Saturday, June 26, 2010

Salah siapa ?

Dek kerana baru berpindah ke bukit jalil yang jauh di ceruk hutan, susah untuk aku keluar kemana-mana. Almaklumlah, pembangunan baru nak buat di kawasan rumah baru aku tu. Untuk pengetahuan korang aku sekarang tinggal di Tmn LTAT di Bukit Jalil. Kalau nak tahu google lah mana letaknya rumah aku. LTAT singkatan bagi Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Rumah kat kawasan ni khas dibina untuk warga-warga tentera yang sudah pencen. Boleh dikatakan rumah mampu milik lah. Baru je diberi pelepasan untuk diduduki dan telah dirasmikan oleh YB Dato Seri. Dr. Ahmad Zahid b. Hamidi selaku Menteri Pertahanan Malaysia (ayah kepada Dafi AF).

Ceritanya baru nak bermula. Seawal jam 10.30pagi tadi, aku dan mak bersiap untuk keluar. Kemana? Ke PPUM. Pelik? Saja aku nak tau macamane nak ke PPUM dari rumah aku so, mak aku rajin nak temankan. Nak buat apa kesana? Nak cuci mata lah apa lagi. Hahaha. Ala, saja nak prepare sebelum aku disahkan untuk pergi praktikal katsana nanti. Dah tau senang lah.

Ayah aku tak dapat nak ikut atas urusan kerja. So, kereta ayah aku dah bawa ke tempat kerja. Yang tinggal 2 bijik motor adik-adik ku. Terpaksa lah alang menghantar kami bergilir gilir ke stesen Bukit Jalil. Kesian kan??

Dah sampai sana, aku dan mak pergilah kat kaunter nak beli tiket. Aku dengan yakinnya nak ke masjid jamek. Tapi, kerana mak aku yang banyak sangat tanya, aku jadi was-was pulak. Jadinya, pergilah dekat kaunter dan bertanya..

"Bang, nak ke PPUM macamane ye?"

Abang yang duk khusyuk bekerja tu, dengan yakinnya membalas..

"Oh, adik berhenti dekat bandar tasek selatan, then adek tukar tren (ktm) ke angkasapuri"

Aku blurr? Angkasapuri? Ktm? UM ada KTM ke?

Ah, ikut je lah cakap abang tu. Dalam hati masih rasa ada yang tak kena. Tapi dah yang tukang bekerja kat stesen tu yang cakap macamtu. Siapa lah aku kan?

Sampai saja stesen Bandar Tasek Selatan, aku terus ke kauter dan bertanya. Saja nak tengok betul ke apa abang tadi tu cakap.

"Emm, bang..kalau saya nak ke PPUM macamane ye??"

Boleh pulak abang tu tercengang seolah-olah aku ni bangsa asing pulak. Aku cakap la UM. Kau agak apa abang tu cakap??

"UM?? Kat mana ye dik??" abang tu tanya aku balik. Nak je aku lempang laju-laju. Eh, tak baik la kan. Kau yang kerja sini ke aku ?? Aku mengomel. Aku sendiri pun tak berapa tau UM tu area mana.

Aku malas nak cakap banyak, aku terus cakap.. nak ke angkasapuri dua orang. Huh. Budak baru masuk kot..aku bersangka baik. Hahaha.

Sampai saja KL Sentral aku terpaksa tukar tren aliran ke Pelabuhan Klang untuk ke angkasapuri. Penin?? Aku lagi penin.. Mak aku siap cakap, kalau dia yang naik konpem sesat!!

*gelak*

Dah sampai angkasapuri, aku tengok susana sunyi sepi je kat stesen tu. Ada lah seorang dua je makhluk kat situ. Pelik !!

Tanya lagi kat kaunter tiket. Abang tu pun tak tau macamane nak ke PPUM !! Wah !! Kesabaran sungguh aku hari tuh !!

Sudah .. Nak kemana aku pun tak tahu. Nasib ada map kat situ. Aku pun ambil masa kaji selidik balik sepanjang perjalanan aku tadi...


Klik untuk pembesaran

Kau kaji sendiri. Tak nampak pakai kanta pembesar ok !

Hmm, dari sini aku dan mak bercadang nak ke masjid jamek terus. Saja cuci mata. Lantak lah dengan PPUM tu. Hahaha. Lain kali jalan lagi :p

Puas mencuci mata, kitorang pun balik la ke bukit jalil. Sampai je dekat rumah, terus aku pergi google maps. Nak intai lokasi PPUM. Ni aku dapat :

Klik untuk pembesaran


Huh !! Rasa macam nak marah je kat abang yang kerja kaunter tu!! Apa dorang tau ?? Dah la tren macam sardin ! Pack gile ! Huhuhu.. Nak salahkan siapa pun aku tak tau lah. Pihak pengurusan kot sebab tak ajar pekerja-pekerja dorang pasal maps !! Huh !!

Tren paling dekat dengan PPUM pun dekat stesen Universiti. So, dari sana aku kena naik bas lah jawabnya. Mampukah aku nanti?? Oh..bulan ramadhan semakin hampir..

Kuatkah aku?

Friday, June 25, 2010

What A Long Day..

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi. Selesai suda aku berjemaah bersama alang dan emak. Bagus jugak berjemaah. Kalau aku solat sorang sorang aku solat akhir waktu la gamaknya. hehe. Kau ?? Harap tak lah.

Beruntung insan yang menjadi isteri kepada alang (bukan nak promote adik aku tau...heheh). Boleh jadi imam dan ketua keluarga. Sekarang nak cari macam tu, susah kot. Bukan takda langsung. Ada je, cuma boleh dikira dengan jari jugak lah. Aku ni bukan alim sangat pun. Biasa biasa je. Mak aku selalu pesan, kalau aku nak lelaki baik, aku kena jadi baik. Hmm..betul la tu kan ??

Kau tau kenapa ramai wanita dekat luar tu kawen lambat? Biar aku tolong jawabkan bagi pihak mereka di luar sana. Antara sebab mengapa mereka kawen lambat:

Bila ditanya pada kaum lelaki soal kawen, ini jawapan mereka:

1- Ala, muda lagi lah. Tak puas nak enjoy !!
2- Kawen?? anak?? pampers?? botol susu?? Ah !! tak sanggup !
3- Nak kumpul duit dulu
4- Nak beli motor besar dulu !
5- Life start at 40 ! ish ish ish..insaflah.
6- Kau fikirlah sendiri...

Ada pulak kes yang lelaki nak sangat kawen. Tapi tak lepas jugak. Apa sebabnya??

1- Belum dapat pekerjaan tetap
2- Gf masih belajar
3- Ilmu di dada tak cukup (bukan ilmu *&^%$ , ilmu agama)
4- Nak baca ayat qursi depan tok kadi tergagap-gagap
5- Mandi wajib tak tahu..ish ish..
6- Macam-macam lagi lah...

Kau bayangkanlah, kalau semua lelaki macam ni..memang bilangan anakdara lanjut usia akan semakin bertambah la gamaknya.

Lelaki zaman sekarang pula, nak enjoy puas puas..lepas sorang, sorang gadis dikerjakan. Tapi bila sampai soal tanggungjawab, mana kau hilang bodo !! Seribu satu alasan kau bagi.

Si lelaki pula lebih suka menghabiskan masa di kedai kopi, pusat serenti, penjara pudu (sekarang da pindah), lorong-lorong gelap, pub dan tempat-tempat yang tak sepatutnya. Mana pergi peranan korang lelaki?? Korang sepatutnya menjadi ketua dalam keluarga. Tapi, tengok apa dah jadi??

Si dara pula, dua kali lima je pun. Bangun tengahari buta (aku la tuh), memasak pun tak reti (aku reti sikit-sikit lah), apa nak jadi la kan? Tapi tu bukan masalah besar bagi kaum perempuan aku rasa. Bab memasak senang je belajar. Bab bangkit tengahari tu, tima bujang la dapat pun. Dah kawen jangan harap kot. Hahaha.

Aku harap dan berdoa semoga korang-korang yang masih single kat luar sana, pilih la calon yang sesuai, yang dapat bimbing korang, yang boleh jadi ketua yang bagus. Yang dah ada pasangan tu, jagalah mereka sebaiknya. Tegur kalau ada salah dan silap dan yang penting kena selalu ingat mengingatkan.

Entry aku kali ni sekadar luahan dan pandangan dari aku sebagai seorang prempuan. Harap lelaki di luar sana jadilah seorang pemimpin yang boleh meminpin bukan seorang lelaki yang dayus hanya melihat wanitanya membuat dosa. Ok ! Renung-renugkan dan selamat beramal! :D

Monday, June 21, 2010

Kepuasan Yang Susah Ku Gambarkan !!


Vroom..vroom..vroom..vrrroooommmmmm !!!!

80km/jam
.
.
90km/jam
.
.
100km/jam
.
.
120km/jam


*suasana dalam kereta diam sebentar*

"Kak !! Berapa laju kau bawak ni ?? " mak aku bersuara.

" Ala. rileks la mak. 120 je kot. Belum 150 lagi. Hahaha" aku gelak.

"Kau turun! kau turun ! Lepas ni biar alang bawak. Kau bawak macam ribut ! " mak aku bersuara lagi.

" Hahahaha. Ala mak ni takut sangat la. Akak nampak. Saja je bawak laju-laju. Baru puas ! " aku menjawab.

Mak aku berkata lagi "Haish..takut aku la. Bla..bla..bla..bla..bla..bla..."

"Ni kereta depan ni lembab la. Da tau cam siput bawak lane kiri la. Bajet cam laju plak nak duk lorong tengah" aku mengomel.

Aku, mak dan alang dalam perjalanan pulang dari kampung ke bukit jalil. Aku terpaksa drive kerana alang penat meracun ladang dan rumah atuk ku. Yeah ! perasaan aku bila dapat pegang stering waktu tu, memang puas !

Lagi-lagi ayah tak mengikut kami pulang ke kampung atas urusan kerja. Memang aku bermaharajalela untuk memandu di jalanan.

Mulanya mak aku memang tak benarkan aku drive. Tapi, bila tengok keadaan adikku yang keletihan, mak terpaksa memberi keizinan.

Kau tau aku dengan selambernye memandu dalam keadaan lesen aku yang dah lama mati. Kira-kira sebulan yang lalu. Hahaha. Tawakal aja la. Aku fikir, tak kan adanye polis pulak kan?

Lepas dari tol alor gajah, aku memandu dengan sangat berhemah. Aku memang pemandu berhemah ok ! Tanya kawan-kawan aku yang lain. Kau mana tau ? :p

5minit kemudian....

"Ah bosan !! " aku menjerit dalam hati.

Aku start tekan minyak dan memecut !! Hahha.

Beri laluan. Beri laluan. Aku menjerit dalam kereta. Wow !! diorang dengar ek? Secara otomatik aku rasa macam jalan ni aku yang punya. Sedang asyik memecut................

"Adoi !! Tepilah ! "

Da lah kereta mewah kan. Haish. Bawak pulak..laju aku lagi lah. Tak paham bahasa pulak tu. Memang nak kena ketuk !

Toleh kiri..Ok lane clear !

Aku tekan minyak, dan memecut dan seterusnya memotong di lane kiri . Ha? Salah ke? Nak potong ikut lorong kanan kereta mak aih laju gile kot. Terpaksa la memotong di lorong kiri. Hanya lorong tu yang clear.

Tiba tiba..

Ada pulak sebijik kereta mencilok ! Perh ! Memang main gila jugak. Kanan kiri kanan kiri. Berskill pulak aku tengok !

"try jugak lah" aku senyum

Kelajuan ditingkatkan sehingga 130km/j (tak laju sangat pun). Yeebaa !!! Kanan kiri kanan kiri kanan balik.

*brek ditekan!*

Akak !! kereta !! jerit alang.

Akak nampak la. Jangat jerit-jerit..aku membalas dengan bersahaja. Seronok pulak rasanya. Hahaha

Fuhh~~ nasib baik tak bertembung dengan sebijik kereta yang nak masuk lorong tengah juga. Kalau tak..Bang !!! Ish..ish..ish.. Nauzubillah.

Macam ni la rasanya bila memecut di jalan raya rupanya. Puas !! Memang puas gila !!

Akhirnya aku sampai ke destinasi dengan selamat .

Perasaan aku saat itu memang puas tak terkata walaupun aku hanya memecut 130km/j. Kalau ikutkan hati nak tambah pecutan, tapi mak aku kat sebelah dah bising. Tak baik lawan cakap mak kan? Hehehe.

Kalau memecut time tengah otak berserabut lagi best kot ! Memang terus clear otak lepas tu ! Hahaha..

P/S : kepada pembaca di bawah umur anda dinasihati supaya tidak meniru lagak ngeri ini di luar. Jangan nak bajet macam jalan tu bapak kau yang punya ok ! Pesanan dari penaja, memandu lah dengan berhemah. Biar lambat asal selamat. Nak laju tu boleh, Tapi mata, kaki, tangan kena cepat ! Akhir sekali jangan lupa pakai tali pinggang keledar :)

Wednesday, June 16, 2010

Jalan jalan pusing alam..

Post kali ni adalah dari sambungan post sebelumnya. Nak tau apa cerita sebelumnya kena lah baca. Rajin kan lah diri tu singgah blog aku ye :)

Apa kau tau pasal Malaysia? Ye, memang Malaysia negara khatulistiwa dan negara asia. Apa yang unik dalam Malaysia? Dah tau? Yang dah tau tu, jom kita ramai-ramai promote Malaysia. Hahaha. Yang tak tahu atau tak pernah nak ambil tahu tentang Malaysia..ok jom ikut aku kita jelajah keunikan yang ada di bumi Malaysia :)

Tempat menarik di Malaysia:

1) Langkawi,kedah
2) Batu Ferenggi, pulau pinang
3) Menara berkembar KLCC
4) Litar lumba F1 sepang
5) A'Famosa, melaka
6) Endau rompin, Johor
7) Taman negara, Pahang
8) Pulau perhentian, terengganu
9) Gunung kinabalu, sabah

Kau tau aku belum pernah pergi 5 tempat dr yang tersenarai. Aku nak sangat pergi pulau perhentian. Aku dengar desas desus mengatakan yang pulau ini sangat sangat sangat indah ! serius ! walau aku belum pernah jejakkan kaki ke sana aku dapat tengok keindahan dan kedamaian yang dikatakan melalui gambar dari orang yang pernah ke sana.


Kau tengok gambar ni pun kau akan rasa teruja nak kesana! Sesiapa yang hendak pergi kesana, Jangan lupa ajak aku ye. Laut yang biru dan jernih tu akan buat kau rasa teruja nak diving ! Kau boleh nampak hidupan laut yang unik dan menakjubkan depan mata kau.



Perh! Memang terbaik aku rasa. Banyak lagi pulau pulau indah dalam Malaysia. Pulau Tioman dan Pulau Kapas pun tak kurang menariknya. Bak kata orang la kan, kalau dah nama pun pulau mesti indah! Betul la tu. Pulau dalam Malaysia ni bukan cantik aje, bersih dan jernih lagi ok. Hehehe.Selain pulau kau boleh jugak berkampung di gua gua yang terdapat di Malaysia. Contohnya Gua Kelam yang terletak di utara Kangar. Ada lagi, kau pernah dengar pasal Hutan Reakreasi Bukit Kubu kat Kuala Perlis ? Aku baru first time dengar. Haha. Nama je duduk Malaysia, tak pernah amik tau pun. Hmm,hutan ni antara tempat terhebat untuk berehat dan bersantai. Yang uniknya dalam hutan ni ada wujudnya gua batu kapur semulajadi. Wow ! Mesti kagum kan !


Banyak lagi nak cerita. Tapi aku rasa untuk post kali ni, cukup la. Bosan pulak korang membacanya. haha. Selamat bercuti !!! :)

Tuesday, June 15, 2010

Hai..Boleh Berkenalan ??

Dalam masa seminggu ni......

Wah !! Malasnya rasa minggu ni. Nak buat apa lagi. Asyik layan facebook aje. Bosan pulak. Oh ya lah..

*dengan tanpa melengahkan masa aku terus login yahoo messenger!*

Haha. Chatting pun best jugak ni. Aku masuk chat room selangor. Wow !! Meriah jugak. Haha. Boleh la kenal sorang dua jejaka. Barangkali boleh sangkut sape tau kan?? *gelak*

Memang seronok layan chat ni. Ada yang ok, ok lah. Dapat yang gile tu memang gile. Masuk je chat room, berduyun duyun private msj masuk. Hye ..asl? Hye, boleh kenal? Hye, tgh watpe? Macam macam lagi lah. Ha..ada pulak yang berunsur lucah. Kau jangan cakap la kan. Memang dorang tengah mengganas la time pagi-pagi pun. Untuk pengetahuan korang aku suka on ym time pagi pagi. Haha. Time aku belum rasa nak tido. Fuhh~~ dapat yang tengah naik sheikh (bahasa sopan sikit takut budak bawah umur baca susah pulak nak menjawab dengan parents dorang) memang aku reject terus ! Report as spam ! Hahaha. Padan muke :p

Ceritanya baru nak bermula ni. Hehe. Aku kenal sorang mamat ni. Die mix pakistan tak silap aku. Lame da add. Cuma sekali sekala je chat. Tu pun dia yang rajin tegur. Aku layan je lah. Best jugak layan bangsa asing ni. Macam-macam kita tau. Hmm..nick ym dia "moonstar bluestar" . Kau rasa ada unsur censored ke nama dia? Haha. Biasa je kot..

Baru baru ni aku dan dia bersembang di ym. Macam-macam kami sembangkan. So far dia tak pula menunjukkan tanda-tanda "blue". Aku layankan aja. Sembang punya sembang suddenly he ask me..Tell me about your country.

*Aku terdiam sekejap*

Kau rasa kalau foreigner tanya kau pasal negara kau, apa kau akan cerita? Haha. Bijak betul aku ni. Kau tau aku blurr masa tu. Tiba-tiba aku rasa macam takda apa yang menarik pasal negara aku ni. Negara korang jugak la. dalam kata lain negara kita negara Malaysia.

Lama aku fikir, apa aku nak cerita dekat mamat ni ek? Hmm..aku just tanya dia pernah dengar ke Malaysia. Dia cakap pernah and kalau ada masa mungkin dia ke sini katanya. Then he ask me which country do you live? Aku jawab la KL. Aha.. dia tau rupanya kuala lumpur ibu negara malaysia. Ingatkan mamat ni buta sejarah :p . Dekat situ aku da lega sikit la. Boleh aku tamatkan perbualan pasal negara malaysia. Hahaha. Aku bukan kategori fail sejarah ok. Aku cuma kurang ambil tau tempat menarik dalam malaysia dan sejarah malaysia. Haha. Cikgu sejarah tak pernah ajar :p

Lepas dari conversation tu, aku terus click website tourism malaysia. Perh !! banyak gila rupanya tempat indah dalam malaysia ! Aku tak pernah tau pun. Hehehe. Salahkan ayah aku sebab dia tak pernah bawak aku melancong ! Ha.. korang macam tau je apa tempat menarik dalam malaysia ! Tak tau cakap je lah. Jangan sombong belagak pandai. Haha. Kalau nak tau, ok post seterusnya aku akan tunjukkan keunikan negara Malaysia ! :)


Akan bersambung.....

Aku suka makan kerepek, ape aku merepek da ...

Jam:oo43
Tempat: bilik tidur
Posisi: duduk atas lantai


Huaargghh!! Allahuakhbar..menguapku panjang.
*masih awal lagi*

Berat sungguh mataku rasakan. Nak tidur macam awal pulak. Nak buat apa? Layan bola? Oh, sangat malas nak layan pulak hari ni. Esok akan bermulalah rutin aku sebagai seorang pelaja kembali. Ah ! Sangat malas nak kembali ke Shah Alam. Kalau S.Alam ada wayang, boling, karaoke kan best. Hahaha.

Ni post merepek je sebab dah tak tau ape nak buat kan. Hehe. Terima kasih la kepada mereka yang sudi membaca walau sekadar lalu sekalipun di blog aku ni. Susah-susah je. Kalau nak aku belanja munculkan lah diri biar aku tau kau siapa. Hehehe.

Ok lah..korang layan lah bola sampai pagi. Jangan lupa subuh pulak ye. Bola, bola jugak..Subuh tu jangan miss..

Selamat menonton kepada peminat bola sekalian dan selamat melayari mimpi indah kepada yang tak berapa minat nak layan bola tu. Sekian saja :)

Monday, June 14, 2010

I'm a very simple person

Semalam post aku di facebook berkenaan dengan simple. Selalu aku dengar orang cakap i'm a very simple person. But the way aku tengok dia aku tak tau ape yang simple tentang dia. Aku tulis pasal ni pun lepas aku tengok rancangan Nona di TV3 semalam. Adalah seorang artis ni (nama terpaksa dirahsiakan..haha) dia merupakan antara artis yang memperagakan pakaian berjenama. Bila dia diminta memberi komen, dia mengeluarkan ayat "i'm a very simple person".. i suka baju yang biasa je, tak terlalu menyerlah"... Lebih kurang macamtu lah ayat dia. Then, dia buat aku terfikir sebentar, dari segi apa seseorang tu dikenali dengan seorang yang simple??




Itu lah post yang aku tulis semalam. Saja untuk buat kajian dr orang ramai. Takda lah ramai pun komen pasal ni. Post berkaitan dengan perbincangan ni memang tak kan ramai yang komen. Orang malaysia malas sikit nak berfikir. Hahaha. Bukan aku lah .. Aku rajin sikit dari korang.

Hmm..kita lihat apa kata pengulas pengulas yang rajin berfikir ni :


Pengulas pertama

Ha..dia ni selalu bagi idea bernas jugak. Tak macam makhluk lain yang suka main-main. Haha. Kalau dari segi perangai mungkin yang dimaksudkan tu, orang yang jenis tak banyak karenah mungkin dan tak terlalu cerewet. Terima seadanya kot. Yeke? Dari segi pemikiran tu, kalau ikut pandangan aku mungkin orang yang simple ni malas fikir banyak. Cakap sekali terus jalan. Tak banyak soal..


Ok, seterusnya..

Pengulas kedua

Sila baca apa yang diulas. Kau faham?? Kau jangan tanya aku balik. Ngok !! Dah tentu aku tak faham. Kalau aku faham aku tak tanya kau. Si pengulas kedua ni pemikiran dia sangat terkehadapan. Aku tak berapa nak faham ayat dia ni. Bakal sasterawan negara barangkali..


Pengulas ketiga

Makhluk ni memang pelik sikit apa yang cuba diulasnya. Selalu lari topik. Haha. Dia tak suka simple barangkali sebab tu dia melatah bila orang cakap pasal simple..


Pengulas keempat


Dia ni memang aku rasa seorang yang simple. Dari percakapan pun da dapat agak kan? Bersederhana dari segala segi. Yup ! Memang itu sebenarnya yang dikatakan seorang yang simple :)



Dan pengulas terakhir ni aku suka dia mengulas. Haha. Sebab dia selit pasal aku sikit. Korang jangan jeles pulak. Jangan fikir lain pulak. Saja suka-suka nak share ngn korang. Haha. Tak suka buat donno je ok :)


Pengulas terakhir

Panampilan seseorang itu penting. Ya..dari segi penampilan orang akan menilai bagaimana kita. Oleh itu, jagalah penampilan kamu. Cara bercakap, cara berpakaian, semua orang akan tengok. Si pengulas terakhir ni pertama kali tengok aku kat weeding our friends.



Aku yang berbaju kurung kuning tu. Simple kan ? Hehe. Memang simple.


Masing-masing ada pandangan tersendiri tentang simple. Apa-apa pun yang penting penampilan kena lah jaga ok ! Pastikan pakaian yang dikenakan bersesuaian dengan keadaan. Dan sesungguhnya Tuhan itu suka pada yang besederhana. Renung-renugkan dan selamat beramal..

Sunday, June 13, 2010

What's soo funny about football ?


WARNING!!

You must be not under 18 years. This page contains photographs that unsuitable for younger viewers. If you are under 18, leave now !!


Its all about football. Just for laugh!





vip sector . truck trailor :p

People in Macedonia choose better view (and cheaper) to watch football match.


Haha. that's not cute kid ! :)



Now even if you are trying to tackle someone who has the ball in front of you this is the best way to do it, kick him where it hurts and make 50,000 fans laugh. When you get sent off field it’s worth it. This is funny and painful to watch at the same time.



Rooney holding a goalkeepers leg. It looks like he is actually hold him up in the air with his arm



Owh!! Is that hurt you ??


Poland 2nd league. What people do just to not pay for ticket. hehe


Hahahaha. Enjoy it !! :)

Saturday, June 12, 2010

Ada apa pada sebuah lagu ?




Lagu itu suatu yang indah untuk kita hayati. Kau suka dengar lagu? Tipu la kalau kau cakap tak. Kalau ada yang mengaku tak suka dengar lagu tu, mungkin dia no sense of humor. Hmm..



Tapi jenis, irama dan rentak yang kau dan aku suka mungkin berbeza. Kau suka lagu yang macamana?

Pop?
Pop rock?
Balada?
Jazz?
Nasyid?
R n B?

Atau apa saja...
Mungkin rentak yang berbeza tapi kau dan aku punya satu persamaan. Kau suka lagu, aku juga suka. Tapi, ada apa dengan lagu?

Pernah dengar orang bercinta selalunya layan lagu jiwang? Aku pun pernah bercinta juga. Aku tau lah.

♫♫Jangan pisahkan aku dan dia..tuhan tolonglah kucinta dia..biarkan kami tetap bersama di dalam suka dan duka..♪♪♪

*senyum*

Itu baru layan lagu cinta. Yang frust menonggeng ditinggalkan kekasih pula layan lagu syahdu je. Dengar lagu sambil teringat kenangann silam dan mengalirkan air mata. Haha. Kau ke? Bukan aku la.. :p

♪♫Haruskah ku terus melayari perasaan.meskipun ku tahu ini hanyalah khayalan..cintaku padamu haruskah aku teruskan..kerana ku tahu dirimu sudah berteman.....♪♫
(rio: layu d hujung mekar)

Sekarang aku kaki layan lagu indon pulak. Tangkap cintan jugak dengan lagu diorang. Serious ! Sangat mendayu dan sangat menyentuh perasaan. Ada pulak lagu yang funny. Band indon yang aku minat...

Kangen band
St 12
Wali band
Taxi band
Dewa
Ada band

Lagu melayu pun ape kurangnya kan? Apa-apa kena support band malaysia jugak. Banyak je yang hebat-hebat. Indie band, ragaee, rock semua aku layan dan semua pun best ! Antara band or artis solo yang aku minat..

6ixthsense
Bunkface
Faizal Tahir (the best!)
Siti Nurhaliza
Butterfingers
Too phat
Hujan
Sharp shooter
PureVibracion (ala2 jamaican songs)

Banyak lagi lah....Nak tulis semua tak cukup 1 page. Hehe.

Hmm..lagu english yang aku minat pulak..

Justin bieber
Jason Mraz
Owl city
David archuleta
Jonas brothers
Jay sean
Lenka

Aku agak kurang berminat dengan female singer.. hehe. Citarasa masing masing la kan?

Eh, banyak dah cerita pasal lagu ni. Tapi ada apa pada lagu sebenarnya ye?

*berfikir*

Bak iklan astro, macam-macam ada. Kau tau ? Dengan lagu kita boleh nilai seseorang. But many people said that don't judge the book by its cover. Maybe kena tukar sikit kot.. Judge the book by its discount. Hahaha. Watever....

Dengan lagu boleh..
Meluahkan isi hati
Meluahkan rasa marah
Meluahkan rasa gembira
Menyampaikan mesej
Dan lagu juga boleh buat kau jatuh cinta dengan orangnya. Haha

ALangkah bertuahnya insan yang punya suara bak buluh perindu..Ada apa pada sebuah lagu sesuatu yang sukar untuk aku ceritakan. Disebalik sebuah lagu pasti terselit 1001 cerita. Apapun, jangan biarkan dirimu terlalu leka dibuai lagu-lagu yang indah itu..

Music is my life. No music no life ! :)

Tuesday, June 8, 2010

Setelah Lama Menyepi..

Ah .. lama sungguh rasenya aku tak mengarang. Sejak lappy aku ada masalah hari tu, aku terus menyepi. Banyak yang aku nak kongsi. Tapi aku tak tau mana nak mula. Hmm.. sejak dua menjak ni banyak sangat perkara yang berlaku.

Dia masih menghubungi aku. Dan saat ini aku sangat rindukan dia. Sangat sangat rindu. Rindu semua tentang dia. Memang aku masih sayangkan dia. Teramat sayang.

Dia minta peluang kedua dariku. Tapi, aku tak kuat nak disakiti lagi. Memang aku sayangkan dia tapi aku tak mampu nak bagi peluang kedua untuknya. Sekali aku disakiti aku da cukup terluka.

Dan untuk kesian kalinya, dia ucapkan selamat tinggal sayang. Dan kami rela dengan apa yang berlaku. Aku dan dia kini di haluan masing-masing. Aku berdoa agar dia berjumpa dengan insan yang mampu menyayanginya seperti aku dan aku berdoa agar dia tak akan menyakiti wanita lain. Hargailah mereka salagi mereka di sisimu.

*saat ni aku hanya mampu mengalirkan air mata*

Dan saat ini aku rasa, sangat hiba. Semua lagu yang aku dengar, semua perkara yang berlaku, semua insan yang aku jumpa..pasti terselit memorinya bersamaku. Aku sangat rindukan dia.....

Aku berdoa agar kau bahagia hingga akhir hayat.




video

Bila cinta ini tak lagi bermakna.........