Friday, March 26, 2010

Apa Lelaki Perlu Tahu ?



WANITA


1. Bila dia berkata sedih tetapi dia tidak menangis, itu bermakna dia menangis di dalam hatinya

2. Bila dia berdiam diri dan tidak mengendahkan anda sekiranya anda membuat kesalahan, adalah lebih baik beri dia masa untuk bertenang sebelum kembali memujuknya

3. Wanita sangat susah membenci orang yang dicintai

4. Jika seorang wanita mencintai seorang lelaki, lelaki itu sentiasa di ingatannya setiap saat walaupun dia sedang bersama lelaki lain

5. Bila seorang lelaki senyum dan memandang mata seorang wanita, wanita itu akan cair hatinya

6. Jangan terlalu serius, itu mengundang kebencian wanita

7. Sekiranya seorang wanita menerima panggilan pertama dari orang yang disukai, dia akan bersikap acuh tak acuh tetapi melonjak kegembiraan selepas dia meletak panggilan

8. Wanita itu suka menyatakan perasaan mereka, tentang musik, puisi, gambar menarik dan juga penulisan menarik yang menggambarkan perasaan mereka

9. Wanita itu sukakan perhatian. Walau sesibuk mana pun anda jangan sesekali lupa ucapkan selamat kepadanya. Walaupun ringkas, sudah cukup menceriakan harinya

10. Jadilah diri anda seadanya


" wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki yg paling atas. bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas. tetapi dari sisinya yang dekat dengan hati untuk dicintai, disayangi dan dilindungi'

Tuesday, March 23, 2010

Perkara pelik tapi benar

Em, hari hari tiada apa perbezaan. Buat aktiviti yang sama aja. Bangun tido, mandi, siap ke kelas. Balik kelas on laptop layan FB dan blog. Keesokan hari..rutin tak pernah berubah walau hari sentiasa berubah. Bila nak maju la macam ni?? Manusi manusia manusia....

Aku selalu merasakan hidup ini susah untuk diramal. Kadang kadang rasa macam hari tu hari paling indah buat aku. Ada masa pula aku rasa hari tu hari paling malang buat aku. Aku pun tak tahu kenapa..

Bila hari tu aku rasa hari paling indah, semua benda aku buat menyenangkan hati aku. Bila tiba hari malang aku, memang aku rasa aku ni paling malang di dunia lah. Itu tak kena ini tak kena..Semuanya tak kena. Apa yang kena tak tahu la.

Ha... itu baru mukaddimah saja. Cerita sebenar baru bermula..

Hari ni aku dengan rakan sekelas bermain boling di Plaza Alam Sentral (P.A.S), Shah Alam. Masing masing nak tunjuk kehebatan la katakan. Aku pun apa kurang nya. Sama hebat juga. :)

Nak dipendekkan cerita, tiba lah giliran aku bermain..dengan bersemangatnya aku mengangkat bola boling tu dan mengacah untuk melontar di lane rakanku.

Disebabkan bola yang diselaputi minyak dan mengakibatkan bola itu licin, lalu terlepas sudah bola dari tangan ku...

"HOI !!!!!!! sengal la !" ada suara makhluk menjerit ke arahku.

Serentak dengan itu, terburai segala gelak ketawa kami yang ada di sana. HAhahahahahaha

"Adui, macamana boleh terlepas ni ? Aku ingat nak acah-acah baling je..sekali terlepas da. " hahahahhaha.."

"Sorry weh! sorry ! Aku tak bersalah, bola tu yang salah !! Licin sangat !! Hahahahha".

Terburai gelak ketawa semua .. Adegan yang tak dapat dilupakan. :p


Saiz 8 dan 9 keselesaanku. :)


Adegan yang jarang kita lihat di pusat boling


*Kejadian yang tak dapat aku lupakan........*

Bermain boling di Sunway bersama 4 orang rakan kelas. Sampai giliran aku bermain. Aku dengan 'macho-nya' menganggkat bola boling dan bersedia melontarkannya..

1..2..3......dumm !!!!!!!

Allaaaammmmaaakkkk !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

"Hoi !! bila masa pulak aku main ni ??" rakanku menjerit.

Aku menjawab..aku la baling tadi.

*sambil tersenyum dan menahan gelak*

"Gila hebat kau dayah ! Macamana bola boleh terbang masuk lane aku ni?" katanya

*Terburai gelak ketawa semua yang ada......Hahahahahhahahahhahahaha*

Gila malu masa tu tuhan aja yang tahu. Tapi kawal, kawal.. Gaya tu penting ! Hahahahhahaha...akhirnya aku gelak sama. Gila aku pelik macamana bola tu boleh terbang ke lane sebelah pulak ???

Persoalan yang masih menjadi tanda tanya.. sampai sekarang aku musykil. Bola yang terbang @ aku yang rabun @ bola licin @ aku kah yang terlalu ber"skill" ??

Tapi.. aku yakin dan pasti yang jawapan terakhir itu adalah jawapan paling tepat buat aku . Hahhahaha....


*Cerita di atas hanya sekadar hiburan semata-mata*

Monday, March 22, 2010

Helaian-helaian Itu ....................





Corynebacterium, Enterobacteriaceae, Listeria monocytogenes...........

Koilocytosis, HPV changes, Karyopyknosis....

Bla..bla..bla..bla...bla...

What the heck was that !!
Damn it ! I can't even remember all the fact, characteristics, changes, whatsoever...bla..bla..bla..


Ahh!! kenapa aku ni susah sangat nak ingat semua fakta dan semua helaian-helaian itu? huh? Teruknya aku. Kalau dulu aku la jaguh menghafal. Sekali baca da boleh hafal, dah boleh ingat.

Tapi..apa jadi sekarang??
Sekali baca
Dua kali baca
Tiga kali baca
Empat kali baca
Lima kali baca.............
Berkali-kali baca...............

Still muka surat sama, ayat sama, perenggan sama..

*Mengeluh panjang -___-" *

Macamana aku nak skor kalau aku sendiri susah nak menghafal?? Boleh bingung aku memikirkannya.

Any solution?? or any suggestion?? help me please.................OMG !! :(


Helaian-helaian itu sungguh menyakitkan otak aku!!

Saturday, March 20, 2010

Selamat Ulang Tahun Mak ...

Tanggal 19 mac

Hari ini genap usia mak aku 48 tahun. Rasa sekejap saja masa berlalu. Aku pun tak lama lagi akan mencecah 23 tahun.

"Selamat Hari Lahir mak" .. kata-kata yang hanya mampu aku ucap di dalam hatiku sendiri. Terasa berat sangat lidah aku nak mengucapkan penghargaan kepada insan yang ku gelar mak. Ya Allah...kenapa hati aku sekeras batu??

*termenung sedirian*

Aku ingat tarikh-tarikh yang sepatutnya aku ingat. Tapi cukup susah unutk aku melafazkannya kepada insan yang ku gelar emak. Kenapa?? Ego kah aku??

Aku teringin jadi seperti kawan-kawan ku yang lain. Cukup mesra dengan ibu dan ayah mereka. Tiba hari ulang tahun atau hari apa saja pasti mereka melafazkannya kepada ibu atau bapa mereka. Tapi aku..........................................

Susah..sangat susah. Mungkin bukan adat keluarga kami untuk meraikan hari-hari seperti itu. Mungkin sebab itu aku rasa seolah-olah kaku untuk melafazkannya.

"Mak, akak tetap sayangkan mak..mak dah banyak bekorban untuk kami semua..Terima kasih mak".

Kami tau mak sayangkan kami cuma mak kadang-kadang tak tahu macamana nak mempamirkan kasih-sayang tu.

Akak, abang, alang, aid........semua sayangkan mak ! Terima kasih untuk segala-galanya...

Friday, March 19, 2010

Sila Mencuba !

UJIAN PERSONALITI

Ambil sedikit masa untuk jawap soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya2..

Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini

Situasi:
Anda berada di dalam hutan
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu

(3) tindakan anda terhadap haiwan itu
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) nyatakan bilangan kunci itu
(dari 1-10 anak kunci)

anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan.

pada fikiran anda..
(5) adakah rumah itu berpagar?

(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.
(7) apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

atas meja ada pasu...
(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?
(Penuh / Setengah / Kosong)

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa?
[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]


Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.
(10) Berapakah laju air itu?
(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.
(11) Apa ukuran kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

(12) kotak itu diperbuat daripada?
(cupboard/ kertas / kayu / logam)

tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(13) jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan)

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(14) Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)

(15) Apa yang kuda lakukan?
(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)

(16)
TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh
daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?


Berikut adalah tafsiran:
(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.

(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar

(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah

(4) kunci
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik

(5) rumah
berpagar : close-minded
tidak berpagar : open minded

(6) pintu
terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda

(8) Pasu
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah

tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!

(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda

(10) air terjun
0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 - ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi ...

(11) Saiz kotak:
kecil - ego rendah
menengah - ego sederhana
besar - ego tinggi

(12) material peti:
cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati
kepribadian
logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:
jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

(14) Warna kuda:
putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

(15) tindakan kuda:
diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.
Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...
Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

Apa yang akan anda pilih?
Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan

(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.

Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? Renung-renungkan dan selamat beramal :)

Rahsia Tarikh Lahir Menurut Kajian Dr. Fadzilah Kamsah

JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI
berfikiran abstrak, sukakan benda yang reality dan abstrak inteligent, bijak dan genius, berpesonality yg mudah berubah, mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yg lasak, emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya, tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi

MAC
berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati, sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.

APRIL
sgt aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada, sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI
kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam, cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri)suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu, bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yg tinggipermikiran yg tajam, pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera,seni & muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk dirumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros

JUN
berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap, perangaiidea @moodidea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah &cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih & cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalahkawan saya.

JULAI
Sangat seronok didamping, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkanMudah dipujuk dan bercakap lurusSangat menjaga hati orang lainSangat peramahEmosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinyaBerjiwa sentimental jarang berdendam mudah memaafkan tapi sukar melupakan tidak suka benda remeh-temeh membimbing cara fizikal dan mental sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang layanan yg serupa dgn semua orang tinggi daya simpati pemerhatian yg tajamsuka menilai org lain dgn pemerhatian mudah dan rajin belajar suka muhasabah diri suka megenangkan peristiwa atau kawan lamasuka mendiamkan dirisuka duduk dirumahsuka tunggu kawan tapi tak cari kawantak agresif kecuali terpaksa lemah dari segi kesihatan perutmudah gemuk kawal tak kawal dietminta disayangimudah terluka hati tapi lambat pulihterlalu mengambil beratrajin dalam membuat kerja

OGOS
suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut. orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa. cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan. sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin. sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat. sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik ,pengasih,penyayang suka mencari kawan

SEPTEMBER
sangat bersopan santun & bertolak ansursangat cermat,teliti & teratursuka menegur kesilapan org lain & mengkritik pendiam tapi panda bercakapsikap sangat cool sangat baik & mudah simpati sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujurkerja yg dilakukansangat sempurnasangat sensitif ygtidak diketahuiorg yg banyak berfikir daya pentaakulan yg baikotak bijak & mudah belajarsuka mencari maklumat kawal diri dari terlalu mengkritikpandai mendorong diri sendirimudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsiasuka sukan,hiburan & melancongkurang menunjukan perasaannyaterluka hatinya sangat lama disimpan terlalu memilih pasangansukakan benda yg luasbersistematik

OKTOBER
suka sembang suka org yg sayang padanyasuka ambil jln tengahsangat menawan & sopan santun kecantikan luar & dalamtidak pandai berbohong & berpura-puramudah rasa simpati,baik pentingkan kawansentiasa berkawanhatinya mudah terusik tetapimerajuknya tak lamacepat marahmacam pentingkan diri sendiritidak menolong org kecuali dimintasuka melihatdari perspektifnya sendiritidak sukaterima pandangan orglainemosi yg mudah terusiksuka berangan & pandaibercakapemosi yg kelam kabutdaya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)suka melancong,bidang sastera & senipengasih ,penyayang & lemah lembut romantik dlm percintaanmudah terusik hati & cemburuambil berat tentang org lainsuka kegiatan luarorg yg adilboros & mudah dipengaruhi persekitaranmudah patah semangat

NOVEMBER
banyak idea dalam perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, taksuka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi, dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurahBersifat patriotikSangat aktif dalam permainan dan pergaulanSikap kurang sabar dan tergesa-gesaBercita-cita tinggiSuka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasiSeronok didampingiSuka bercampur dgn org Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelaiSangat jujur amanah dan bertolak ansurTidak pandai berpura-puraCepat marahPerangai yg berubah-ubahTidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggiBenci pada kongkonganSuka berlawakPandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

Thursday, March 18, 2010

Kejadian Tika Bangun Dari Tidur ......................

Jam 11.30pagi
Di dalam bilik
Shah alam

Aku bangun dari tido !

*sambil melihat jam*

Awal lagi.. malasnya nak bangun . Bangun awal nak buat apa?? Em, kelas pun malam.

Dengan berat hati, aku kuatkan juga semangat tuk bangun ! Yeahhh !!

*sambil mengemas tempat tido*

Tiba-tiba................................

"Dayah !! air takde !!" sahabat bilikku , syud menjerit !

Aahhh !! kenapa hari ni pulak ?? Aku merungut .

Bangun lambat lagi ! Padan muka kami ! hahaha..

Aku duduk la termenung memikirkan nasib.

Ah. call iza lah !

Aku pun mengambil hp lalu menghantar mesej ke iza.

Iza, rumah kamu ada air? Rumah akk takde la .

Iza membalas : Akak nak tumpang rumah kita ye? Boleh je tapi kitorang nak makan dulu. Lambat sikit ye.

Aku merasa lega seketika.

*membawa peralatan mandi ke rumah iza yang terletak di blok sebelah*

Sampai di depan rumah iza, aku memanggil namanya.

"Iza...ooo Iza..." tiada sahutan. Sekali lagi aku memanggil .. Iza..oo Iza.

Tiada sahutan lagi. Aku lantas mendail nombor nya.

*selang 3 saat dia membuka pintu*

Akak, masuk lah. Ingat sape lah tadi macam budak budak menjerit katanya . huh???

Aku melangkah masuk. Duduk sebentar dan memulakan kerja biasa seorang perempuan..Pok pek pok pek ....bla..bla..bla....bla...

*selang 15minit*

"Eh akak nak mandi, mintak sabun kamu sikit ye. Akak tak bawa"

Iza menjawab, boleh je.

Aku lantas menuju ke shower dan.................................................................

*bunyi air dari shower bilik mandi*

" Wah , gile best air kat rumah iza ! laju dan sejuk ! " kataku

Aku hampir tak nak keluar dari shower rasanya. haha. Nyaman gile kot ! :p

Setelah selesai mandi aku keluar.......................

Disitu lah bermulanya pekerjaan kami sebagai penganyam ketupat terhebat ! hahaha

Bermacam-macam gosip keluar ! Ish..ish, bila aku nak bertaubat lah .:p

Lepas puas bergosip aku menumpang solat sekali . huh?? Gosip?? Solat?? Apakah?? hahaha.. Apa nak jadi la :p



Entri ini hanya suka suka aku nak bercerita. Suka ke tak suka ke korang punya pasal ! hehe...

Tuesday, March 16, 2010

Muhasabah Cinta

Muhasabah Cinta
Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.

video

Aku Kembali Kuat


Ya Allah... Ampunilah aku....

Atas nasihat dari seseorang yang ku gelar sahabat, aku kembali bangun. Bangun tuk menghadapai realiti hidup aku sendiri. Aku perlu kuat ! Kuat dan terus kuat ! Hidup perlu diteruskan. Pasti terselit hikmah disebalik tiap kejadian itu.

Pengalaman memberi kita pengajaran. Belajar lah dari pengalaman.

Memang pahit bila diingat kembali peritiwa itu..

*terdiam seketika*

"Aku kah itu?? Ah !! Bodohnya aku !! Jahilnya aku !! Hinanya aku !!"

Ya Allah yang Maha Mengasihani, berilah aku kesempatan Ya Allah untuk aku bertaubat........

Aku mahu hidup lebih lama. Aku mahu punya keluarga bahagia. Aku mahu punya anak soleh dan solehah.

Tapi mampukah aku? Aku banyak berdosa denganMu Ya Allah...

Bimbinglah aku....

*menangis seketika*

Hanya tangisan saja yang mampu melegakan perasaan aku tika ini...

Aku Mahu Di Kalangan Mereka

"Yuran berapa ??" kataku..

"Ala Rm100 je" kata kawanku.

*aku termenung seketika*

AAhhhhh!!! rasa berat bila dengar jumlah sebegitu. Bukan banyak sangat pun.

Tapi buat masa sekarang ni memang aku kesempitan. Kesempitan kewangan. Kalau la aku ada simpanan............... Kalau la...

Tapi tu semua kalau lah. Ada ape dengan kalau ??

Aku mahu dikalangan mereka. Aku mahu jadi seseorang !


Gambar hiasan



Seseorang yang boleh dibanggakan. Tapi semua memerlukan pengorbanan. Sejauh mana aku mampu bekorban ??

Bila datang soal duit, aku terdiam. Aku berfikir kenapa aku tak de duit yang banyak??

Susahnya nak bekorban..........Lagi lagi bila cerita pasal duit.

28 mac ni ada seminar pasal minda jutawan anjuran akademi nusantara. Yuran cuma rm50.

Ah!!!!!!!! Aku mesti pergi kursus ni. Agak lama aku mencari kursus tuk mengasah minda aku. Cuma Rm50. Boleh la tu. Dari 9pg sampai 5ptg di Hotel Carlton Holiday, S.alam.

Aku tengok kandungan kursus pun agak menarik. Rasa rugi pula kalau tak join...............

Em, bak kata orang... nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Permudahkan lah urusan harianku Ya Allah.........................

Monday, March 15, 2010

Itu Bukan Aku

Terdetik perasaan sangat bersalah dalam diriku. Kenapa aku da berubah. Perubahan sangat drastik dalam diriku. Aku tak tahu kenapa. Bingung.

*diam*

Aku rasa aku semakin jauh. Jauh. Hanyut dan semakin hanyut. Ya Allah, bimbinglah aku kejalan yang lurus Ya Allah. Jangan Kau biarkan hambamu ini terus hanyut.

Aku tak layak masuk syurgaMu tapi aku tak jua sanggup ke nerakaMu. Ya Allah.............................

Apa aku buat ni? Kenapa aku membiarkan saja??

Ah!!!!!!!!!! lemahnya imanku. Tak mampu menolak ajakan itu. Ah !! Semua hasutan syaitan !!

Ya Allah..ampuni dosa dosa ku. Aku hambaMu yang hina. Berilah aku hidayahMu Ya Allah. Hanya padaMu aku memohon... Ya Allah. Engkau Maha Pengampun. Bantu lah aku......... Bimbinglah aku.....

Berilah lah aku kesempatan mengecapi nikmatMu......

Berubah kah Dia ?? Atau...............................

Bz sangatkah dia?? Aku sendiri tak tahu. Katanya bz. Hopefully dia masih ingatkan aku.

Mungkin penat bekerja siang dan malam barangkali. Aku sentiasa mendoakan dia.

Walau sesibuk mana pon dia, aku akan cuba mengerti walau kadang kala hati ini rasa macam memberontak. Kata orang cinta mengatasi segalanya.

*diam*

Aku berfikir panjang...................

Kenapa bercinta kalau ia menyakitkan?? kalau ia menyedihkan ?? kalau ia.. kalau ia... em,

Pernah terdetik untuk kembali berseorang. Bukan tak pernah. Dah terlalu biasa keseorangan.
Tapi kadang kala terlintas rasa bosan amat.

Sampai bila?? Aku sendiri tak pasti. Biar masa menentukan segalanya. Aku semakin pasrah.

Jika dia yang terbaik buatku, aku terima seadanya dia. Jika bukan dia jodohku, aku berdoa semoga dia mendapat yang terbaik untuk dirinya.

Aku rindu dia yang dulu.....................

Sunday, March 14, 2010

Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Senang Hati

Alhamdulillah... kenyang ak.

Baru lepas makan kfc. hehe. Ade orang belanje. Nasi ayam plak tu memalam ni. Buat aku makin sehat aje. Anyway kepada yang berkenaan terima kasih ye. ^^

Minggu ni mmg murah rezeki aku. Ade je orng belanja aku makan. Aku menanti hari esok. Siapa pula insan yang mahu meng'offer'kan diri nak belanja aku makan. hehe

Susah susah je datang hantar makanan untuk aku.

Em, tapi ada part menarik dalam perbualan sekejap tadi.................

"Dayah..ko da lain sekarang". katanya

emm.. aku da lain ke?? aku pon konpius. :p

Sebenarnya aku still sama la. Aku memang macam ni. Mungkin sebab dia tak pernah berkawan denganku. Kalau yang da biase dengan aku tahu la aku ni memang macam ni.

Dulu masa sekolah menengah tak de pergaulan bebas. Sebab tu aku malu malu kucing nak jumpa dak lelaki. Naik aja tingkatan 4, aku da menunjukkan sikap sebenar aku. Sape yang satu kelas nagn aku tahu la aku ni macam mana dalam kelas :)

So, jangan la mengaggap aku ni jenis pemalu sangat. Aku biasa biasa aja. Aku juga manusia sepertimu.

Aku berubah seiring perubahan waktu. Sekarang dah makin dewasa.. Mesti da lain sikit . kan?? kan?? hehe.........

Jangan terkejut ye !! ^^

Inilah diriku yang sebenar .. :)

Aku dan Kamu



"I'll love you always and forever"


"Aku sayang kamu"......

Kata-kata yang sering kedengaran tika asyik dilamun cinta. Cinta itu indah bila kena pada tempatnya.

"aku bermadah ni macam la aku pakar sgt! hehe. Biarla. Tak suka jangan baca ok ! :) "


Masa ber'couple' boleh kata semuanya indah. Rasa disayangi dan menyayangi.



Senario : Di restoran

"Yang, makan tu elok sikit la. Meh sini nak lap. Abes comot mulut tu" kata si jejaka

*dengan penuh mesra, si jejaka pun mengambil tuala / tisu dan mengesat kesan comot di mulut perempuannya. *

Hmm...alangkah bahagianya tengok orang lain bahagia.

*terdetik dalam hatiku, adakah pasanganku juga begitu??*

Setiap perempuan mengimpikan lelaki yang boleh menyayangi dan menerima seada dirinya. Aku juga begitu. Ingin dibelai dan diberi perhatian. Semua perempuan pun sama.

Dalam bercinta jangan pernah sesekali memberi 100%. Kelak nanti kamu akan mengalah dan menyerah.

Lelaki akan sentiasa mengharapkan sesuatu dari perempuanya. (para pembaca lelaki..betulkan??)

Apa sebenar lelaki mahu dari seorang perempuan? Aku sendiri tak mengerti. Bila rasa memerlukan sesuatu, kita akan dicari..tapi, bila rasa kita tak diperlukan..dia langsung tak reti nak menghubungi kita.

Tapi tak semua kisah cinta macam tu.

Ada yang 24jam dengan phone. 24jam mesej. Tak tau apa yang dibualkan. Banyak sangat cerita barangkali...

ahhhh...biarla. Janji mereka bahagia dengan pasangan mereka.

Bagi aku, berkapel memang susah. Banyak perkara perlu dikorbankan. Masa, tenaga, wang ringgit...banyaklah..

Aku tak suka dikongkong. Bila aku nak kemana kena bagitahu. Aku keluar dengan siapa kena bagitahu. Pukul berapa balik kena bagitahu.

"Mana privacy aku??? ahh!!!!! rimas la !!! "

Itu tak boleh, ini tak boleh.. lepak ngan kawan tak boleh. ape ni ?? kau siapa ??

Hmm..tapi itu la realiti orang bercinta. Semua akan alami perkara yang sama.

Bagi yang belum pernah bercinta, dinasihatkan bercinta la selepas berkahwin. Lagi indah dan lagi nikmat :)






Jika anda mencintai seseorang, lafazkan lah sebelum ia terlambat. Jangan pernah ada rasa malu dan takut jika anda ditolak kerana CINTA tak seharusnya bersama ..

Aku sayang kamu........................

Kalau la.........

aku MaHu Kaya !!



Kalau aku ada duit....

Aku beli rumah besar,
Aku beli kereta mewah,
Aku beli barangan berjenama,
Aku beli semua yang aku ingin....

Kalau aku ada duit.....

Aku nak bantu keluarga aku,
Aku bantu rakan-rakan ku,
Aku bantu orang yang kusayang,
Aku bantu semua orang yang memerlukan bantuanku.........

Kalau aku ada duit....
Kalau la.......

*tak elok cakap kalau*

hmm..tapi tu la, kalau la kan..

Ada apa dengan duit??

Orang cakap duit boleh beli segalanya.
Boleh beli barang LV,
Boleh beli mitsubishi evo dan BMW,
Boleh beli mahligai indah,
Boleh beli segalanya..

*diam*

Duit boleh beli material saja...

Boleh ke duit beli kasih sayang?
boleh ke duit beli kebahagiaan?
boleh ke duit beli orang yang kita sayang??

Boleh ke??

*diam lagi*

Orang cakap duit dapat bagi kita kebahagiaan. Cuba fikir sejenak, apa akan jadi kalau kita tiada duit??

Senario :

"dayah...jom kite tengok wayang"kata azlina.

"emm..sorry la korang. Aku tak dapat ikut la. Minggu ni aku ada hal. Next time la ye? ".

Aku terpaksa berbohong atas sebab kewangan.

*sigh* -___-"

Kalau la aku ada duit. Aku tak fikir panjang dah. Terus aku bilang YES , pukul berapa ?? hmmm...

*berfikir sejenak*

Manusia tak pernah puas dengan apa yang mereka ada. Memang naluri manusia macam tu kot. Ntah la.. Aku sendiri kurang pasti. Mungkin betul juga sebab kadang kala aku begitu. Tengok orang lain pakai barang berjenama sikit, rasa macam nak pakai juga. Sanggup kumpul duit semata mata nak beli barang tu.

Duit memang boleh beli segala kemewahan yang kita mahu. Kata orang duit adalah segalanya. No money, no talk !!

hmm, sejauh mana kebenarannya aku tak pasti.

Ada orang bila da pegang duit banyak sikit je mula lupa diri. Rasa dia paling kaya.

Boleh jalan la ! Orang macam ni sepatutnya mati kena langgar masa dia rasa gah di jalan raya. Dia fikir bapak dia punya jalan kot !!

Watever.....

Aku cukup respect bila orang kaya tak show off. Suka merendah diri. Tak suka menunjuk dan berbangga. Dan lagi respect bila orang kaya tu rajin solat. Alhamdullillah...... masih ada insan yang tahu bersyukur ..


Duit bukan segalanya.. tapi segalanya memerlukan duit sekarang.

Aku bersyukur walaupun aku tak sekaya jutawan, aku masih bahagia dengan hidup aku. Aku ada keluarga yang banyak membantu, aku ada kawan kawan yang selalu disisiku. Aku bahagia dengan apa yang aku ada. Cuma kadang2 terdetik rasa tak mencukupi tu memang ada. Manusia mana pernah puas. Aku juga manusia.

Terima kasih keluarga yang banyak membantu dan rakan rakan juga. I love you all !! tanpa kamu semua, siapa la aku......... and thanks to Allah too..He gave me the best family and friends ever ..




Belanja Hanya Rm0.05 di Piza Hut

Hahaha.. sangat gembira kerana ada orang belanja ak makan di pizza hut. terima kasih kepada nur iza junior ku kerana baek hati nak belanja. :) . semoga bertambah tambah rezeki iza.

Part yang paling bestnye aku cume mengeluarkn 5sen aje. haha. kejam ke?? X kot. Sebab iza cakap nak belanja aku . rezeki jangan di tolak kan ?? hehe. laen kali belanja lagi . terima kasih iza.

Manusia dan Cinta


Kata org, cinta itu indah, cinta itu mengasyikkan. Cinta juga buat kita alpa. Tapi ada juga yang kata cinta itu meyakitkan. Bagi aku, semuanya ada. Hidup tak selalu indah macam yang di sangka. Kenapa kita di kurniakan rasa cinta ?? Aku sendiri kurang pasti. Cinta buat orang merana, cinta buat orang hilang maruah, cinta buat orang bekorban apa saja, cinta juga buat orang sanggup buang keluarga.. tapi kenapa masih ramai yang bercinta kalau ia menyakitkan??

"Argghhh...kenapalah aku bersusah payah bercinta"??

"Aku masih muda dan masih banyak perlu aku lalui dalam usia sekarang"..

Bila tengok orang lain bercinta , aku pon teringin. Bila da bercinta baru aku tau.. em, cinta bukan bermaksud bekorban apa saja. Cinta tu perlu memberi dan menerima. Memberi yang terbaik dan menerima seadanya dia.

hmm.. adakah dia yang terbaik buatku ?? aku berfikir sejenak .......

Saturday, March 13, 2010

Ak belajar cara mengambil darah.

video

Dr mohdzir mengajar kami care mengambil darah. Yang peliknya kami belajar subjek Occupational Psychology dengannya sem ni. hehe. Die menawarkan diri untuk mengajar kerana isterinya mengadu budak MLT x reti ambil darah pesakit. huhu. so, sebab tu la kami kene belajar. terima kasih kepada dr mohdzir.

Aku buat pertama kalinya mengambil darah. dn ianya berjaya. sangat besh.

Enjoy the video :)

Opens your eyes by maher zain

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah

Permulaan sebuah penulisan

Hatiku sangat gembira sekali bila aku da mula mengarang d blog sendiri . hehe.. aku sendiri pon x tau kenapa tibe2 aje rase cam nak wat blog n rajin mengarang. Jangan mule aje rajin. :p Harap x lah. emm, tadi rase macam banyak cerita ajenak kongsi.. tetibe plak x tau ape nak tulis. heheh. Banyak sgt cite . anyway buat permulaan ni aku rase aku cume nak cakap aku rase teruja sbb ni la penulisan pertama aku. hehe. ok la. keep in touch ye !! :)