Monday, December 13, 2010

Munafiknya Kau Manusia !

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Kau suka bermain dengan kata wahai manusia. Sekejap kau kata A, sekejap kau kata B.

Sekejap kau cakap begini, sekejap kau cakap begitu.

Eh manusia! Kau tau? Tau tak? Kau suka buat orang lain marah dengan kau.

Sikap kau yang tak ubah seperti talam bermuka-muka. Betul ke peribahasa aku ni ? Ah, pedulikan.

Dah terlalu lama aku bersabar, dan aku masih bersabar selagi kesabaran itu masih milik aku.

Sampai bila ? Mungkin sampai seekor anak lembu menjadi dewasa dan mempunyai 2 ekor anak kot. Betul. Aku tak tipu.

Memang aku punya tahap kesabaran yang tinggi. Tapi, jangan suka menguji aku. Sampai satu tahap aku juga boleh bertukar menjadi hulk. Aku bukan malaikat.


********************

Terkadang aku bingung dan aku hairan. 
Kenapa di zaman globalisasi sebegini masih wujud manusia sebegitu?

*tanda tanya bermain di kotak minda*

Hmm......

*keluhan panjang*

Ikutkan hati mahu saja ku tumbuk manusia sebegini. Mau saja ku humban mereka ke sebuah pulau. Biarkan mereka kebuluran, biarkan mereka terkapai-kapai minta pertolongan. 

Memang patut mereka diajar. Mereka tak pernah tau apa yang mereka kata. Mereka sering kali memungkiri janji yang pernah mereka tabur. 

Tanda orang munafik itu ada tiga:
"Jika berkata, dia dusta. Jika berjanji, dia ingkar. Jika diberi amanah, dia khianat".

Semoga kita menjauhinya.

*******************

Susah untuk berinteraksi dengan manusia sebenarnya. Nak tak nak, terpaksa juga. Sebab aku juga manusia. Memang manusia saling memerlukan satu sama lain. 

Disebabkan sikap saling bergantungan itulah, aku tak dapat lari dari bertemu dengan manusia lain. Simbiosis ini menyebabkan aku seringkali mengeluh. 

Adakala keluhan itu tebaik untuk aku. Bukan tidak bersyukur. Menyesali sesuatu, jauh sekali. Cuma terasa dengan sedikit keluhan, hati ini sedikit terubat. 


********************

Lama aku menghilang, lama aku menyepi dari menulis bukan sebab aku malas. Cuma aku mahu simpan semuanya dalam hati. 

Akan tetapi, aku tak rasa kuat tuk tanggung sendiri. Aku kembali semula ke dunia maya. Dunia yang mana aku tak dikenali. Ok. Cuma ada segelintir saja mengenali aku. Itu sebab aku publish kan di facebook. 

Dunia maya ini, aku bebas bersuara. Aku bebas melakar. Kebebasan itu satu kepuasan. 

Peduli apa orang nak kata. Manusia memang gemar mengata. Habis satu cerita, disambung cerita lain. Tah bila nak habis, hanya mereka ada jawapannya.

Aku melakar, aku mencoret apa yang aku rasa, apa yang aku lalui dan aku rasa kita semua punya cerita yang sama.

Keadaan hati yang gundah mampu membantutkan segala kerja yang hendak dibuat

Tah kenapa hati terasa semacam ada yang tak kena.

Puas aku memujuk diri.

Ku pusing kanan, ku pusing kiri.

Seolah ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku tika ini. Sepatah ditanya, sepatah juga aku menjawab. Itu kalau rajin, kalau terasa berat sangat nak buka mulut, ku diam membatu. Seolah-olah tak mengendahkan percakapan orang.

Memang ada yang tak kena. Tapi, apa?

Aku bangun untuk menyaksikan pasukan aku berentap melawan Tottenham malam ni. Dan, aku dapat rasa yang pasukan aku akan kalah. Kedudukan sekarang seri. Ok. Berharap mereka dapat perform dengan baik.

Asalnya aku nak siapkan report yang tertangguh, tapi sampai sekarang tak disentuh lagi. Nak tunggu sampai kerja berlambak kot baru sedar nak siapkan.


*******************

Tak faham dengan sikap segelintar manusia. Tak pernah cukup dengan apa yang ada. 

Barangkali kalau dapat duit sejuta mungkin mereka nak 2 juta pula. 

Dah ada bini satu, nak tambah satu lagi kot. 
Tapi, bila sampai soal tanggungjawab semua terdiam. Membatukan diri. Memekakkan telinga. Menutup mata. 

Buat seketika manusia jadi buta, manusia jadi pekak dan manusia jadi bisu. 

Bijak berkata tapi lumpuh melaksana.

Memang lumrah agaknya. 

Terkadang rasa macam nak marah mereka. Tapi, aku siapa ? 

Cuma pelajar yang baru setahun jagung. Tak banyak makan garam lagi berbanding mereka yang dah lama hidup dan jumlah garam yang dimakan mungkin lebih dari aku. Sebab tu, dalam usia mereka senang untuk mengidap serangan jantung. 

Kalau kita berkias memang takkan ada yang faham punya. Kalau ada pun, mungkin buat-buat tak faham. Oh manusia. Pening dengan gelagat manusia ni.
********************

Keputusan perlawanan : Chelsea 1 - Tottenham 1 . Seri la pulak.

Game dah tamat, mata terasa berat. Rasanya cukup coretan tuk hari ni.

Semoga hati ini kembali tenang pagi esok.

Saturday, December 4, 2010

Hati Sebersih Kain Putih

Hati ini sangat tersentuh bilamana terjaga dari tidur yang lena.

Melihat 4 kelibat manusia. Ya. Manusia.

Jam menunjukkan pukul 5.50 am. Bukan petang tapi pagi.

Mereka berempat bangun disaat manusia lain sedang asyik dibuai mimpi yang indah.

Siapa mereka ?

Mereka cuma manusia seperti ku.

Bukan makhluk halus atau apa pun. Mereka manusia.

Apa mereka berempat buat di waktu sebegini ?

Kelihatan seolah beratur dalam satu barisan.

Si kakak, diikuti 3 adiknya yang lain.

Tidur ku terganggu dek terdengar derapan kaki mereka.

Aku cuba membuka mata walaupun agak berat seolah mataku telah dilekat dengan sejenis bahan pelekat sehingga menyukarkan aku membuka kelopak mata dengan luas.

Si kakak masih seorang budak yang aku fikir masih mentah dan terlalu sukar untuk budak yang sebayanya melakukan perkara sama seperti yang dilakukannya di saat jarum pendek jam di dinding tepat berada di angka antara 5 dan 6.

Gelap dan sunyi diluar rumah. Kesejukan embun pagi membuat aku kembali menarik selimut dan membaluti badanku dengan niat untuk meneruskan pengambaraan di alam fantasiku.

Akan tetapi, kelibat mereka berempat kelihatan seolah mengganggu tidurku.

Si kakak seorang murid darjah lima, dikuti adiknya yang cuma beza setahun, dua, dan tiga tahun darinya.

Masing-masing mengambil tikar sejadah dan membentang kira-kira selangkah dari tempat tidurku.

Dalam kesamaran itu, dapat aku saksikan, si kakak, 2 adik perempuan yang lain dan seorang adik lelakinya dalam lagak mahu menunaikan solat.

Aku tersentuh seketika.

Aku memerhatikan mereka dalam kesamaran. Kedengaran mereka tertanya-tanya siapakah yang tidur berhampiran tempat mereka solat. Ya. Aku baru sampai ke kampung malam Sabtu semalam.

Aku benar-benar tersentuh melihat mereka.

Siapa mengajar mereka ?

Mereka bangun sejurus terdengar azan subuh. Ya Allah.

Mereka bukan anak orang alim-alim.

Di saat itu, teringat kembali sewaktu di zaman kecilku.

Bukan kata nak bangun pagi, nak bangun subuh memang jauh panggang dari api lah. Kalau subuh pun mungkin subuh gajah orang kata. Subuh diwaktu matahari mula menampakkan diri.

Tapi, empat beradik ni buat aku tersentuh.


********************


Matahari mula menampakkan diri.

Aku sibuk melayan karenah empat beradik tadi bersama si bongsu yang masih berumur 6 tahun.

Sempat aku bertanya salah seorang dari mereka bila besar nak jadi apa?


Eisya, bila besar nak jadi apa?
 
Eisya nak jadi ustazah.


Terkesima aku.

Buat pertama kali seumur hidup aku selama 23 tahun, aku mendengar cita-cita seorang budak yang baru darjah 4 hendak menjadi ustazah.

Kagum.

Dia dan adik yang lain tak pernah meninggalkan solat kecuali tertidur.

Dan aku ??

Ahh, tak payah nak di bandingkan lah. Jauh sekali bezanya.

Budak yang masih tak mengerti apa, hatinya bersih seperti kain putih.

Peliharalah mereka Ya Allah.

Jangan biarkan mereka terleka dan lalai bila mereka mula mengenal dunia.

Betul orang cakap iman memang tak dapat diwarisi.

Anak seorang alim ulama belum tentu menjadi alim seperti ayahnya.

Dan anak seorang penipu besar tak mustahil akan menjadi alim ulama bila besar.

Siapalah kita yang kerdil ini untuk menilai insan lain ?

Thursday, December 2, 2010

Penantian Itu Memang Menyeksakan !

Ah. Lamanya tak update blog ! Rindu nak mengarang. Rindu nak berpuitis. Hehe.

Maaflah semua. Kebelakangan ni sibuk memanjang. Biaselah bila kelas pun dah bermula. Assimentnya la. Itu lah inilah. Jadinya bila nak update blog je, terbantut.


*******************

Benci bila terpaksa menunggu. 

Benci bila orang dah berjanji pukul 10, tapi datang pukul 12 ! Benci !! 

Mood terus mati dan hilang rasa teruja untuk enjoy. 

Ah ! Spoil betul la. 

Manusia suka berjanji dan manusia itu sendiri suka melanggar janji yang dibuat. 

Aku memang pantang bila orang tak menepati janji. Serius.

Nasib la mood hari ni agak baik. Boleh kontrol emosi sikit. 

*******************

Entri ni sekadar mengisi masa lapang menuggu orang yang berjanji datang pukul 10pagi, sekarang dah jam 11pagi. 

Terima kasih kerana mengajar aku erti kesabarn ye.

Saturday, November 27, 2010

Saya Akabara Chiaki

Permulaan baru bagi identiti baru. 

Nama saya Akabara Chiaki. 

Panggil Aka-chan je. ^^

Mulai sekarang, aka-chan akan menulis dengan identiti baru. Nak lari dari stalker kat luar tu. 

Huhu. Aka-chan takut. 

Sush bila terlalu femes. Haha. Oh. Tak. Aka-chan gurau je. 

Sekarang aka-chan sibuk. 

Cerita aka-chan akan menyusul tak lama lagi. Ok. 

Terima kasih kerana sudi menunggu. 

Tuesday, November 23, 2010

Identiti Baruku

Aku dengan identiti baru.

Semoga pengintip aku hilang jejakku.

Seminggu ni kemungkinan aku sibuk.

Kelas dah mula. Asiment 1st da kena buat.

Ah !

Malas sungguh !

Sem ni sem akhir aku.

Berharap semoga semuanya berjalan lancar.

Aku mahu berehat untuk mengembalikan semula tenaga yang telah hilang.

Malam ni merupakan malam perhitungan tuk aku siapkan asiment pertama.

Doakan kejayaan aku.

Sunday, November 21, 2010

Tahniah Tuk Kau Setan !

Peringatan ! 

Entri ini mengandungi kata-kata kesat melampau akibat daripada rasukan setan. 

Sila tinggalkan entri ini kalau anda mahu mengkritik. 

Aku cuma insan biasa dan aku berhak bersuara walau suara aku disini mungkin hanya segelintir saja yang mendengar. 

Aku tak kisah. 

Berambus jika anda rasa aku melampau!


**********************


Kepenatan berjalan ke Baling, Kedah dan kemudian ke Kuala Kangsar langsung tak mematahkan keinginan untuk aku menulis di blog sebaik saja sampai di rumah. 

Sumpah! 

Memang bapak setan tengah rasuk aku. 

Geram dengan manusia yang bodoh dan bangang! 

Yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain. 

Kau ingat kau sorang je hidup kat muka bumi ni ke hah?

Kau tak nampak beribu orang sekeliling kau? 

Buta ke??

Kau tau betapa aku rasa terseksa tiap kali aku nak menjamah hidangan, aku terpaksa menjamah sekali dengan kepulan awan yang kau cipta di sekeliling aku ?

Kalau kau nak bekarya pergi jauh bawah pokok la baghal ! 

Sakit betul hati aku ni. 

Ni memang rasa nak mencarut dah ni. Sabar lagi. 

Kau memang manusia bodoh dan bangang!

Sama macam kawan-kawan kau! 

Ikutkan hati memang aku nak maki kau depan-depan. 

Sumpah! 

Aku berani buat la bodoh! 

Cuma aku taknak jadi glamer sebab kau kena maki dengan aku. Aku tak gila publisiti murahan! 

Apa perasaan kau bila baru nak menjamah sesuap nasi, berkepu-kepul asap rokok  dihembus kiri, kanan, depan dan belakang kau? 

Kedai makan aku boleh terima lagi bodoh! 

Memang majoriti manusia yang sama bangang macam kau tu kaki rokok!

Ni dekat majlis kenduri weh! 

Apa bangang nak mampos kau ni?? 

Hormat sikit la orang lain... setan!

Aku nak makan pun boleh semput. 

Kalau aku mati sebab asap rokok kau tu, aku tak maafkan kau! Lantak la. 

Kau tu selfish nak mampos! 

Penat tau aku nak tutup mulut ngan hidung aku dengan kain tiap masa. 

Aku benci perokok tegar!

Mementingkan diri sendiri.

Aku takda hal kalau kau banyak duit sekalipun tuk kau melabur semata-mata nak beli benda haram jadah tu. 

Duit kau, kau punya pasal. 

Tapi jangan la menunjukkan kegampangan kau depan khalayak ramai...mangkuk!

Kau ingat kepulan awan yang kau cipta tu boleh buat kau nampak macho??? 

Nampak bangang lagi adalah! 

Tak boleh ke kau nak berkhayal tu pergi jauh dari orang?

Pergi tempat yang tak ramai orang. 

Nak mati cepat tu, pergi mati sorang dah la. 

Yang kau nak ajak semua manusia kat bumi ni mati sekali ape masalah kau ban**at?

Bodoh! 

Bangang!

Otak ada letak kat lutut! 

Bagi otak kau kat lembu lagi bagus! 


**********************


Kalau nak komen, sila komen.

Jangan suruh aku bersabar! 

Aku dah cukup bersabar dah. 

Jangan suruh aku mengawal kata.

Aku dah cukup menapis apa yang sepatutnya aku keluarkan dari mulut ni. 

Setan berjaya merasuk aku kali ni. Tahniah! 

Dan kau manusia....

Tak berhak menghukum dan menilai aku.

Saturday, November 20, 2010

Jalan Yang Tiada Penghujungnya

Kaki ini terus melangkah..

Pasir di jalanan di kuis-kuis sehingga debunya berterbangan,


Batu kecil di lontar seakan tidak bermaya,


Terasa sungguh penat dan dahaga,


Hanya kedengaran suara alam berbisik,


Berbumbungkan langit yang luas terbentang,


Manusia ini terus melangkah,


Menuju ke arah yang dia sendiri tak pasti arah tujunya,


Lemah longlai langkah diatur,


Terasa perjalanan sungguh jauh.


Dalam perjalananya, manusia ini berbisik sendirian...



Ke mana harus ku tuju? 

Adakah ini pilihan terbaik untukku? 



Keluhan demi keluhan di lontarkan.


Ah, manusia ini tak pernah tahu erti bersyukur.


Tatkala Allah turunkan hujan, manusia ini mengeluh.




Hujan lagi? 

Susahlah aku nak keluar bekerja.
Kalau hari-hari hujan, alamatnya baju aku tak kering lah.

Aduhai.......




Bilamana Allah datangkan panas, sekali lagi manusia ini mengeluh.

Dengan nada yang seolah-olah menyalahkan alam.



Panasnya hari ni. 

Kalau macam ni la panas, mau bersinglet aja aku ke pejabat.
Tah bila la nak hujan. 

Manusia ini, terlalu asyik mengejar kemewahan duniawi. 

Sering leka dan lalai dalam urusan ukhrawi. 

Sembahyang saja cuma seminggu sekali.

Itupun kalau rajin. 

Kalau malas, setahun sekali. Sembahyang raya. 

Manusia ini sering bercakap soal dunia. 

Hingga lupa pada yang sepatutnya. 

*berhenti melangkah* 

Manusia ini duduk termenung. 

Memikirkan nasib diri. 

Tah apa akan terjadi esok lusa. 

Hidupkah aku?

Matikah aku? 

Manusia ini bangun semula dan terus melangkah.

*menoleh kiri dan kanan*
Manusia berbisik lagi. 


Kalau esok masih ada untuk ku, aku nak kumpul duit nak beli kereta mewah,

Lagi, nak beli rumah besar.


*manusia ini senyum sendiri*

Langkahnya diatur kemas kembali.

Senyuman itu cuma seketika.

Tiba-tiba, kelihatan titisan jernih mengalir jatuh ke pipi.


Kalau esok aku tiada bagaimana? 

 Amalan ku cuma sebesar zarah. 

Layakkah aku digelar ahli syurga? 
Selama hidup ini, apa amalan aku? 

Solat selalu tinggal.
Tak pernah dengar cakap ibuku.

Selalu berperangsanka buruk dengan orang. 
Kalau esok aku tiada, ibu dan ayah bagaimana? 

Siapa nak jaga mereka? 
Adik-adikku? Mereka semakin liar. 

Tapi aku? Apa perananku? 
Sekadar melihat dan tak pernah menegur. 

Ya Allah...............



Titisan jernih itu mengalir deras. 

Manusia ini meneruskan perjalanan. 

Bermacam persoalan bermain difikiran. 

Dalam hatinya cuma mampu berdoa.

Semoga masih ada esok untuknya.
Tanpa memikirkan masa depan.

Manusia ini terus melangkah.
Langkahnya semakin laju. 

Supaya segera sampai ke destinasinya. 

Manusia ini berazam, mahu berubah. 

Tapi, sejauh mana perlaksanaannya? 

Hanya manusia ini yang ada jawapannya. 


Jalan yang tiada penghujungnya...


Wednesday, November 17, 2010

Duduk dan Dengar. Tak Susah.

Tolong jangan layan aku begitu.

Hatiku terlalu rapuh.

Bukan aku seorang saja. Tapi aku yakin kaum sejenis ku juga rasa begitu.

Kau tau, layanan kau terhadap aku dan kaum sejenis ku meninggalkan kesan yang sangat mendalam.

Bukan seperti torehan sebilah pisau, tapi lebih dari itu.

Kesan yang mungkin mengambil masa terlalu lama untuk sembuh. Seperti mengharap dan menunggu yang tak pasti.

Kata-kata yang boleh meruntun jiwa seorang wanita.

Ya. Aku lemah. Aku sunyi.

Tolong jangan layan aku begitu baik.

Tolong jangan buat aku mengharap benda yang aku sendiri tak pasti.

Aku mahu sendiri. 

Aku dah terlalu penat. Penat tuk kenal kaum sejenis kau.

Yang tak tahu menghargai wanita.

Yang tak pernah tahu hormati kaum ku.

TOLONG lah.........

Bukan sekarang.

Jangan sampai timbul walau sekelumit rasa rimas dalam diri ku.

Satu benda yang aku nak kau dan kaum kau tau.

Hati perempuan terlalu halus.

Terlalu tipis lebih tipis dari tisu.

Kau tau? Ok. Tak.

Bila aku rasa sedih, aku tak mintak lebih.

Duduk dan dengar keluhan aku.

Aku bukan minta kau selesaikannya.

Aku tau kaum kau lebih kepada penyelesaian sesuatu masalah.

Kau memang boleh digelar Mr. Fix it.

Tiap masalah yang datang kau akan memikirkan jalan penyelesaian.

Tapi, aku dan kaum ku berbeza.

Bukan penyelasaian yang kami pinta.

Kami bukan seperti soalan matematik yang sumpah memang susah sehinggakan memerlukan seseorang untuk cari jalan penyelesaian.

Apa yang kami pinta....

Cuma sepasang telinga yang sudi kau pinjamkan walau sekejap tuk kau dengar keluhan hati kami.

Dengar. Dengar. Dengar.

Cuma duduk dan dengar. Tak susah.

Jangan sesekali kau mengatakan kepada kami tentang penyelesaiannya.

Kami taknak.

Tolong lah jangan tunjuk yang kau hero bagi kami.

Hakikatnya kau cuma pelakon.

Pelakon yang melakonkan lakonannya di atas pentas dunia. Kau bukan sesiapa.

Kau cuma menambahkan rasa jelek di hati kami.



***********************



Coretan ini sekadar luahan dari kaum hawa untuk tatapan kaum adam. Tiada kena mengena dengan sesiapa. Jika terasa, maaflah. Bukan untuk kau pun. Nukilan ni untuk semua yang membaca. 


Untuk kau yang mesej aku pagi tadi, aku maafkan kau. Tapi, tolong jangan pernah muncul depan aku. Aku dah maafkan apa yang pernah kau buat pada aku. Tapi, maaf terlalu sukar tuk aku lupakan perbuatan kau. Aku perlu sedikit masa untuk pulih sepenuhnya. Terima kasih juga sebab kau suka membuang masa membaca coretan sampah ku ini. 



Tuesday, November 16, 2010

Tenang dan sunyi itu sesuatu yang berbeza

Semalam yang telah berlalu, dan hari ini akan bakal pergi, esok yang tah mungkin atau tak mugkin kunjung tiba.

Cik anon yang sudi memberi sedikit nasihat pada entri aku semalam, aku ucap terima kasih banyak.

Tenang atau tak, sunyi atau tak perkara yang sama ke?

Mengikut kamus minda aku yang takda lah setebal kamus dewan bahasa dan pustaka pun, sunyi bermaksud tiada teman dan tenang bermaksud takda rasa gelisah.

Sunyi yang aku maksudkan tak bermakna aku tak tenang.

Sunyi dan tenang itu terlalu subjektif untuk dikatakan.

Cik anon, pernah rasa sunyi ? Mustahil tak.

Cik anon paham apa aku rasa? Tak.

Cik anon mahu beri pinjam bahu tuk aku kesat air mata dan hidung yang mengalir deras? Tak.

Ok. Mungkin sebab cik anon dari kaum lelaki. Aku paham.

Cik anon tak mengerti apa. Ya.

Apa pun, terima kasih kerana sudi memberi nasihat.

Hati aku lebih tenang mungkin. Namun, masih terasa sunyi.

Besok, merupakan Hari Raya Korban.

Hari ini, aku menolong mak di dapur menyiapkan juadah untuk esok.

Rendang kerang.

Rendang ayam.

Nasi impit.

Ketupat palas.

Ketupat palas? Kata mak makanan ni berasal dari utara.

Kata mak lagi ketupat palas ni ada jantan dan ada betinanya. Tah. Yang mana jantan mana betina kami kurang tau.

Aku sedang asyik menganyam daun palas untuk membuat ketupat sambil mengira-ngira bila agak nya nak habis.

Tangan pula bagai halilintar bila ternampak sedulang pulut yang kelihatan sangat menyelerakan, dalam masa yang sama perut berkeroncong lagu bangau oh bangau.

Tak tau lah kenapa lagu tu yang dipilih.

Barangkali sebab perut aku meragam pagi tadi kot.

Zzaassss!!

Tangan ku laju menyambar hidangan di depan mata.

Nyum..nyum..nyum..

Sedap lak pulut ni.

Zassss !! Sekali.

Zasss !! Tiga kali.

Perut aku berhenti bernyanyi. Sedang mengeluarkan segala enzyme untuk memproses pulut tersebut.

Mak aku yang dari tadi sibuk membuat rendang, datang sekejap tuk menolong aku menganyam.

Depan mak aku, segumpal besar pulut aku sumbat ke dalam mulut.

Seolah-olah 2 hari tak makan.

Belum sempat air liur aku mengeluarkan enzyme untuk membantu proses pencernaan, mak aku dengan lantang bersuara.

"Eh kak!"

*dengan segumpal pulut yang baru saja hendak merehatkan diri di dalam mulutku*

*tekak ku seakan-akan meronta untuk menyambar pulut tersebut*

Aku menjawab.

"Ye mak"

"Kau tak puasa ke?"

Sepantas kilat tangan aku menyambar pulut yang baru saja dimasukkan ke mulut.

Baru aku teringat. Aku berpuasa hari ini.

Dengan lagak senyum kambing aku tersengih-sengih menjawab.



"Puasa mak"

"Dah berapa banyak kau telan?"

"Banyak jugak mak"

"Start dari perut mula menyanyi sampai senyap terus"

"Kenyang juga lah"


Mak dan aku gelak. 


"Mak, dah batal puasa la kan?"

"Eh kau, jangan nak mengada. Tak sengaja tu"

"Tapi mak, dah kenyang kot"


Mak tak menghiraukan aku. Aku lantas berkumur. Alhamdullilah. Rezeki kau perut. 

Mak aku asyik membebel tentang rasa pulut yang dia siapkan. Cukup lemak ke? Sedap ke?


"Sedap la mak. Akak dah makan dekat 5 kepol dah"

"Cukup lemak? Cukup rasa ke? Mak aku bertanya"

"Semua cukup la mak"

"Mak ni, orang puasa lah..mana boleh tanya lebih"


Kami gelak. Kerja di sambung kembali. 


**********************

To cik syafiqah terima kasih kerana sudi menyediakan sepasang telinga untuk aku. 

Tapi, buat masa sekarang..cukup sekadar tuk aku bercerita di blog aku yang hina ini. 

Andai aku ada masalah yang aku tak mampu untuk galas, beban yang mungkin seberat lori sampah barangkali.. 

Harap kau masih menyediakan kemudahan menyewa telinga kau kepada aku untuk kau dengar segala keluhan manusia kepala batu ini.


Monday, November 15, 2010

Hati Yang Terlalu Busuk

Korang manusia yang suka mengadili dan menghukum tanpa usul periksa.

Salah aku kah? Aku cuma nak berkongsi suka dan duka.

Tapi, ada manusia yang busuk hati dan dengki seolah hati mereka dipenuhi tompok hitam yang kalau basuh atau sental sekuat hati sekalipun takkan pernah hilang kotorannya walau seinci.

Manusia yang berhati busuk biasanya ada rasa irihati dan cemburu melihat kejayaan orang lain.

Bukan nak kata hebat sangat pun.

Cuma sesetengah orang dikurniakan kelebihan tersendiri. Tak payah nak dengki dengan orang lain.

Lama nanti hati busuk kau sendiri ditumbuhi kulat-kulat yang dahagakan nutrient dari kau.

Dalam dunia, kita selalu diuji dengan ujian yang sumpah kadang kala membuatkan kita rasa kita tak nak menghadapinya.

Tapi, nak taknak kena hadapi. nak lari jauh pun masalah tu tetap akan kejar. Seolah mereka mempunyai kaki dan sering mencari mangsa untuk mereka susahkan.

*sambil menonton rancangan sukan sea di tv*

Aaahh...

Kenapa harus kita mengeluh?

Kadang-kala dengan keluhan yang panjang seolah menampakkan yang kita rasa sungguh terseksa.

Ya. Ada betul jugak.

Tapi, kadang-kala keluhan itu boleh membuang segala perkara yang dah lama bersawang dalam kotak fikiran kita.

Kenapa dengan aku ni?

Otak aku dua tiga hari ni agak kurang berfungsi dari biasa.

Emosi aku pula tah kenapa terlalu sensitif.

Orang lain cakap sikit, mula rasa macam sebak yang terlampau. Tah apa yang tak betulnya tak tahulah.

Perubahan angin monsun mungkin.

Tujuan aku menulis entri ni bukan nak raih simpati jauh sekali nak menagih kasih seseorang.

Apa aku peduli?

Aku tak buat salah. Orang mengata. Kau nak aku bertukar jadi hulk? Ok. Mungkin terlalu hodoh.

Sailormoon boleh kot. Hmmm. Nak aku datang dan kacau bilaukan hidup kau dengan kuasa yang aku ada tu?

Kalau aku boleh jadi Sailormoon dan ada kuasa sekalipun, tak mungkin aku akan kacau hidup kau.

Jauh sekali aku nak jentik bulu roma kau. Aku bukan manusia kejam.

Aku tau lepas entri aku ni, kalau ada sekalipun cuma dua tiga orang yang baca.

Takpun, langsung takda yang baca.

Apa aku kisah?

Ni blog aku. Aku punya suka apa aku nak tulis.

Bukan aku cerita pasal laki atau bini orang pun. Sendiri mau ingat la.

Kalau kau nak komen sekadar nak bagi penyelesaian, baik kau tutup terus niat kau.

Aku tak perlu samua tu.

Aku cuma nak sepasang telinga yang boleh aku kongsi cerita.

Yang bukan kerana terpaksa atau dipaksa.

*sekali lagi aku mengeluh*

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa angin aku selalu berubah?

Aku bukan malaikat.

Kau faham maksud aku kan.

Aku ok.

Kadang-kala rasa macam nak luah semua yang pernah terbuku sejak aku mula faham apa tu makan, minum, cinta, hidup dan juga mati.

*hebat pula team korea vs china ni*

Ok lah. Malas aku nak panjangkan bingkisan perasaan yang penuh dengan kata-kata pedas dan emosi terlampau.

Terima kasih kerna suka menghabiskan waktu dengan membaca bebelan dari manusia berkepala batu ini.

Manusia ini nak menyaksikan perlawanan sengit china vs korea.

Jumpa lagi tu pun kalau kau sudi nak baca bingkisan aku yang tah sehina sampah mungkin.

Life isn't all about happiness

Lying awake in the middle of the night
when the world is almost dead
hearing the raindrops dripping one by one
it feels like sky is raining out my tears


loneliness, fear, and sadness that's what keeping me awake
as i tried to close my eyes
my brain begins cramping all the things i thought
why? what? how? there were so many questions
yet very few answers


Sometimes i wished i was dead
surrounded by many
yet isolated and alone
i tried to reach out to people
but nobody care of me
nobody even seen me


Perhaps i have become invisible
or have become just an imagination
i always there for them
lend my shoulder
asking for nothing in return


but when i need someone,
where did they all go?


Aaarggh..
life is not wonderful as i thought
but i must go through it
no matter how tough it was
no matter how big the pain i got


Enjoy your life as you can

Hard times don't last forever, unless you allow them.

As a human, we naturally have a desire to own things that can make our life more meaningful.

"I wanna be a doctor"

"I wanna get rich"

"I wanna have a banglo"

"I wanna have a Mitsubhi Lancer"

"I wanna this and that....."

People always thinking bout their wonderful dreams. It wasn't wrong to have a dream. So do I have my own dream.

However, have you ever wonder that all their dream, that all their hope are just merely a dream.

Why should you have all those dreams?

"Just because it will make me HAPPY".

Those five letters is what they are really aiming for, whether they realize it or not.

"Who am I? Why  I was born?"

Am i was born to make others happy?

Am i was happy with my life?

Each morning when I open my eyes I say to myself: I, not events, have the power to make me happy or unhappy today.

I can choose which it shall be.

Yesterday is dead, tomorrow hasn't arrived yet.

I have just one day, today, and I'm going to be happy in it.


Hapiness is the best thing in the world



************************


i asked for strength..
and Allah gave me difficulties to make me strong

i asked for wisdom..
and Allah gave me problem to solve

i asked for courage..
and Allah gave me obstacle to overcome

i asked for love..
and Allah gave me troubled people to help

i asked for favors..
and Allah gave me opportunities

Maybe i received nothing i wanted
but i received everything i needed

Thank you Allah.................

Alhamdullilah
You guide me on my way
You lend me the light
when it was too dark outside there

Sunday, November 14, 2010

Andai bisa aku punya sepasang sayap


Tiada yang indah seindah pelangi
Tiada yang cantik secantik mentari
Tiada yang suci sesuci embun pagi 


Ahh..
Bosannya rasa
Tak punya teman berbual

Bila rakan seusiaku yang lain sibuk gembirakan hati
Aku dihimpit rasa kesunyiaan
Pernah terlintas tuk aku lari
Apakan daya
Sini lah tempat ku
Dan disini juga mahligaiku

Alangkah seronok melihat rakan ku yang lain
Menonton wayang kegemaran
Membeli belah menghabiskan wang saku

Sumpah aku rasa bosan!

Abang dan adik ku sering bersama
Tapi aku?

Ya..aku anak perampuan tunggal dalam keluarga
Sering dipinggirkan
Aku tak seperti yang lain
Rapat dengan keluarga

Aku lebih senang sendirian
Bagiku mereka semua tak pernah memahamiku
Tah lah, mungkin aku yang suka mengasingkan diri

Andai aku diberi kebebasan
Jika aku punya wang
Aku mahu terbang bebas
Terbang kemana yang aku suka
Aku mahu kelilingi dunia
Melihat indahnya alam ciptaah Ilahi

Bak burung di dalam sangkar
Hanya bertemankan unggas dan serangga malam dan siang
Tak punya teman untuk bercerita

Ahh..
Aku faham dan aku mengerti saat ini
Apa yang kau rasa
Bila tak punya teman tuk bermain dan berbicara

 

Tapi, kau burung lebih bertuah
Kau boleh terbang kemana saja kau suka
Tak perlu duit berjuta....







Alngkah bertuahnya kau..

 Andai bisa aku punya sepasang sayap.........

Friday, November 12, 2010

GA kiszydolls Contest !


Salam to all readers! How are you feeling right now? Are you feeling great and fantastic? Hope so...Now, lets the talk begin!

Buat pertama-tama dan julung kalinya aku dengan berbesar hati nak buat pengumaman. Aku telah menyertai satu giveaway (GA) contest yang dibuat oleh cik balqis di blog selipar jepun pink. Oleh kerana ni, pertama kali aku nak join contest, aku rasa teruja sikit. Maaflah ye.


Ada tiga sebab aku rasa berminat nak join.


3- That cutie noty little kiszydolls were really awesome man !

2- Pertama kali jumpa dolls yang begitu unik

1- Handmade ok ! Sangat cool !


wooo. rolling eyes !!

woo..woo..awesome !

woo..woo..crazy notie dolls! ;p





Pemenang akan diberi 3 plushies mengikut kategori :

Kategori 1 : Kategori ibu2
Kategori 2 : Kategori student
Kategori 3 : Kategori pekerja

Syarat penyertaan :

Sila rujuk sini GA kiszydolls contest

Due Date: 10 Disember 2010

Yeah ! nak menang dolls tuh ! comel comel ! hehe.

Keputusan yang mengecewakan !

Selamat petang semunya. Hari ni, meter cuak aku hampir sampai ke aras 100%. Sepatunya semalam keputusan peperiksaan keluar. Aku malas nak cek semalam. So, petang ni aku bukak laptop terus ke student portal.


Ok. Antara simptom2 atau petanda yang aku dapat bila result final exam keluar.


5- Secara tiba-tiba selera makan bertukar kebaratan.Masa ni mengidam nak makan pizza, kfc, big mac etc.


4- Perubahan hormon terjadi dan aku menjadi lebih tak normal dari biasa. Terlebih gembira selalunya.


3- Gejala perkinson mula muncul. Tangan menggigil.


2- Suhu badan yang turun mendadak. Cuaca yang panas berubah menjadi sejuk.

buurrr ....

1- Meter cuak  hampir mencapai tahap maksima 100%.


Sebaik saja dapat menembusi kubu student portal, kata laluan telah diberi dan...................................

Sila klik bagi yang rabun.

Keputusan itu menyebabkan meter cuak aku telah melebihi paras maksima 100% !!! Dengan perasaan terlalu hampa aku pergi ke dapur dan membaham semua makanan di atas meja makan. Aku sungguh kecewa. 

Benda wajib tau pasal aku.

Entri ini aku buat atas sebab aku telah di tag oleh seorang budak busuk bernama Cik Emo/Cik Syafiqah. Entri ni aku nak membebel pasal diri aku. Agak kalau korang rasa aku tak cukup comel tuk korang nak kenal, sila abaikan entri kali ini.


'Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If I tag you, its because i want to know more about you.' 



********************


Apa 25 perkara yang wajib korang tau pasal aku??


25- Blog. Aku start berblogging taun lepas bulan mac.


24- Gitar. Aku suka tengok gitaris perempuan yang pandai menyanyi macam yuna.


23- Musik. Layan je semua kecuali punk rock!


22- Stress. Bila assiment berlambak tak siap. Exam nak dekat!


21- Cuak. Bila result exam keluar. Boleh tekeluar jantung aku rasa nak online tengok result. Masa tu konfem line bizi nak mampus menambahkan tahap ke-cuak-an aku.


20- Belajar. Aku seorang pelajar yang bakal menamatkan pengajian dan sekaligus memegang Ijazah dalam bidang makmal perubatan.


19- Diri. Aku seorang yang tak tetap pendirian. Macam lalang. Orang kata A, buat A. Kata B, buat B.


18- Keluarga. Aku merupakan anak kedua dari 3 orang teruna.


17- Perangai. Sangat degil, kepala batu, kuat melawan, sensitif dan....... Weh, ingat semua negatif ada kat aku ke? Cukup la tu. Nak expect lebih plak. Hehe


16- Makanan. Masakan kampung memang terbaik.


15- Warna. Merah, hitam, putih. Kombinasi yang sangat mantap!


14- Paling dahsyat. Aku pernah fikir untuk bunuh diri atas sebab tekanan yang maha dahsyat. Sumpah! Aku tak tipu.


13- Paling indah. Bila seorang lelaki menyatakan hasrat untuk menikahi aku.


12- Paling bodoh. Benda paling bodoh aku pernah buat ialah bergaduh dengan perempuan lain dekat facebook sebab jantan tak guna. Bila ingat balik memang rasa macam bodoh. Mesti laki tu bangga sebab perempuan rebut dia. Huhu. Bajet macam macho je mamat tuh! Pigi da.......... 


11- Bunga. Cukup dengan sekuntum bunga ros dah boleh buat aku cair. Aku suka bunga tulip gak. Cantik kan!


10- Jodoh. Buat masa ni, aku masih tercari-cari putera turun dari kayangan. Aku rasa mungkin dia sesat di highway. Lambat sikit sampai.


9- Lelaki. Aku suka lelaki baik yang smart, romantik dan menghormati aku sebagai perempuan.


8- Cinta. Aku baru 5 kali putus cinta.


7-  7 adalah nombor bertuah aku. Dan 7 juga tarikh aku lahir ke muka bumi.


6- Tak suka. Aku cukup tak suka bila aku bukak blog, dan tengok takda langsung komen dekat entri baru aku. Sedih tul.


5- Suka. Aku paling suka bila ramai orang singgah blog aku dan tinggalkan komen di entri aku.


4- Cita-cita. Dulu masa sekolah rendah nak jadi doktor. Masuk sekolah menengah nak jadi cikgu. Masuk universiti nak jadi usahawan. Cita-cita tu semua penipu je. Mana satu yang betul pun tak tau lah. Kenapa kena ada cita-cita? Ntah.


3- Hobi. Hobi tu kegemaran ke? Bila lapang, aku suka mengadap laptop dan melayari laman sesawang.


2- Umur aku. Aku lahir tahun 87. Orang selalu ingat aku budak sekolah. Mungkin aku kelihatan terlalu muda bagi sesetengah orang. TAPI ! belum pernah ada orang teka umur aku lebih dari umur sebenar aku. Aku terasa masih muda.


1- Nama aku. Jangan panggil aku dengan panggilan yang aku tak gemar. Tu amaran keras! Jika berdegil, anda akan tau akibatnya. Nama aku Nor Hidayah bt Adam. Orang ramai panggil aku dayah. Dulu aku suka, sekarang aku tak berapa suka. Aku suka kalau orang panggil aku hida atau ida. Nampak ayu sikit. Baru aku terasa aku ni lemah lembut. Ok.


*******************

Ok. Sekarang aku nak bagi assiment ni dekat sapa pulak? 25 orang ramai sangat. Followers aku yang ada blog pun tak sampai 25. Hehe. Tak kisah lah. 

Aku nak tag si teruna ini, en acid dengan blognya live life to the fullest. Weh wajib tau buat sebab saya nak tau dan tentunya peminat anda semua nak tau pasal anda.

Hmm, si budak nakal ini. dengan blognya lagenda budak nakal.

Sila buat assiment yang telah diberi ok! WAJIB! ngeh ngeh. Jangan cakap malas. Buat jangan tak buat! 

Thursday, November 11, 2010

Aku Bergelar Artis dan Blogger Terkenal

Aku sekarang dah jadi artis. Menyanyi dan main gitar sana sini. Tak menang tangan aku nak masuk p jamming. Penat weh jadi artis. Kalau free jemput lah datang ke dataran merdeka malam ni. Aku punya persembahan. Ada yuna, melda ahmad, hujan, estrella, sharp shooter dan banyak lagi. Senang citer sume artis indie band terlibat. Malam ni tau. Bukan besok bukan lusa. Malam ni. 11/11/10 hari Khamis jam 9. Datang beramai-ramai ok!


Nak cerita kerjaya aku sebagai seorang artis ni memang banyak onak dan duri. Aku mula minat nyanyi dan main gitar masa aku belajar u lagi. Sekarang pun masih belajar.


Tiap pagi, petang, siang, malam aku menyanyi. Kau tanya jiran aku. Ada yang sampai datang siap bawak karaoke set kat umah aku nak join nyanyi sama!


Aku tension betul ngan jiran aku tu. Balik-balik nyanyi lagu sama. Balik-balik lagu tu jugak dia nyanyi. Bila aku tanya dia jawab yang dia jatuh cinta dekat minah tu. Minah tu pulak spesis jongang sama cam dalam citer halimah jongang. Tu la lagu yang dia paling mahir sekali. Lagu halimah jongang!


Ni la sitkom tv Halimah Jongang lakonan Sheera
*******************


Lepas dari bidang nyanyi, aku masuk bidang blogger. Dunia blogger ni memang mencabar ketajaman akal fikiran. Siyes aku cakap, nak buat blog idea mesti macam air! Mencurah-curah. Kalau tak, balik-balik cite pasal tension, sedih, bf or gf. Bosan kan?


Aku kekadang naik muntah hijau sebab duk perah otak cari idea nak membebel kat blog. Walaupun blog aku blog santai dan sengal, idea mesti kaw-kaw juga!


Mukaddimah mesti mau menarik sampai boleh menarik mangsa membaca sehingga ke huruf terakhir. Weh, jangan ingat blog aku tak ramai yang baca. Ramai kot. Deme semua malas je nak follow.


Kekadang masa dalam jamban lah idea tu datang. Ha, lepas masuk jamban terus on laptop dan menulis. Hehe. Rahsia ok.


Bila dah masuk dunia blogger ni, ramai manusia yang aku kenal. Yang cumil, yang cun, yang cool, yang nakal, yang sengal, yang hensem...bak kata, macam-macam ada.


Aku rasa boleh juga bagi sesiapa yang sedang mencari calon gf of bf tuk intai-intai blogger lain yang masih solo. Ni fakta ok! Tak caya kau tanya blogger lain. Motif utama dorang buat blog tuk ukur sejauh mana kejambuan atau kecomelan gambar-gambar dorang boleh menarik orang tuk jadi followers. Aku terkecuali.


Ok.

Dalam dunia blogger ni ada perkara yang perlu korang tau


3- Kalau blogger yang cumil dan jambu letak pic dorang banyak-banyak, kau tengok followers dorang mesti banyak. Ini fakta! Ok. Manusia memang menilai orang dari luaran dulu. Isi blog belakang cerita. Lepas ni, kalau korang nak buat blog sila letak gambar korang dengan banyak sekali bersama pose-pose yang menarik ala-ala modal supaya senang orang lain curi dan simpan gambar korang. AWAS ! Pencuri ada di mana-mana.


2- Shoutbox atau chatbox atau seangkatan dengannya. Ia biasanya ada di kebanyakan blog. Benda alah ni digunakan untuk memancing seberapa banyak mangsa untuk singgah ke blog korang. Apa yang perlu korang buat, cuma pergi ke blog orang dan tinggalkan mesej di chatbox.

Contohnya:    hai hensem!
        hai adik manis!
        wah! cantiknya blog anda.
        i follo u, follo me back!
        jalan-jalan
        singgah lepak sini
        bosanlah. singgah sini eh?
        hai awak ni kelakar lah!

Teknik memancing ni tak perlu menggunakan umpan. Cuma memerlukan hati yang ikhlas. Ok. Dulu masa berjinak dalam blogger memang aku selalu singgah blog orang dan tinggalkan pesan.


Selalunya aku akan cakap hai, singgah lepak sini. Tapi, tu dulu. Sekarang aku macam dah meluat pulak. Sekadar singgah blog orang, tak baca apa yang nak disampaikan tapi cuma nak singgah supaya naikkan trafik blog korang.Hampeh!


Aku buat blog bukan tuk korang bentang tikar, bawak kopi atau teh lepak kat sini. Aku nak korang baca apa aku tulis. Penat aku cerita tapi, sorang dua je komen. Kecewa tau ! Huhu.


1- Nuffnang. Aku tak tau ape benda alah ni. yang aku tau dia ni boleh menaikkan trafik blog korang. Aku rasa spesis iklan juga lah. Tah. Aku malas nak letak kat blog aku. Nyemak! Korang tengok blog-blog yang ramai pengikut, mesti ade nuffnang ni. Tah apa benda pun aku tak tau. Tapi, aku siyes cakap aku memang terganggu dengan iklan-iklan kat blog korang.Semak.Semak samun.


*******************




Ok. Segala perasaan terbuku dah dilepaskan. Hehe. Lega. Jangan marah kepada yang terasa eh. Pandangan peribadi je. Huahuahua.

Ambil Nota: Aku bukan lah seorang penyanyi ataupun pemain gitar mahupun artis seperti yang ku nyatakan. Semua adalah rekaan semata-mata. Konsert tu pun rekaan aku. Hehe

Sila senyum :)

Ok lah. Entri sampai disini. Aku ada assiment nak kena buat. Cik Syafiqah yang busuk telah meng-tag aku. Aku terpasa menceritakan 25 perkara pasal aku. Next entri aku akan post pasal 25 perkara about me. Ok !

Sayonara....


Siapa aku?

Wednesday, November 10, 2010

Badan 'Kera'

Kenapa manusia selalu dikaitkan dengan kera?

Teori evolusi tu semua penipu! Manusia adalah manusia dan kera adalah binatang! Luaran nampak macam sama tapi, dalaman mana sama. Bila masa kera dan manusia ada moyang yang sama? Moyang aku bukan dari kera! Korang aku tak tau lah.

Meh sini aku nak bagi fakta-fakta yang tepat lagi munasabah kenapa kera tak sama dengan manusia



3- Kera berjalan dengan empat kaki!

Weh, manusia paling bnyak kaki pun, ada tiga je. Tu pun terdiri dari golongan OKU. Cuba cek kaki korang ada berapa? Kot-kot tanpa korang sedari, ada pertambahan pulak.


2- Kera terdiri dari pelbagai spesis!

Spesis kera antaranya:
- orang utan
- chimpanzi
- siamang
- baboon
- banyak lagi! nak sebut, terlebih muka surat nanti

Ha......manusia cuma ada satu spesis je. Apa dia ? Homosapiens la! Kau cuba tanya pakcik google manusia ada berapa spesis. Satu je. Tak caya p try google.

Tapi, dalam dunia ni cuma ada satu je spesis manusia separa kera. Tu, dalam rancangan tv bang bang boom !


Ha..manusia kera !

1- Kera cuma boleh bercakap menggunakan satu bahasa.

Uu..aa..ak ! (bunyikan seperti bunyi kera). Tak kira dari mana asal usul kera tu. Satu bahasa antarabangsa saja yang dia guna. Senang. Kera dari Uganda boleh sembang dengan kera dari Mongolia dan kera Amerika boleh sembang dengan kera Malaysia!


Manusia pulak macam-macam bahasa yang diguna pakai. Bak kata pepatah, masuk negara Afrika, kena jadi Afrika. Masuk negara Somalia, kena jadi Somalia. Masuk kadang kambing, mengembik. Masuk kandang rimau? Kau kena ngap! Hmm..tapi, masuk negara Malaysia, orang Malaysia kena jadi Amerika! Wattaheck is going on ?

*******************


Dalam dunia ni cuma ada dua jenis badan pekerjaan. Samaada pekerja 'kera' atau pekerja swasta.

Swasta ni biasalah. Tempat orang kaya nak privasi. Service memang tip top! Yang penting fulus mesti mau kaw kaw!


Hmm..yang tak sedapnya pekerja kerajaan atau singkatannya 'kera'. Gaji tak setimpal dengan kerja. Kerja bagai nak rak, cukup bulan dapat gaji bayar hutang keliling pinggang, lastnya tinggal sehelai sepinggang. Eh? Teruk sampai macamtu ke? Hiperbola je aku ni.


********************


Jom nak bawa korang semua dengar satu kisah di sebuah badan 'kera' yang khas untuk manusia-manusia yang sakit. Iaitu hospital 'kera'.


Kami adalah anak-anak doktor !



Alkisahnya pada satu hari aku telah jatuh sakit. Sakit yang tak nazak lagi. Masih boleh berjoging. Macam biasa suasana hospital 'kera'. Datang awal pagi terus ke pendaftaran dan ambil nombor giliran.


Suasana di hospital 'kera' masa tu, dipenuhi dengan organisma organisma yang boleh menyebabkan aku jatuh sakit kronik. Iyalah manusia keliling aku semuanya sakit.


Yang batuknya, yang demamnya, yang kudisnya. Kudis boleh jangkit weh! Kalau-kalau orang tu letak tangan dekat kerusi, lepastu ada manusia lain dengan selamba mengesat hingus dekat kerusi tersebut, tak sia-sia je dia terjangkit kudis tu!


Dalam hospital 'kera' tu ada dua bilik berasingan. Aku punya nombor sepatutnya bilik 1. Aku tunggu punya tunggu, bilik 1 tak panggil nombor aku. Kebetulan bilik 2 yang bersebelahan dengan bilik 1 memanggil nombor aku. Aku dengan bodohnya tak menghiraukan panggilan tersebut.


Aku datang dengan kawan aku. kawan aku pun jatuh sakit. Nombor dia selepas nombor aku. Bila nombor dia naik di bilik 2, kami dah pelik. Kami dengan selamba masuk ke dalam dan bertanya betul ke bilik ni?


Doktor masa tu, seorang wanita yang kelihatan agak alim
.

Aku bertanya kenapa nombor aku tak naik di bilik 1 dan secara tiba-tiba dengan kuasa halilintar doktor tersebut meninggikan suara! Lalu dia berkata kenapa aku tak masuk bila nombor keluar tadi? Aku pun menjawab, sepatutnya aku di bilik 1 bukan bilik 2. Jawapan aku telah membangkitkan kemarahan beliau! lantas beliau berkata dengan nada yang tinggi..Bilik sebelah je kan? masuk je lah! (dengan muka yang seakan kehijauan mau bertukar menjadi hulk)


Saat itu aku dapat rasakan seolah-olah jantung aku dipanah halilintar! Makaih, kasaq sungguh bahasa doktor wanita itu! Aku dan rakan memandang sesama sendiri. Aku dapat rasakan yang sakitku telah pulih seratus peratus! Dan dengan itu, niatku untuk bertanyakan perihal sakitku kepada doktor telah hancur musnah sama sekali.


Cuma kawan aku teruskan niat bertanyakan doktor. Kami lantas terus ke farmasi untuk mengambil ubat yang disarankan. Ahli farmasi tu pulak, tercengang dan muka seakan-akan kelihatan tercekik tulang bila melihat senarai ubat tersebut! Ubat yang doktor bagi tu, tak boleh disapu ke muka. tapi kawan aku ni, sakit dia bahagian muka! Kami pun pergi berjumpa doktor wanita itu tadi dan dia menukar ubat tersebut tanpa ada rasa bersalah.


Doktor baru kot. Aku berkata dalam hati.

Ok. Sekian saja.Cerita tamat.


********************


Kesimpulan aku dapat:


3- Sila alert dengan sekeliling bila berada di hospital. Alert dengan nombor giliran. Kalau sepatunya kau masuk bilik 1 sekalipun, bila bilik 10 memanggil nombor kau, sila masuk ok! Agak kalau tersalah bilik, pandai koranglah bagi alasan munasabah.


2- Kalau korang nak dapatkan layanan VIP, jangan masuk hospital 'kera'!


1- Kalau korang dilayan macam hampeh sekalipun bila berada di hospital 'kera' sila jangan berkata walau sepatah! Sebab konfem dorang akan jawab, ala bayar RM3 je pun banyak songeh pulak!


Ok. Itu fakta! Dan fakta adalah sesuatu yang benar dan tak dapat disanggal lagi kebenaranya! Aku hairan dan pelik kenapa warga 'kera' sebegitu rupa? Adakah moyang mereka berasal dari kera? Ok. Tak. Mungkin tekanan jiwa bila tengok pesakit terlalu ramai dan akhirnya pesakit pulih, doktor pulak jatuh sakit.


Yeah ! Going to cut that dead body into a pieces !*hehe*



Tuesday, November 9, 2010

Projek Tahun Akhir Yang Ntah Bila Nak Siap !

Saja nak update cerita pasal projek tahun akhir aku ni. Dah pening aku nak membuatnya. Tajuk?

"Screening of antimicrobial activities of endophytic fungi from Malaysian Carica Papaya shoot tip, root and leaf" 


Faham? Ok. Meh aku terjemahkan dalam bahasa mudahnya. Mengkaji tentang kulat yang duduk di dalam pokok (endophytic fungi) betik samaada (pucuk, akar dan daun betik) mempunyai daya tahan terhadap serangan organisma yang boleh membawa penyakit atau tak da langsung daya tahan.



Projek ni dah berbulan-bulan dan sepatutnya dah dapat result pun. Tapi, aku suka menagguh kerja. lagi lambat due date lagi lambat aku buat. Thesis aku pun belum mula tulis lagi. penyakit M aku makin menjadi-jadi. nak update blog boleh plak ada masa.



Masalahnya nak dapatkan pokok betik memang susah sebab aku duk bandar. Jenuh aku pusing keliling Shah Alam nak dapatkan pokok betik. Pernah sekali tu, tuan dia kedekut sangat nak bagi, ha..ambik kau, aku curi sikit daun betik dia. kakaka. Padan muka. Tapi, tu lah. Aku pernah cakap yang aku memang tak boleh buat jahat. Daun yang aku curi tu, dah siap di proses tapi tak menjadi sebab contamination telah berlaku. Dan aku terpaksa cari pokok betik sekali lagi. Padan muka aku! Huhu.



Projek aku ni makan masa sebulan lebih nak dapatkan result. Sekarang aku ada dalam 5 bulan sebelum aku tamat belajar. Sempat la kot. Haha. Kalau tak menjadi memang masak lah aku. Ok, jom aku terang secara ringkas camna projek aku ni sebenarnya.



Mula-mula cari bahagian daun, pucuk dan akar betik dulu. Cari lah keliling kampung. Mintak izin tuan rumah dulu tau. Jangan mencuri. Tak berkat nanti. Dari pukul 8 pagi sampai 12 tengahari aku pusing cari pokok betik!



Dah dapat cepat bawak terus ke makmal. Basuh. Dan lepas tu potong kecil-kecil. Lepas tu adalah proses yang dinamakan surface sterilization atau dalam b.melayunya sucikan permukaan. Erk? Bedal je lah! Dah siap semua tu kena letak dalam petridish. Nak tau sila klik sini.



Lepas tu kena peram seminggu. Then, kena subculture lagi. Peram pulak seminggu dalam incubator tu. Lepas tu nak kena proses untuk dapatkan extract pulak. Leceh betul. Tu yang malas tu. Huhu. Setakat ni aku stuck sampai proses extraction! Aku takda idea nak teruskan. So, bila nak mula kena mula balik dari awal! Penatnye...............................


Lepas dah dapat extraction, aku nak uji atas microorganism yang diberi nama E.coli, S.aureus, C.albican. Kalau positif, ada menunjukkan daya tahan terhadap serangan microorganism ni, projek aku success! Hehe. Harapnya ada positif result lah.


Tu lah serba sedikit pasal projek aku yang tah bila nak siap lah. Korang pening? Ha..aku lagi pening! Tapi, demi untuk berjaya dengan cemerlang kena buat dengan jayanya! Doakan kejayaan aku ok. Terima kasih semua.


Yo! Kembali bersemangat! Hehe.

Monday, November 8, 2010

Saat dan detik itu..

Sungguh tak ku duga, buah nangka bertukar menjadi durian ! Eh? Tak. Hehe. Aku terkejut je bila bukak blog tau tau dah 25 followers! Ok. Aku tau korang lagi ramai. Tak kisah lah. Aku teruja ni. Mana tak teruja, aku ingat blog merapu cam blog aku ni ada lah dua tiga orang je member aku yang follow. Tak sangka ramai gak dari luar. Terima kasih semua! Boleh klaim KFC ngn aku lepas ni ok! Haha


Pertama sekali, nak mintak maaf sebab aku terpaksa padam account networked blog aku. Aku malas nak link dengan fb dah. 


Entri aku kali ni nak cerita pasal LELAKI ! Lelaki lagi? Ok apa dari aku diam je. Kan? Sebenarnya malam tadi sebelum melelapkan mata, aku me-rewind balik kisah silam aku. Saja. Teringat zaman muda-muda dulu. Siapa lelaki yang pernah hadir dalam hidup aku. Nak tau? Ha, apa lagi……….siapkan kudap-kudap sekali sebab entri kali ni panjang dari biasa. Jangan lupa selimut dan juga bantal busuk korang! 

********************

Zaman aku dulu, tak macam zaman budak sekarang. Zaman aku, lepas SPM baru aku mula menggatal fikir pasal kapel. Kenapa? Sebab ramai kawan aku asyik tanya. Aku rimas betul. Bila dah kapel, baru senyap mulut dorang.


Mamat ni aku kenal melalui dunia maya. Internet lah. Masa tu biasalah chating sana sini. Tup tup lekat dengan sorang mamat ni. Konon masa tu, sengal-sengal ubi sikit bila mamat tu tanya asal mana aku jawab lah dari planet tah mane-mane tah. Hehe. Dengan dia sekali sengal masa tu. Nama dia dirahsiakan sebab dia mengintip aku ni. Mesti die tengah baca dan gelak guling-guling. Hehe. Dari situ mula lah tukar no phone. Mula lah terbit bibit-bibit cinta dan seterusnya korang imagine sendiri lah…..



Mamat ni duduk jauh dari aku. So, kira cinta jarak jauh. Aku kat hulu, dia kat hilir. Memang jauh. Aku ingat lagi masa tu, dia kirim surat dengan gambar die sekali kat aku. Nak dijadikan cerita, aku duduk kampong masa tu nak uruskan kemasukan ke Universiti. Biasalah kampong, alamat memang huru hara sikit. Kalau dah dalam kampong ada sepuluh orang nama sama, jenuh posman duk pusing keliling kampong. Hehe.



Dan pulak masa tu ada satu makhluk yang nama sama dengan aku dan memang rumah bertentangan je. Si posmen tu p hantar surat cinta aku dekat minah tu. Eh? Bukan surat cinta lah. Surat perkenalan melalui gambar. Hehe. Tau-tau si minah tu calling mamat tadi bertanyakan hal surat tersebut. Si mamat ni bukan main marah lah sebab mamat ni ingat dia kena tipu dengan perempuan. 


Tah tetiba sampai mesej kat phone aku. Panjang berjela bebelan si mamat ni. Aku terkejut la. Bila masa la aku tipu die. Terang punya terang, aku p jumpa minah tu. Ceit! Salah tuan rupanya. Sempat si minah tu berkata hensem ek orang dalam gambar tu. Wah! Nasib masa tu bukan bf aku. Kalau tak, kena selipar jepun satu!



Hmm, dah nama pun kapel jauh so, aku jumpa dengan dia sekali je. Tu pun die datang KL sebab masa tu aku dah pindah KL. Dia datang terus jumpa family aku. Memang gentleman habis! Aku yang kecut perut menahan takut. Hehe. Poyo je macam rombongan masuk meminang pulak!



Hari berganti hari, bulan berganti bulan, musim berganti musim…hubungan kami tak bertahan lama. Salah aku sebab aku masa tu kurang matang buat keputusan. Jiwa remaja kan? Nak berseronok je lah masa tu. Kali terakhir aku dengan dia, dia ikut family aku hantar aku masuk universiti. Sekarang dia dah berjaya dengan cemerlang dah pun. Aku doakan dia bertemu jodoh dengan orang yang baik-baik. Aku dengan dia masih lagi berkawan sampai sekarang. Kalau dia baca ni mesti berjela komen dia. Hehe.



Insan kedua ni, panggil A je lah. Lepas berapa bulan, aku jumpa dengan si A pulak. Si A ni kerja sebagai nurse. Makcik aku kenal baik dengan dia. Dari situ lah kami berdua kenal. Dia tua 2 tahun dari aku. Sangat matang dan sangat mengambil berat pasal aku. Masa tu, aku dah belajar dekat s.alam. Dia kerja di HKL. Kami tak selalu sangat jumpa sebab aku ni susah sikit kalau nak ajak dating. Hehe. 



Dengan dia pun tak lama atas alasan aku nak fokus belajar kononnya. Tah apa aku fikir masa tu tah. Bila fikir balik kejam la aku ni. Bulan berapa tah aku lupa. Dia call aku. Dia jemput aku datang kenduri perkahwinan dia dekat Terengganu. Aku terkejut jugak lah. Ingat lagi dia dekat aku. Aku ucapkan tahniah dan sempat bergurau dengan dia sekejap. Hehe. Dah kawen dah dia. Tahniah A. Bila giliran aku pulak ek? 



Masuk insan ketiga, si M. aku kenal masa aku bekerja part timer dekat sebuah mall yang glamer. Aku bekerja masa cuti sem selama tiga bulan. Dia ni panas baran terlebih. Memang takut gak ngan dia. Tapi sebab sayang, ikutkan aja. Dia ni rajin ajak aku shopping! Aku memang suka! Macam-macam dia belikan untuk aku tapi bukan aku yang mintak. Tapi, kami pun tak lama. Aku dah tak boleh tahan dengan baran dia suka memaki aku. Aku mintak putus. Mamat ni boleh mintak balik benda yang pernah dia bagi aku. Ok! Fine! Aku bagi balik harta benda yang dia pernah bagi aku. 



Tapi, dia ni tak diam kat situ je. Duk mengacau hidup aku tak habis-habis. Merayu la bagai. Aku pernah bagi peluang tapi tak hargai. Nasi dah jadi bubur dah. Lantak la. Dia call, aku memang tak pernah angkat punye. Duk mesej-mesej, aku memang tak baca dan terus delete je. Aku memang kejam. Ye. Memang aku kejam. Tak tau ape jadi kat dia sekarang. Biarlah malas nak ambil tau.



Manusia seterunya…si S. Dia tak romantic langsung. Hehe. Tapi, apa aku kisah. Dah sayang. Dia pun tak lama sebab dia buat perangai dengan pompuan lain. Ok. Dah bagi peluang pun tak berubah. Akhirnya aku ngan  dia terdiam tanpa kata putus. Dia dengan hidup dia aku dengan hidup aku.



Manusia terakhir ni aku malas nak cerita sebab aku marah lagi dekat dia. Lepas apa yang dia buat kat aku sikit pun tak pernah mintak maaf! Huh? Aku boleh hidup lah kalau kau takda sekalipun!



Macam tragis je kisah percintaan aku kan? Aku sampai sekarang belum jugak jumpa putera aku tu. Barangkali sesat dekat highway aku rasa. Takpa lah bagi dia masa. Aku tetap akan tunggu siapakah gerangan putera aku tu. Perkara pertama aku nak dia buat nanti, nak suruh dia jadi follower aku. Baca story aku A – Z. Biar dia kenal sape aku. Hehe.





*******************

Habis kisah percintaan, aku nak masuk kisah persahabatan pulak. Ade orang cakap lelaki dengan perempuan tak boleh jadi kawan baik. Susah. Mungkin betul kot. Aku cuma nak cerita pasal dua orang lelaki yang aku rasa aku boleh percaya. Sorang tu mungkin baca kot, lagi sorang tu macam susah je nak tengok dia baca. Sibuk la konon. Dia tak tau aku nak cerita pasal dia. Hehe.



Kawan lelaki aku yang aku tak kan lupa dia sampai bila-bila, si D. dia sanggup bersusah payah datang jenguk aku hari-hari bila aku ada masalah dengan bf aku yang sengal tu. Dia lah tempat aku luah segalanya. Sampai menangis-nangis aku cerita. Seronok kongsi cerita dengan dia sebab dia ni  ada jiwa keperempuanan sikit. Maksud aku dia faham jiwa perempuan. Dia tau bila aku sedih. Dia tau bila aku gembira.



Aku ingat lagi masa aku ada krisis dulu, masa exam lagi tu, memang jiwa aku kacau bilau. Huru hara dsebabkan lelaki! Si D datang hari-hari bawakkan aku nasi. Dia cakap jangan fikir sangat. Dia suruh aku rehat je. Kekadang tu bawakkan domino lagi! Wow! Memang terbaik lah. 


Tapi, sekarang ni dia mungkin sibuk. Aku pulak dah jauh. Dah tak duduk shah alam. Dia pernah nyatakan hasrat dia yang dia sukakan aku. Aku cuma tak dapat nak terima sebab dia terlalu baik dengan aku. Dia ok je. Serba serbi ok. Cuma aku je rasa yang aku tak cukup baik untuk dia. Mungkin sebab tu dia jauhkan diri dari aku. Tah la. Aku harap dia still anggap aku kawan.





Si H pula, aku seronok gila kawan dengan dia. Baru semalam aku dapat tau yang dia setahun lebih tua dari aku. Haha. Memang rasa nak tergelak dah masa tu. Aku rapat dengan dia sebab fb lah. Masa sekolah mana pernah tegur. Alih-alih kat fb jadi kawan baik pulak. Die ni best! Tapi sengal terlebih! Apapun sembang dengan dia memang masuk air punya. 


Semalam baru aku tau yang aku cukup cool dimata dia. Haha. Dia ni baru lepas berpisah dengan perempuan. Tah apa punya perempuan lah! Buat kawan aku merana jek. Tampar laju-laju nak? Apa pun semoga dia selalu gembira. Aku cuma nak pesan satu dekat kau, kalau lah kau terbaca post aku ni….kau cepat bagitau aku sebab aku ada hadiah untuk kau! Haha. 





 *******************


Terima kasih sebab korang semua mengajar aku erti kehidupan dan percintaan walaupun kebanyakan dari korang menyakitkan hati aku. Huhu. Terima kasih juga pada yang buat hal masa bercinta, sekurangnya bukan masa berkahwin. Aku nak mintak maaf jugak kalau aku kurang matang membuat keputusan.Semoga korang bahagia dengan insan pilihan korang. Aku cuma nak korang tau, yang aku sangat bahagia dengan hidup aku sekarang. Hilang satu bebanan. :))


Sekian saja entri aku kali ni. Entri kali ni betul-betul berkisar tentang hidup aku. Terima kasih kerana sudi membaca.