Friday, April 23, 2010

Lelaki zaman sekarang

Post aku kebelakangan ni asyik cakap pasal laki je. Haha. Da tentu-tentu aku prempuan mesti lah cakap pasal lelaki.

Lelaki zaman sekarang....

Majoriti kaki rokok ! Kenapa ya? Kau merokok ?

Apa yang seronok sangat merokok aku tak tau lah kan. Tapi majoriti laki aku kenal semua pun merokok. Bila tanya mereka kenapa isap rokok ? Tau apa jawapan mereka ?

Kalau tak isap rokok nak isap apa ?

Alamak.. Haish, bodoh betul jawapan itu.

Belajar tinggi tinggi bro, tapi akai takda.

*gelak*

Tau tak bahaya rokok tu ? Kau akan menyebabkan orang sebelah kau yang ada masa kau isap rokok tu mampus cepat dari kau. Kau kalau nak mati pun tak payah lah ajak rakan rakan kau yang tak bersalah kat sebelah kau tu. Kesian mereka.

Kebanyakan perokok mati disebabkan kanser. Tak sedar sedar jugak kau ni. Dah terang-terang dekat kotak rokok tu tulis, macam-macam gambar dah letak, tapi memang takde kesedaran sivik betul.



Gambar baik punya . Tak juga sedar. Ish ish. Kesan dari merokok



Kalau dah perokok tegar tu memang tak boleh nak buat apa la kan.

Ada pulak yang bila ditegur aweknya supaya berhenti merokok, dijawabnya....

" Aku kenal rokok dulu dari aku kenal kau "

*geleng kepala*

Budak laki zaman sekarang. Macam-macam la kan. Susah sangat nak tinggalkan rokok. Aku pun tak paham la.

Aku benci asap rokok. Buat aku lemas dan rimas. Tapi aku ni selalu dapat lelaki perokok. Kenapa pun aku tak tau la.

Kata orang apa yang kita tak suka tu biasanya itu yang kita dapat.

*gelak*

Habis, tak kan aku nak suka perokok pula ? Sedangkan family aku bebas dari rokok. Mohon pada tuhan je la supaya aku bertemu jodoh dengan insan yang bukan kaki rokok

*senyum*



rokok adalah antara penyumbang terhebat
kepada peningkatan kadar kematian




Kepada kaum lelaki di luar sana yang kaki rokok, sedar lah. Ingatlah orang tersayang. Jangan kerana rokok, badan anda dan orang yang anda sayang rosak. Sayangi diri anda sebelum anda sayangi orang lain

Thursday, April 22, 2010

Bila manusia berkuasa memlilih


" Aku suka mamat tu lah ! Just nice ! "

" Handsome nya mamat tu ! "

Pernah kau lontar ayat seperti tu ?? Hahaha. Pasti pernah. Kau juga manusia sama seperti aku. Kau juga manusia yang suka kan keindahan dan kecantikan. Tapi aku rasa aku ada pandangan berbeza tentang lelaki. Kau macamana ?

Bagi aku, aku tak berapa suka lelaki yang berkulit cerah. Sebab apa ?

Ni aku nak cerita.
Banyak sebabnya.

Lelaki berkulit cerah ni kebanyakan EGO dia agak tinggi . Ni cuma pandangan aku. Aku tak merujuk mana-mana kajian ya. Belajar dari pengalaman sendiri . Tapi memang betul lah, kenapa pun aku tak tau. Mungkin rasa mereka terlalu jambu. @ handsome @ cute @ watsoever lah kan.

Lelaki berkulit cerah ni pada aku tak mampu melindungi aku. Kebiasaannya mereka lebih suka menjaga diri mereka saja dan tak mempedulikan orang sekeliling mereka. Mereka tak suka bersukan, tak sukan bersenam. Lembik je. Maaf kata la kan. Tapi memang betul apa.

Lelaki berkulit cerah ni agak panas baran. Jangan marah. Bukan aku suka suka nak kata. Tapi berdasarkan pengalaman aku. Kalau kau tak setuju tu terpulang la kan. Masing masing. Mungkin perlu ada kajian tentang sifat lelaki asia berkulit putih kot.

*gelak*


Aku tak suka lelaki lebih cerah dari aku sebab aku akan rasa tercabar. Almaklumlah aku bukan cerah mana pun. Mesti tercabar punya lah kalau dapat lelaki lebih cerah dari diri aku sendiri. Akan ada lah mata-mata jahat yang mengata dan menjeling pada pasanganku. Ah !! Buat aku tercabar saja.

Biarlah bagi aku lelaki tu biasa biasa aja. Sedap mata memandang. Kalau cantik luaran belum tentu cantik dalaman. Kau setuju ?

Zaman sekarang ni, semua pun tak boleh percaya. Yang diam tu lebih bahaya dari yang kita sangka. Siapa tahu kan? Berhati-hati lah dalam memilih pasangan.


Sekali aku terkena, pengajaran selamanya buat aku....


Monday, April 19, 2010

Pagi yang hambar sehambar hati aku

Apa kau rasa bila kau dikejut dari tidur yang lena dengan jeritan yang kuat? Memang spoiled betul mood aku pagi ni. Selalu aku boleh terima lagi. Tapi pagi tadi aku betul tersentap juga.

"Kau tak reti nak bangun ke? Da pukul berapa da ni? Menyusahkan orang je ! "

Tersentap aku. Terus mood aku hilang pagi tu. Tepat jam 6.05pagi aku bangun dan mengemas tempat tidur ku. Terus menuju ke bilik air dan mandi. Aku bersiap-siap nak bergerak ke shah alam dari rumah ku.

Lepas makan, aku salam dan cium tangan mak aku tanpa berkata apa dan terus keluar rumah. Betul-betul aku rasa pagi yang sial ! Maaf kata la kan. tapi memang mood aku rosak hari ni.

Dah la terpaksa menaiki bas ke shah alam. Ayah ku sibuk kerja siang dan malam. Mujur ada adik yang mau menghantarku ke sentral. At least tak lah teruk aku pikul beg yang sarat tu dari bukit jalil.

Tepat jam 8.00 pagi aku tiba di sentral. Aku bernasib agak baik sebab bas U80 tiba cepat. Kira-kira lepas 10 minit aku menanti.

*aku melangkah masuk ke dalam bas*

Ah !! Shit !! majoriti kaum asing !! Dah macam aku yang pendatang asing pulak. Pusing kanan, bangla. Pusing kiri bangla. Pusing belakang indon. Depan aku pon indon ! Memang aku rasa macam nak sepak sorang-sroang lah. Kau semua menyemak kat negara aku pehal ?? Aku menjerit dalam hati.

Meluat pulak aku tengok mereka semua ni. Walaupun mereka tak salah apa dengan aku tapi mereka yang menyebabkan mood aku bertambah teruk pagi ni.

Terpaksa berdiri sebab seat da penuh dengan mat bangla dan mat indon. Dengan beg laptop tersandang belakang aku, dengan beg besar aku pikul, hmmm... da macam apa plak.

Sepanjang perjalanan aku berdiri. Dan sepanjang perjalanan tu jugak hati aku berkecamuk. Macam-macam aku fikir. Banyak benda yang mengganggu fikiran aku pagi ni. Aku rasa sangat-sangat beremosi pagi ni.

Jam 12.30tghari aku ada kelas. Aku terpaksa kawal perasaan aku supaya tempiasnya tak terkena pada insan tak bersalah. Gembirakan hati depan mereka semua.

Aku sampai di rumahku tepat jam 9.30 pagi. Janah masih lena dibuai mimpi. Syud pula tengah mandi. Sampai saja di rumah, terus aku punggah barang-barang dan kemas. Dan sepantas kilat aku mencapai laptop aku.

Aku memang diam seribu bahasa pagi ni. Tak tau apa yang tak kena tapi memang aku tak da mood nak bercakap banyak.

Hmm..memang dugaan. Aku bersabar je lah. Aku harap hari ini berlalu dengan cepat dan aku juga harap mood aku akan kembali ok.

Aku yang speechless !!

Sunday, April 18, 2010

Bila tiba saat exam...

Stress !!!!!!!!!!

Perkataan pertama muncul dalam kamus hidupku bila tiba saat exam. Aku tak suka exam! Kau suka? Tentu kau juga sama macam aku.

Macam-macam masalah akan muncul saat tibanya exam. Aku benci betul. Banyak dugaan aku lalui. Semuanya bila exam nak tiba.

Aku baru lepas break dengan dia. Siapa dia? Aku cakap bukan kau kenal pun. Aku cukup benci bila tau aku dipermainkan. Depan aku cakap bukan main manis lagi seolah-olah pijak semut pun tak mati ! Kalau kau ingat kau boleh mainkan aku, kau salah ! Aku benci bila jadi macam ni. Tapi ada hikmahnya. Mujur masih belum terlambat untuk aku tahu cerita sebenarnya.

Tuhan tu maha adil. Kau buat orang lain, kau akan kena balik. Tuhan bayar cash ! Jangan kau ingat kau boleh lepas. Mungkin bukan sekarang, mungkin esok atau lusa. Bertaubat lah sebelum kau terlambat.

*sedih*

Ah !! Biarlah benda da jadi pun. Hidup kena teruskan juga. Kau dengan cara kau, aku dengan cara aku.

Lepas satu, satu masalah datang. Banyaknya dugaan aku bila nak exam ni. Kenapa aku diuji sebegini Ya Allah....Kuatkan aku, tabahkan aku.

Exam dah dekat tapi aku masih belum mula study lagi. Tahap kemalsan aku sangat-sangat tinggi. Aku tak tau macam mana nak buang. Bukan tak nak study tapi fikiran aku ni asyik fikir benda lain je bila nak mula study. Tak boleh nak fokus.

Sem ni aku tak tau apa bakal jadi kat aku ni. Aku pasrah je. Tapi aku tetap akan mencuba yang terbaik. Aku buat semua untuk diriku dan keluargaku.

Aku harus terus melangkah !

Friday, April 16, 2010

I HATE YOU MORE THAN I LOVE YOU !!



YOU ARE SUCH A BIG LIAR TO ME

YOU TOLD ME THAT YOU LOVE ME

YOU TOLD ME THAT YOU WANT ME

YOU LOVE TO FOOL WITH WOMAN

NOW, YOU DESERVE NOBODY

WHAT THE HELL ARE YOU??

YOU TALK LIKE YOU KNOW WHAT IS LOVE

DON'T YOU KNOW WHAT IS LOVE ALL ABOUT ??

YOU ARE SUCH THE SAME GUYS OUT THERE

STUPID !! AND @$$&*$@ !!

AARRGGHHH !!! I HATE YOU !!

I HATE YOU MORE THAN I LOVE YOU

IT'S MY FAULT I LOVE YOU

MY FAULT I TRUSTED YOU

IT'S ALL MY FAULTS !!

I HATE MYSELF !!

YOU TOLD ME THAT YOU WERE BUSY

BUSY WITH WHAT ??

PLAY AROUND WITH OTHER WOMEN ??

DAMMIT !! I HATE YOU !!

SERIOUSLY I HATE YOU

PLEASE ................

I DON'T WANT TO HEAR YOUR NAME ANYMORE !!

GO AWAY FROM MY LIFE !!



THANKS GOD YOU SHOW ME THE WAY ..


Thursday, April 15, 2010

Semalam Yang Sangat Enjoy !



Hilangkan Stress Sebentar Di Genting !!


Memang Terbaik !!




Hai !! My name is hidayah :)



I'm the best !! I'm the best !! Jeritku ketika berada di puncak landasan corkscrew !! Memang semlam aku dan atiqah sangat sangat enjoy. lupa semua masalah sekejap. Memang terbaik lah !

Hehe.. yang belum pernah menjejakkan kaki ke puncak genting highland mungkin tertanya tanya apa la aku merepek ni. Kalau nak tau, pergilah bawa diri kau ke sana. Pasti tak menyesal punya.

Aku dan atiqah sampai di kl sentral jam 10pagi. Terus menuju ke kauter tiket. Hampa kerana tiket pukul 1pm . Dan masa tu package untuk bermain tidak dijual di kaunter tersebut. So, aku kena beli tiket bermain setibanya di genting.

Hujan renyai-renyai semasa kami tiba. Alhamdullilah, cuma sebentar. Apa lagi, terus berlari lah beratur nak naik spaceshot selepas hujan berhenti. Haha. Memang terbaik lah !!



Aku dan dia di dalam bas




Gambar di ambil sebelum menaiki corkscrew !!




Memang mantap lah !! Puas gile aku dapat menjerit !!




Kenangan berdua




Si minah ni gambar dia paling banyak.
Gambar aku yang dia ambil sume blurr..
Ciss !! Penat je bergaya.. Hahaha



Kembali ke zaman kanak-kanak



Rasa macam tak nak turun je. Hahaha



Si comel tu macam takde perasaan je. Serius !!



Kami main oytdoor and indoor game. Memang best !!
Lagi-lagi game yang bodoh-bodoh !! haha

Tuesday, April 13, 2010

I Love You Guys !!!


Hari ni seronok juga bila my classmate nak celebrate my bufday.
Hahaha.. Kelakar kan? Bufday aku da lama lepas.

Dorang celebrate bufday sorang lg classmate kitorang, sugar.
Guys you all memang the best.

Aku sayang korang semua.

Korang macam memahami aku yang sarat dengan masalah sendiri ni.
Sayu jugak rasa bila ada orang nak celebrate bufday kita walau da lama lepas kan?

Memang enjoy juga la tadi. Makan kek kat secret receipe. Terbaik. Sampai aku tak larat nak sumbat kek da. Muak kot. Hehehe.

Neway guys, thanks banyak-banyak.

Tapi rasa sedikit hampa sebab kempunan tak dapat nak main boling kat Plaza Alam Sentral (PAS) . Ramai sangat book . So, terpaksa di tangguhkan ke hari lain. hehe. Gamba tak dapat nak upload lagi. Tunggu gambar dari kawan.

And thanks juga kepada semua insan yang bersusah payah dan sudi belanja aku makan dan menggembirakan hati aku. Aku sayang korang semua. :)





Monday, April 12, 2010

My One Wish



When I miss you


Sometimes I listen to music or look at pictures of you

Not to remind me of you

But to make me feel as if I'm with you

Its make me forget the distance and capture you

You mean everything to me

When I wake up in the morning

You are the first thought in my head

And my last thought before I go to bed


Today was just one of those days


Where everything I did reminded me of you

And every song I heard somehow related to you

I hate days like today

Because every times I think of you


I can feel tears in my eyes

Not because I hate you

But because I really miss you


And miss our time together

I miss the talks we use to have

I miss the voice I use to hear


I miss hearing your crazy but cool stories

And above all these.......

I just MISS YOU !!


Sunday, April 11, 2010

Seharian Aku Disana

Sepatutnya hujung minggu dihiasi dengan pelbagai aktiviti bersama rakan-rakan atau lebih mesra dikatakan meronggeng. Tapi aku terperuk di dalam makmal untuk membuat projek tahun akhir aku. Duhh ~~~ terasa sugguh sepi dan asing.

Tapi aku tak kisah semua tu. Yang penting aku ada kerja perlu dibereskan. haha. Sorang pun aku tak kisah.




Sempat tu bergambar. Bosan kot :p




Aku cuma buat subculture aja tadi. Specimen aku dari pokok betik. Harap-harap menjadi lah projek aku ni. Jenuh pulak nak buat lagi kalau tak menjadi. Nak kena cari pokok betik satu hal. Nasib la ada pakcik baik hati nak bagi aku lanyak pokok betik depan rumah dia tu. hehe. Terima kasih pakcik !!




Kau tau ni apa? Haha. Ni lah hasil daun betik yang diperap
seminggu. Nampak apa tu?? Ha.. fungus tumbuh dari daun
betik la. Then, aku cungkil sikit fungus tu dan subculture kat
plate lain pulak. Nak peram 3 minggu pulak :)




Ni la agar plate yang akan digunakan untuk
subculture fungus yang tumbuh dari daun
betik tu




Ni la specimen aku. Daun, pucuk dan akar betik.
Setelah diperap seminggu, hasilnya pelbagai jenis
fungi tumbuh. hehe




Tempat pemerapan sample aku (incubator)


Ok i'm done !! Lepas ni kena peram dan tugggu selepas 3 minggu pulak. Lama tu. Hehe. Semetara tu, aku kena mulakan penulisan thesis aku. Hmm.. malas betul rasanya


Banyak benda nak buat lagi.. Final exam. Belum mula study lagi. Wah !! kena mula cepat !!

Manusia Baik

Semalam aku bercerita pasal manusia jahat, hari ni aku nak bercerita pasal manusia baik.
Dalam dunia ni ada dua jenis manusia baik

1. manusia baik yang tahu dia baik
2. manusia yang pura-pura baik

Kita biasa jumpa dan senang jumpa dengan manusia jenis pertama sebab manusia jenis ni memang terang lagi bersuluh nampak kebaikannya. Tapi manusia jenis ni pula banyak kategorinya. Nak tau apa?

Ok.. aku nak kupas satu persatu tentang budak baik jenis pertama

1. Budak baik yang digelar "nerd"



Kau tau apa definasi nerd? Adakah dengan memakai kaca mata tebal dikira nerd? atau dengan kehulur hilir dengan buku dan nota dikira nerd? Tapi nerd suatu subjektif untuk kau nilai dan tafsir. Suka hati kau la nak tafsir nerd tu apa. Masing-masing ada pandangan tersendiri.

Kategori seterusnya

2. Budak baik yang digelar "sopan santun"

Kau mesti kenal budak macam ni. Bila bercakap sopan gila lah. Memang sangat menghormati orang lain. Bila berjalan pun lemah gemalai aja. Memang bersopan lah. Mesti jadi pujaan setiap jejaka yang melihatnya.

3. Budak baik yang selalu dibuli

Ha.. yang ini memang senang jumpa. Asal nampak macam baik aje, memang kau kena buli punya. Kalau dalam kelas tu, asyik nama kau aja yang disebut rakan-rakan. Kadang-kadang bila ada group assingment, kau lah kena kerja lebih sikit. Ya la, dah tentu kau tak nak menjatuhkan pointer kau. Kau sentiasa bersabar walau apa pun orang buat kau. Bagus !!

Itu baru manusia baik jenis pertama, belum sentuh manusia baik jenis kedua pula.

Yang jenis kedua ni suka berpura-pura. Memang susah nak cam jugak lah.

Mungkin dia kawan baik kau
Mungkin saudara sedarah daging kau

Siapa tau?

Manusia jenis ni suka pura-pura baik depan orang.
Dalam hati, da banyak tompok hitam da. Memang kotor.
Tolong orang mengharapkan balasan.

Aku benci orang jenis kedua ni. Kau suka?

Tapi dalam situasi tertentu aku pernah juga berpura-pura. Kau pernah? Mustahil kau tak pernah. Mana ada manusia yang sempurna. Haha. Kalau berpura itu mendatangkan kebaikan kepada orang lain, apa salahnya. kan?

Saturday, April 10, 2010

Manusia Jahat


Dalam dunia ini, cuma ada dua jenis manusia jahat

1. manusia jahat yang tahu dia jahat
2. manusia jahat yang tak sedar dia jahat

Yang biasa kita jumpa, manusia jenis pertama sebabnya manusia jenis ni senang kita kenal. Da memang terang-terang nampak jahatnya.

Hmm, manusia jenis kedua, orang susah nak jumpa. Bukan tak ada, cuma tak nampak. Manusia jenis dua ni pandai berpura-pura.

Siapa manusia jahat?

*gelak*

Carilah sampai berjanggut kau akan cuma jumpa manusia pertama. Yang kedua, selagi dia bersembunyi, kau tak akan nampak dengan mata telanjang kau.

Mungkin teman kau yang paling rapat
Mungkin saudara sadarah daging kau

Siapa tahu.

Susah. Susah nak kenal manusia jenis kedua
Sebab ramai penipu

Ada orang suka berkawan dengan manusia yang terang-terang jahatnya dari manusia yang tak sedar dirinya jahat.

Hakikatnya.. kedua-dua jenis manusia ini jahat. Macamana lah ada orang suka berkawan dengan orang jahat. Kau suka yang mana ?? Aku dua-dua pun tak suka

Tak kisah lah apa pun pandangan kau. Yang penting aku nak nasihatkan, berhati-hati memilih kawan. Dunia ni penuh dengan tipu helah. Jangan sampai terjebak sudah.

Kau dah besar, aku pun da besar. Masing-masing tau mana baik mana buruk. Tuhan bagi kau dan aku akal bukan untuk disimpan. Gunakan lah sebaik mungkin.

Kau sedar kau manusia jenis mana? Manusia jenis 1 @ 2 @ 1&2 ??

hahaha.

Renung-renungkan dan selamat beramal ...


Aku Belum Ngantuk

Jam : 3.00 am
Tempat : ruang tamu
Posisi : meniarap, duduk, berbaring

Aku nak membebel dulu sebelum masuk tido. Kena ambil mood dulu kata orang. Akhir-akhir ni, selalu aku tido lambat. Bukan buat apa pun. Online aje. Bukak facebook, layan blog, update blog, dan paling suka layan lagu di You Tube :)

Mood aku sekarang layan lagu jiwang-jiwang aje. Jangan tanya aku kenapa sebab aku tak ada jawapannya. hehehe. Saja suka-suka nak dengar. Best pulak. Layankan aje.

Aku nak masuk topik facebook pulak. Sekarang aku macam malas nak letak profile picture aku sendiri. Jangan tanya aku kenapa sebab yang ni pun aku tak ada jawapannya. Tukar selera barangkali. Jemu pulak asyik tengok gamba sendiri :) Status pun aku da malas nak post apa-apa sebab macam tak ada benda nak cakap.

Hmm, aku ni mengadap laptop 24jam tak apa. Janji jangan mengadap buku. Haish.. biasalah. KOrang pun sama je. Ngadap buku tak sampai pun sejam, pastu mulalah tak tentu arah dah. Otak jem la, letih la, sambung esok la..apa-apa aje la. Semua pun sama aku rasa.

KOrang tau apa aku fikir sekarang?

Mestilah korang tak tau sebab korang bukan aku. hehehe

Waktu ni aku rasa macam nak keluar rumah lepas tu start enjin kereta (kalau ada), drive laju-laju selaju yang mungkin then jerit sekuat hati kat jalan raya. "DUNIA INI AKU YANG PUNYA !!!!! "

Fuhh !! terbaik lah kalau dapat buat macam tu. Memang lepas tu balik trus positive. Hati gembira sebab da lepaskan tension kot . hehehehe..

Kalau aku berpeluang buat macam tu, aku tak akan lepaskan...

Hmm, aku da rasa macam positive sikit bila da membebel kat blog ni. Bagus jugak ada blog. hehe. Lepas ni aku boleh tido dengan aman dan damai.

Selamat malam semua. Selamat malam dunia. Masihkah ada esok untuk ku?

Thursday, April 8, 2010

Deritakah Aku ??

Ya Allah..ujian apakah yang Engkau timpakan kepada hambamu ini. Aku tidak mampu menanggungnya sendiri Ya Allah. Jangan Engkau lepaskan aku setelah Engkau timpakan aku dengan pelbagai ujian. Aku lemah..aku sangat lemah..

Bimbinglah aku..

*Menangis dalam hati*

Pernah terdetik di hati kecilku supaya tuhan segera mencabut nyawaku. Sesunggunhnya aku tak mampu menanggung penderitaan waktu itu.

Aku nak mati !! Aku nak mati cepat !!

Terngiang-ngiang perkataan itu. Memang..memang aku pernah terfikir pasal mati. Sebab apa?? Sebab aku rasa aku tak mampu menanggung penderitaan itu. Aku tak kuat. Sumpah aku tak kuat. Orang nampak aku gembira tapi sebaliknya aku tengah bersedih. Sedihku hanya Tuhan yang tahu..

Saat itu aku terasa sangat sunyi seolah-olah tiada teman, tiada keluarga, tiada siapa di muka bumi yang boleh aku kongsikan penderitaan ini.

Arrgggghhhh !!

Aku berhak bahagia seperti yang lain.

Kadang-kadang aku rasa tuhan itu tidak adil. Kenapa orang baik selalu diuji. Kenapa??
Kalau tuhan tahu kita mampu menanggung ujian itu, kenapa masih ada yang ambil jalan bunuh diri?? Persoalan itu sering menjadi tanda tanya.

Astagfirullah... jahilnya aku

Tergamak aku mempersoalkan itu. Ampuni aku Ya Allah.

Tuhan itu lebih mengetahui. Dia datangkan pelbagai ujian keatas hambanya kerana Dia sayang kan kita. Mungkin Tuhan ada perancangan terbaik untuk kita. Sabarlah. Hari itu akan tiba jua.

Mungkin bukan hari ini, mengkin esok, mungkin bukan esok, mungkin lusa, mungkin bukan lusa, mungkin ada harinya. Bersabarlah. Jangan jadikan penderitaan hidup yang kita lalui sebagai alasan untuk kita menyerah. Sekali kita jatuh, bangunlah. Kembali kepadaNya. Minta petunjuk dariNya. Sesungguhnya tuhan maha mendengar rintihan hambanya.

Ya Allah aku memohon padaMu, jangan engkau pesongkan hatiku setelah engkau beri hidayah kepadaku. Bimbinglah aku. Engkau mengetahui apa yang nyata dan apa yang tersembunyi. Jika benar jalan yang aku pilih, bimbinglah aku.. jika tidak, berilah petunjukMu.

Sekali lagi aku kalah dengan emosiku..

Aku Sangat Gembira

7 April 2010

Aku sangat gembira hari ini. Harijadi aku disambut bersama rakan-rakan. Walaupun orang yang dinanti melupakan hari ini, aku masih ada insan yang sudi menyambut hari lahirku. Terima kasih rakan-rakan.

Seharian aku diluar. Letih sangat tapi berbaloi bila ada insan yang ingat kan aku. Tegah hari aku berada di one utama, damansara bersama 2 orang rakan ku. Sangat enjoy.

Letih melayan karenahku. Kami bertiga bermain boling sehingga tiga game. Letih dan penat juga lah. Tangan aku rasa macam besar sebelah sudah. Seronok sangat walaupun letih.

Di waktu malam pula ada yang sudi belanja aku dan rakan rumahku makan di luar. Murah rezekiku. Alhamdullilah. Selepas makan kami ke I-City. Penat jugalah bergambar. YAng sedihnya banyak gambar yang diambil agak kabur. Mungkin kekurangan skill barangkali. Apa pun, aku sangat gembira hari ini. Terima kasih semua !! :)



Hadiah dari rakanku :)

Wednesday, April 7, 2010

7 April 2010

7 April 2010

Usiaku genap mencecah 23 tahun. Cepatnya masa berlalu.

Ramai rakan-rakan wish bufday aku. Seronoknya. Housmate aku jana dan syud bagi aku present. Thanks semua. :)

Aku masih menanti dan ternanti-nanti..

12.30am

*mesej masuk*

Aku melihat siapa pengirim mesej tersebut. DIA . Aku tersenyum seketika.

*membaca mesej*

Bukan untuk wish bufday aku. Cuma dia beritahu dia nak tidur. Perasaan aku tika itu hanya tuhan saja tahu.

Kenapa dia langsung tak ingat tarikh tu. Barangkali penat agaknya. Biarlah, kalau ingat dia akan wish juga. Kalau tak pun tak mengapa.

Aku memujuk diriku sendiri.

Biarlah hari ini berlalu seperti hari hari sebelumnya.

Bulan April

Aku rasa agak lama aku bercuti dari mengarang cerita-cerita untuk blog aku. Bukan aku malas, bukan juga aku sibuk..cuma sejak kebelakangan ni emosi aku sering terganggu. Terganggu sebab apa? mahu berkongsi tapi aku tak cukup kuat lagi nak berkongsi cerita ini. Cukup lah sekadar orang tahu perasaan aku dan emosi aku waktu ini.

Sedih..Sakit..Pedih..

Menangis?? Da puas aku menangis. Apa aku dapat? Bodohkan? Biarlah apa orang nak kata. Orang akan berhenti berkata bila penat. Aku tetap aku dan aku masih aku.

Kalau lah dia mengerti perasaan aku tika ini.
Kalau lah dia ada denganku detik ini.

Semuanya kalau....

Hakikatnya, perkara itu mustahil terjadi. Tapi, aku sentiasa mendoakannya. Apa yang terbaik buatnya, terbaik juga buatku.

Aku hanya mampu menahan sebak di dada waktu dan saat ini..