ! :))