Thursday, July 22, 2010

Gangguan emosi

Marah ! Geram ! Benci ! Sedih !

Semua perasaan negatif ada pada aku saat ini. Kenapa mesti aku ? Kenapa bukan dia yang rasa ? Aaahhh!!!

Sampai bila aku perlu bertahan ? Sampai bila aku harus biarkan saja ? Sampai bila ?? Aku tak mampu nak menanggung semuanya. Aku sangat lemah saat ini.

Kenapa aku sering diperbodohkan? Mungkin aku terlalu naif barangkali. Ya, dunia ini sangat tidak adil !

Sesaat pun tak pernah aku rasa dihargai dan tak pernah rasa dipeduli. Kau memang kejam manusia ! Kejam ! Kau tak layak hidup di muka bumi ! Andai kau si semut yang halus, akan aku pastikan tiada keturunan kau yang wujud ! Tapi, kau bukan si semut yang halus..kau manusia sama seperti aku. Tapi, kenapa kau sering mempermainkan hati dan perasaan manusia lain??

Andai ini ujian dariMu Ya Allah, kau kuatkan lah hatiku. Kau tetapkanlah imanku. Kau pimpinlah aku. Aku redha dengan ketentuanMu Ya Allah... walau sesakit mana pun hati kurasakan, aku perlu kuat ! Hidup perlu diteruskan..

Kalau kau boleh bahagia, aku juga berhak rasa bahagia ..

Monday, July 19, 2010

Sakit otak melampau !

Aduh.. sakitnya kepala aku !! Ahhh !!

Kata-kata yang sering diungkap oleh kita kan? Aku percaya kau juga pernah mengeluh sebegitu. Aku juga pernah. Sebab apa? Cuma ada satu sebab iaitu stress ! Stress dah cukup buat hidup aku huru hara. Disebabkan stress, kerja yang sepatutnya siap tak dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan dan disebabkan stress juga seluruh tubuh badan aku tak dapat berfungsi secara baik.

Stress umpama senjata yang boleh membunuh kerjaya seseorang. Termasuk kau dan juga aku. Bila aku stress, badan aku mula sakit-sakit, kepala aku pening, bahu aku terasa sengal-sengal dan kadang kala tahap kesakitan itu agak melampau terutama bila tiba saat exam. Haha. Biasalah study last minute. Lumrah hidup sebagai seorang pelajar universiti memang macam tu.

*bodoh! bangang! *&^%%% ! * dan macam-macam lagi lah.

Semua perkataan itu akan keluar bila tahap stress yang kita alami agak melampaui hadnya. Saat itu lah semua yang dibuat tak kena. Dan semua orang yang disekeliling kau akan jadi mangsa kemarahan kau. Betul kan? Memang rasa macam nak maki semua orang je hari tu . Tapi, maki atau marah orang lain boleh buat kau tenang ke? Tipu la kalau kau cakap boleh.

Keadaan akan bertambah parah adalah. Tapi, itulah kan..kita manusia biasa mana pernah lari dari melakukan kesilapan. Ada sesetengah manusia tu, tahap stress yang memang tak mampu di tanggungnya sampai tahap bergantung dengan pil ! Bukan cara terbaik aku rasa sebab kesannya cuma sementara. Ada lain pula, suka sangat melarikan diri dari masalah. Sampai bila nak berlari tak tahu lah. Sampai penat kot. Masalah tak kan hilang kalau kau lari dari masalah tu !

Tapi apa perlu buat bila stress ??

Benda biasa yang aku buat bila aku stress, aku akan berehat sebentar. Tenagkan fikiran sambil hirup udara segar. Biasakan diri menolak sebarang kerja atau tanggungjawab yang kau sendiri tak mampu nak membuatnya. Kena tau juga had-had nya. Jangan asyik bekerja siang dan malam sampai penat lesu badan tu.

Tu kalau stress dengan kerja yang bertimbun. Kalau stress dengan manusia pula, cuba jauhkan diri kau darinya. Mungkin itu akan membantu sedikit dalam menangani stress yang melampau. Jauhilah diri kau dari manusia yang selalu buat kau serabut !

Makanan pun penting juga untuk menangani stress. Budak zaman sekarang ni ramai sangat da yang merokok. Tak payah cakaplah. Budak sekolah rendah pun dah pandai merokok ini kan pula budak tua bangka ! Alasan merokok sebab stress ! Bodoh ! Kecik kecik tak nak belajar dah besar menyusahkan orang ! Mungkin boleh hilangkan stress tapi lama mana je pun ?? Asal stress je rokok, asal rokok je stress ! Boleh mati cepat la jawabnya. Alamatnya pupuslah kaum Adam di muka bumi ni. Ish ish ish...

Stress tu, memang perkara biasa bagi semua orang. Tanganilah dengan betul. Sentiasa berfikiran positif juga boleh membantu tahap stress melampau.

Tambahan: memecut di lebuh raya juga boleh mengurangkan stress ! Hahaha. Itu aku, kau aku tak tau lah. Rasa sangat puas dan sangat lega bila memecut ! Pastikan anda di lorong yang betul dan jangan lupa pakai belt ! Just in case korang mati katak ke, takda lah susah orang nak kutip otak kau yang bersepah atau badan kau yang putus-putus tu. Ingatlah orang tersayang ok!

Anda yang dibawah umur dilarang meniru aksi-aksi tersebut !

Sunday, July 18, 2010

Mahu tapi malu

Kau suka menikmati keindahan alam ? Aku suka. Dan aku sangat sukakan alam semulajadi. Buat aku tenang, buat aku lupa masalah yang ada dan buat aku sangat positif ! Tak percaya cuba kau duduk tepi laut atau pantai yang indah. Apa kau rasa ? Tenang setenang air laut kan?? Andai hati aku setenang air di lautan, pasti aku tak kan pernah bersedih.

*terdiam*

Tiba-tiba aku teringat saat dan detik itu. Saat aku bersendirian. Melihat karenah dan gelagat manusia. Ada yang mencuit hati dan ada pula yang menyakitkan hati. Macam-macam ragam lah. Seronok juga mencuci mata sekali sekala kan?

*gelak*

Tengah melayan perasaan sorang-sorang,terlihat pula seorang mamat yang agak handsome juga lah. Elok saja dia berjalan dengan langkah yang teratur dan gaya yang agak selamba. Dari jauh aku memerhatikannya. Menarik ! Memang menarik orangnya. Berpakaian sangat simple. Lama aku memerhatikannya.

Dari jauh sampai lelaki tu melintas depan aku, aku perhatikannya. Serius ! Dalam hati aku berkata pandanglah aku ! Hahaha. Memang aku nak sangat dia pandang ke arah aku. Dan aku percaya pada kuasa minda separuh sedar . Hehe. Nak tau apa? Belajar lah ..

*aku tergamam !*

Serius ! Dia pandang aku ! Hahaha..Yes ! Aku berjaya gunakan kuasa minda separuh sedar aku ! Dan aku berjaya buat jejaka itu pandang ke arahku. Kau pernah tak mengaharapkan gadis/jejaka yang lalu depan kau sekilas pandang ke arah kau? Mesti pernah kan?

Yang tak pernah tu apa kata kau cuba. Duduk sorang-sorang dan perhatikan manusia di sekeliling kau. Bila jumpa yang menarik hati kau, pandang lama-lama. Pasti si dia tersedar yang ada orang lain memerhatikannya dan si dia akan turut membalas renungan kau ! Sekali sekala nakal tak salah kot. Hehe..

Tapi pastikan merenung orang yang betul. Jangan sampai orang tersebut syak bukan-bukan pula. Pandang secara bersahaja sudah. Jangan pula macam nak menerkam. Takut kau pula yang di label orang gatal ! Haha. Selamat mencuba dan semoga usaha kau berjaya :)

Seronok memerhatikan orang kadang-kala. Tapi aku cukup tak suka bila orang memerhatikan aku. Haha.. Bila aku perasan ada yang melihat aku, pasti terlintas di fikiran aku, sengetkah baju aku? Huduhkah aku? Tudung aku senget ke? Jerawat aku banyak sangat ke? Baju aku pelik ke? Macam-macam lagi lah. Sepantas kilat aku akan mencari tandas terdekat, membelek apa yang aku rasa agak pelik di mata manusia.. ;p

Thursday, July 8, 2010

Perempuan Gila !


Perempuan gila?? Huh?? Siapa??
*gelak*

Kali ni posting bukan aku nak menceritakan perihal perempuan gila atau siapa-siapa. Cuma tajuknya agak gempak supaya dapat memancing ramai pembaca wanita dan juga lelaki. Hehe.

Posting aku kali ni nak menceritakan tentang kegilaan perempuan di luar sana (termasuk aku). Apa yang digilai perempuan tu ye? Agak-agak kau apa lah? Aku tau antara jawapan yang akan keluar dari korang semua tu mesti ada salah satu dari senarai aku ni:

1) Gila shopping !
2) Gila duit !
3) Gila baju, kasut, beg !
4) Gila talak ! Eh.. ni tak termasuk ye. :p

Ada tak yang tersenarai? Takde? Memang lah sebab aku belum sebut satu lagi apa yang digilai perempuan iaitu lelaki !

*gelak*

Apa?? Pelik?? Kau ingat lelaki saja boleh gila perempuan? Perempuan pun boleh gila lelaki tau (aku terkecuali rasanya) sebab perempuan juga mempunyai nafsu.

Kategori lelaki yang sering menjadi tumpuan dan kegilaan ramai perempuan biasanya mempunyai ciri-ciri yang hampir sempurna dari segi fizikalnya. Mempunyai susuk tubuh yang sasa dan tinggi pasti menjadi kegilaan ramai perempuan di luar sana. Mungkin termasuk aku juga. Siapa tak goyah bila tengok lelaki yang kita idamkan ada depan mata kan?

Hmm..pasti ramai lelaki yang bertubuh kurang sasa dan kurang ketinggian menggigit jari saja bila bukan mereka yang menjadi pilihan. Pada mereka, cantik luaran tak bermakna cantik dalaman. Betulkan? Mungkin juga betul dan mungkin juga salah.

Aku lebih mudah tertarik dengan lelaki bila berkemeja. Ada apa dengan kemeja? Eh, macam-macam ada. Dari kemeja tu lah aku akan pandang macam-macam. Apa dia?? Eh adalah..rahsia aku. Hahaha...

Kau tengok gambar di bawah ni. Mana satu pilihan kau? Jangan pilih muka yang handsome pula. Tengok cara mereka berpakaian...




Kalau aku, aku lebih suka gaya si baju biru tu. Tengok ! kan aku kata aku mudah tertarik dengan lelaki berkemeja. Perhatikan cara dia menggayakan baju tersebut...


Sekarang perhatikan gambar seterusnya..
Antara gambar disebelah kanan dan kiri mana satu pilihan kau ??




Dua-dua pun smart kan? Tapi aku pilih gambar disebelah kanan. Kenapa? Kau perhatikan balik gambar di sebelah kanan dan gambar di atas yang aku pilih. Nampak apa-apa persamaan??

Cara mereka menggayakan kemeja tu yang buat aku mudah tertarik ! Lengan baju yang panjang di naikkan sedikit. Yes ! Itu yang aku maksudkan. Nampak sangat 'cool' dan sangat sempoi ! Baju kemeja tak semestinya digayakan secara formal saja. Aku lagi suka kemeja yang digayakan secara kasual. Memang menarik dan buat aku tertarik !





Tengok ! Sangat 'cool' kan ?? Tak kisah lah baju tu dikeluarkan atau tidak. Hmm, tapi ada juga lelaki bila pakai kemeja nampak tak berapa smart. Kenapa ye?? Mungkin cara mereka memakai seluar barangkali. Haha. Almaklumlah bila dah masuk baju kedalam akan nampak lah seluar anda. Gaya dah smart tapi seluar pula dipakai terlalu tinggi ! Ah..memang rosak lah penampilan kau hari tu. Haha.

Cuba kau perhati gambar kedua. Seluar yang dipakai bawah dari pinggang! Haha. Kepada yang tak biasa tu, biasakanlah. Memang nampak smart ! Pilihlah seluar yang 'lowcut'.. Janganlah pakai seluar paras pinggang... Dah nampak macam profesor pula.. tenggelam personaliti korang yang menarik tu nanti.

*senyum*

P/S: Kepada yang ingin mengubah penampilan, ubahlah dari sekarang. Rujuk pada yang pakar. Aku bukan lah pakar sangat sebab aku sendiri pun tak pandai bergaya. Percayalah.. Dari luaran lah orang akan menilai kau. Apa pun pandangan korang, terpulang pada diri sendiri. Hanya anda yang mampu mengubahnya. Peace !! Cuma ingin berkongsi tips untuk mencuri pandangan dari kalangan perempuan :)

Sunday, July 4, 2010

Manusia Robot

Perkataan robot sudah sinonim dengan masyarakat dunia sekarang. Robot adalah sebuah mesin yang dicipta oleh manusia bagi memudahkan pekerjaan mereka. Zaman sekarang adalah zaman teknologi berkembang pesat. Bahkan industri robot itu sendiri telah mengalami evolusi dalam pembuatannya.. Pernah kau dengar manusia mempunyai robot peribadi?? Apa tujuan sebenar mereka sanggup menghabiskan berbillion dolar bagi memiliki robot peribadi?? Aku sendiri kurang pasti.

Apa beza manusia dan robot ?? Manusia diberi akal dan mereka mampu memilih. Robot ?? Mereka hanya sebuah mesin yang tak punya hati dan perasaan. Tapi itu robot zaman tok kaduk. Robot zaman sekarang bukan saja mampu menangis bahkan mampu untuk bercinta !! Wow !! Nampak macam seronok kan?

Lepas ni takde lah yang membujang lama.. tak perlu risau kalau takde orang yang nak kau.. tak perlu rasa sakit hati bila ditolak.. robot kan ada ???

*gelak*

Tapi hakikatnya robot tetap robot, sekalipun ada robot yang mampu menemani kau siang dan malam, nilainya tak sama seperti manusia. Robot tetap sebuah mesin yang telah diprogram untuk berinteraksi kepada manusia.

MANUSIA ROBOT !!!

Apa itu manusia robot?? Robot menyerupai manusia kah?? Atau apa??

Pernah kau jumpa manusia yang tak punya perasaan ?? Aku pernah ! Manusia seperti ini boleh diklasifikasikan sebagai manusai robot. Yang tak punya perasaan dan tak pernah fikir hati dan perasaaan orang lain.. Sakit hati bila jumpa manusia robot ni.

Semua yang dicakap, hanya "dia" saja betul. Perfectionist !! Tak suka dengar idea orang lain, tak suka dengar cakap orang lain. Tak pernah marah dan tak pernah sedih ! Memang macam robot. Seolah olah manusia jenis ni duduk dalam fantasi mereka sendiri.

Ah !! pedulikan mereka. Biar mereka dengan dunia mereka. Sampai satu masa pasti mereka akan kembali ke alam realiti. Kita hanya mampu berdoa agar "dia" kembali pulang...

Manusia robot semoga kau menjadi manusia kembali. Kembali ke alam realiti yang mana masih ramai insan yang menyayangi kau di luar sana..