Saturday, May 29, 2010

Mereka Terlalu Comel !!

Geramnya rasa bila tengok budak kecil yang sangat comel. Bila aku tengok, rase macam nak cubit-cubit dan gigit je budak tu. Hahaha. Extreme pulak kan.

Tapi serius lah. Aku sangat suka budak kecil. Baik lelaki ke perempuan ke. Semuanya comel belaka. Bila tengok je budak kecil, aku mula berangan nak dapat anak yang secomel itu. HAHA. Anak ?

*gelak*

Calon pun takde. Berangan aje lah. Tah bila kan dapat jumpe lelaki yang betul aku suka dan suka aku. Umur da lanjut. Tapi takpe, umur hanya angka semata-mata. Haha. Itu kata-kata hanya untuk menyedapkan hati sendiri saja.

Yang penting perlu fokus pada pelajaran dulu. Tak lama pun lagi. :)

Sunday, May 16, 2010

Cerita cik dayah

Aku jadi takut dengan masa depan yang bakal aku dan anak-anak aku lalui nanti. Melihatkan perangai muda-mudi sekarang, berbulu mata (istilah sendiri) aku melihatnya.

Dekat bus stop..
Dekat taman..
Dekat shopping mall..
Hampir semua tempat lah..

Apa nak jadi lah zaman sekarang ni.

*berfikir sejenak*

Zaman da berubah, dunia da maju..Itulah istilah yang sering diguna pakai.

Ya..memang zaman da berubah, berubah ke zaman jahiliah. Dunia da maju, bukan manusia yang maju. Manusia seolah-olah leka dengan nikmat dunia. Lalai..asyik berlumba-lumba mengejar keseronokan dunia.

Zaman sekarang pun da macam ni. Macamana zaman akan datang. Anakku, anak kau..apa akan terjadi? Mungkin zaman mereka nanti, da menagungkan barat? Cara hidup da berubah? Atau mungkin zaman mereka nanti, kita di klasifikasi sebagai orang kampung? ketinggalan zaman? atau apa saja.

Oh Tuhan. Selamatkan lah aku dan keluargaku. Selamatkanlah umatMu.

Di dada-dada akhbar, di corong-corong radio, di kaca tv, semuanya menceritakan perihal manusia yang semakin jahil. Kelahiran anak hasil perlakuan zina semakin menjadi-menjadi. Anak kecil yang tidak berdosa di buang di tandas awam, di kaki lima, di dalam tong sampah. Paling menyayat hati, daging anak-anak yang tidak berdosa itu di lapah sekumpulan anjing-anjing liar.

Di mana letaknya peri kemanusian? dimana letaknya akal fikiran yang waras? Tak keterlaluan kalau aku cakap mereka ni sememangnya bodoh ! Bila nafsu da menguasai diri, syaitan mula melonjak kegembiraan menunjukkan tanda kemenangan. Ya Tuhan.. ampunilah mereka.

Berfikirlah sebelum bertindak wahai kaum hawa sekalian. Jangan sekali termakan dengan pujukan dan rayuan kaum adam. Renungkan lah wahai sahabat ...

Monday, May 10, 2010

Cerita cinta

Lately ni aku selalu rasa macam ada something yang kurang. Tapi apa dia? Aku tak berapa pasti. Mungkin ada rasa sunyi kot. Entah lah. Status kat fb pulak asyik cerita pasal pasangan hidup je. Memang seminggu due ni bende sama je cerita. Kenapa eh? Entah la. Aku tak pasti.

Mungkin seronok tengok orang lain bahagia. Tapi aku.. terlalu banyak kisah duka dari suka. Dugaan? Mungkin barangkali....

Salah ke kalau aku terlalu memilih? Atau aku sepatutnya dipilih? Ah.. bila fikirkan balik aku rasa dua dua pun ada kurang dan lebihnya. Kalau aku memilih, takut pula tersalah pilih. Kalau aku dipilih, belum tentu dapat menerimanya.

Kata orang, perlu mencari orang yang sayang kita..bukan yang kita sayang. Tapi, bukan tak pernah jumpa orang yang suka aku. Pernah. Cuma aku tak dapat nak menerimanya atas sebab sebab yang rasional bagiku.

Memang cinta tu terlalu sukar untuk dijangka. Kadang kadang semuanya indah belaka. Kadang kadang semuanya serba tak kena. Begitulah fitrah manusia.

Aku hanya mampu berdoa agar aku dipertemukan dengan insan yang mampu menerima seadanya aku. Dan aku akan menerima seadanya dia.

Saturday, May 8, 2010

Hari Minggu Datang Lagi..

Alangkah bagusnya kalau cuti hujung minggu dihiasi dengan pelbagai aktiviti menarik. Ini tidak.. asal hujung minggu je, aku tak tahu nak buat apa. Sangat membosankan.

Selalunya aku akan keseorangan di rumah bila hujung minggu. Kawan sebilik ku, apa lagi date dengan yang tersayang lah. Yang lain pun sama. Termenung lah aku keseorangan. -__-"

Dari dulu sampailah sekarang. Tiap hari sama saja bagiku. Macam tiada apa yang menarik. Bangun tidur, mandi, makan, tengok tv. Ah ..... sangat membosankan.

Kalau aku berjalan pun kebiasaannya seorang saja lah. Tanpa teman. Bila dah biasa seorang ni, aku akan rasa kekok bila ada yang mengajak aku keluar.

*diam*

Biarlah masa berlalu dengan cepat supaya hujung minggu aku berakhir ^_^

Friday, May 7, 2010

Terima Kasih Tuhan

Terima kasih Tuhan atas segalanya.
Kau datangkan aku kebahagiaan berlipat ganda,
Kau datangkan aku hari hari yang indah,
Tepat pada waktunya...

Walau aku tak punya harta melimpah,
Walau aku tak punya rupa paras yang cantik,
Walau aku tak punya gaya menarik,

Tapi aku punya kawan yang baik,
Aku punya rakan yang sentiasa menyokong,
Aku punya sahabat yang sering mendengar,
Dan aku punya teman yang sering menegur..

Andai ada anugerah insan berhati nurani,
Akan aku hadiahkan untuk kau KAWAN..

Andai ada anugerah insan cemerlang,
Akan aku hadiahkan untuk kau RAKAN..

Andai ada anugerah pendengar setia,
Akan aku hadiahkan untuk kau SAHABAT..

Dan andai ada anugerah insan mulia,
Akan aku hadiahkan untuk kau TEMAN...

Semuanya demi KAWAN, RAKAN, SAHABAT dan TEMAN...

Aku mintak dari Tuhan setangkai bunga segar,
Tuhan beri aku kaktus yang berduri,
Aku mintak kupu-kupu,
DiberiNya aku ulat...
Aku sedih, tapi aku tetap bersabar,
Selang berapa lama kemudian...
Kaktus itu berbunga, indah sekali,
Dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik..

Begitulah Tuhan mengasihi hambaNya
Selalu indah pada waktunya ....


Terima kasih KAWAN, RAKAN, SAHABAT dan TEMAN...
Kau sentiasa membuat aku tersenyum :)
Akan aku hargai kehadiran kau dalam hidupku.
Dan aku pasti akan merindui kau semuanya...
Aku harap, kenangan kita akan abadi bersama hingga akhir hayat...

True friends never end ..
I love all of you guys..