Tuesday, January 25, 2011

Hey, boleh tak kau ni serius !


Nota dipegang......

Helaian demi helaian diselak.......

Topik pertama dipegang......

Diletak semula....

Diambil topik kedua.......

Kembali diletak..

Diambil pula topik ketiga..

Dan dibaca....

Hormonal cytology....

Tak sampai pun setengah jam...

Nota diletak semula...

Memandang laptop yang sengaja dibiar terpasang supaya mudah mengakses laman sesawang..

Bukan untuk mencari ilmu...

Cuma untuk bergosip dengan rakan 'muka buku'...

Bla..bla..bla..

Dekat sejam mengadap 'muka buku'...

Tak pulak penat macam melayan muka nota...

'Muka buku' ditutup...

Kembali menatap muka nota...

Selang 60 saat, 

Muka nota ditutup lagi...

Kembali mengadap 'muka buku'...

Perlakuan ganjil dan pelik itu diulang tanpa jemu setiap hari...

Hidup tak terurus sungguh...

Tah apa yang dicari tak tau lah...

Cadangnya besok nak pergi menonton wayang...

Seorang? 

Yelah..macam tak biasa..

Ok. Memang tak pernah menonton seorang pun..

Tapi nak cuba..

Seronok ke?

Ada feel ke tengok sorang? 

Tapi, keinginan terpaksa disimpan...

Lusa dan tulat ada exam..

Satu habuk pun belum sentuh...

Hoi....... kau ni bila nak serius hah? 

Tah la...

Perlu ke belajar dengan serius?

Fikiran melayang seperti hari-hari semalam..

Hati jauh sekali rasa nak sambung study..

Tapi, bila mengingatkan exam semakin hampir...

Kekuatan dalaman muncul tah dari mana...

Datang tanpa diundang..

Tapi datang tepat pada masa...

Terima kasih..

Sekurangnya kau datang...

Membantu diri yang semakin jauh hanyut dengan dunia khayalan...

Cukup!
Hentikan semua khayalan itu!

Cuma 3 bulan je lagi!

Just be strong!

Tak lama pun..

Setelah hampir kau berhempas pulas dekat 4 tahun...

Takkan dengan mudah kau nak lepas segalanya?

Ok..

Dunia ni memang pelik..

Tak!

Bukan dunia yang pelik..

Manusia yang semakin pelik..

Dan kau adalah manusia pelik itu !

Jadi, sila kembali ke pangkal jalan. 

Hey !!!

Boleh tak kau ni serius ?

Sunday, January 23, 2011

Lalalitamplom !

Alhamdullilah, hari ni lebih baik dari semalam. Mimpi indah kot malam tadi. HAHA.

Mimpi jumpa dengan putera katak. Samar-samar la pulak rupa dia malam tadi. Ish..Tak dapat la aku nak berangan lebih.

Hmm.. Apa pun, hari ni aku boleh tersenyum jugak la. Esok dah hari Isnin. Harap bukan Monday Blues la esok.

Rasa macam bersemangat pulak nak ke kelas esok. Yeay !

Hari ni, dah habiskan dua chapter. Semalam punya nota yang aku baca dekat sepuluh kali tu, akhirnya dapat aku habiskan dan fahamkan dengan jayanya.

Sekaligus, nota tuk chapter tersebut dah siap! Yeay tuk kali kedua. HAHA.

Bila kita buat sesuatu, buat dengan ikhlas. Peduli apa reaksi orang. Janji kita tau yang kita buat tu betul. Kan ?

Mungkin sebab tu aku rasa macam aku dah kembali positif balik.

Hari ni nak senyum puas-puas. Mana tau esok lusa tak dapat senyum dah ke. Huhu.

Fikir positif, buat perkara yang positif boleh bantu menenangkan jiwa yang tengah lintang pukang.

*Menguap*
     ..
     ..
     ..
     ..
     ..
     ..
*Menguap*

Ekela, tak payah la nak menguap masa baca entri aku ni. Nampak sangatlah bosannya. Hampeh....


************************


Gembira tak gembira jugak la. Dalam kepala aku ada satu persoalan yang selalu mengganggu aku la.

Perlukah aku berterus terang?

Arrgghh.. susahnya nak buat keputusan.

Nak cakap, macam malu plak. Tak cakap takut menyesal plak. Mana satu ni? Cakap ke tak?

Tolong aku...Cakap ke tak cakap ?? Pusing bangat nih.......................

Lalalitamplom! Cakap....

Lalalitamplom! Diam...

Lalalitamplom! Tam.....plom!

OH NOOOOO...........................

Saturday, January 22, 2011

Aku ingin punya sayap agar aku bisa terbang.........

Buat pertama kali dalam tahun 2011 aku menulis. Tah kenapa hari ni terasa sangat rajin membelek blog aku yang kelihatan agak usang. Lama terbiar.

Senyap bukan bermakna aku hilang untuk selamanya. Cuma tak ada apa perkara menarik nak dikongsi.

Aku menulis bila aku rasa mood aku agak tak berapa nak stabil dan bila aku rasa aku perlukan sesorang untuk aku kongsi sesuatu cerita.

Memang aku ni beremosi orangnya. Tak kenal aku maka, tak tau.

Ah, nak kenal aku buat apa pun. Cukup rasanya kenal aku sebagai penulis blog ni. Aku bukan sesiapa.

Bukan Yuna bukan juga Anna Rafali.

Ala, yang menang AJL baru-baru ni. Memang tak diduga dan tak disangka.

Tapi, apa pun lagu dia punya mesej tersendiri. Kagum. Perkataan itu yang hanya mampu aku ucap untuknya.

Hmm..

*Sambil termenung panjang*

Ah..penat rasanya nak belajar. Penat rasanya nak menunggu untuk habis belajar. Penat juga nak menjawab persoalan yang acap kali ditanya kepadaku. Bila habis belajar? Bila habis belajar? Keje apa sekarang?

Dengan cuma satu jawapan kepada persoalan itu, aku cuma mampu tersenyum.

Sambil menunjukkan barisan gigi yang tak tersusun dan tak berapa nak putih.

Dah lali dan dah terlalu penat nak menjawab. Kali ni, biar masa menentukan segalanya.

Perjalanan aku masih terlalu panjang. Banyak liku-liku yang perlu aku tempuhi.

*Membelek nota Cytology*

*CYTOLOGY adalah kajian tentang sel-sel dalam badan manusia*.


Banyak pula rasanya perkara yang aku masih belum tahu. Sedangkan, aku dah digelar pelajar tahun akhir. Tah apa aku belajar selama ini.

Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Seperti mencurah air di daun keladi.

Nota yang aku belek dari tadi. Yang aku baca berulang kali. Hampir lima kali aku baca benda yang sama.

Ku baca atas, ku lupa bawah. Ku baca bawah, ku lupa atas. Apa ajalah yang mengganggu fikiranku.

Pejam celik, pejam celik usia aku hampir masuk ke angka 24. Ada apa dengan 24? Apa sepatutnya gadis 24 tahun seperti ku lakukan?

Bila fikir soal umur pula, satu soalan cepu mas yang sering diajukan oleh para ibu kepada anak gadisnya. Bila nak kawen?

Oh mak..Kalau mak mengerti apa rasa aku, kalau mak dah temukan jodoh yang sesuai untukku, suruh saja dia masuk meminangku.

Apa yang mak rasa baik untukku, aku terima mak.

Tapi, mak.........

Lelaki zaman sekarang ni mak, tak boleh nak percaya. Dari 10 orang yang akak jumpa, cuma 3 yang mampu dan yang lulus untuk bergelar suami.

Yang lainnya, leka dengan zaman remaja sebab mereka kata, muda cuma sekali. Tah la mak, ada jodoh, kawen la akak nanti. Mak doakan je la ye.

**************************

Malam ni, aku rasa sangat stress. Rasa macam nak lari dari KL ni. Nak pergi bercuti di pulau. Lari dari semua orang.

Nak lari dari bunyi bising kereta. Lari dari bunyi bising tv. Lari dari bunyi bising hp. Lari dari semua bunyi yang tak menenangkan.


Nak bercuti di pulau yang indah. Nak tengok keindahan pantai. Dengar deruman ombak memukul pantai. Nak dengar bunyi kicauan burung. Hirup udara pagi yang segar. Tenang rasanya jiwa.

Tengah melayan perasaan, mak datang bersama sepinggan buah. Terima kasih mak.



***************************

Aku ingin punya sayap agar aku bisa terbang...............
 

Monday, December 13, 2010

Munafiknya Kau Manusia !

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Kau suka bermain dengan kata wahai manusia. Sekejap kau kata A, sekejap kau kata B.

Sekejap kau cakap begini, sekejap kau cakap begitu.

Eh manusia! Kau tau? Tau tak? Kau suka buat orang lain marah dengan kau.

Sikap kau yang tak ubah seperti talam bermuka-muka. Betul ke peribahasa aku ni ? Ah, pedulikan.

Dah terlalu lama aku bersabar, dan aku masih bersabar selagi kesabaran itu masih milik aku.

Sampai bila ? Mungkin sampai seekor anak lembu menjadi dewasa dan mempunyai 2 ekor anak kot. Betul. Aku tak tipu.

Memang aku punya tahap kesabaran yang tinggi. Tapi, jangan suka menguji aku. Sampai satu tahap aku juga boleh bertukar menjadi hulk. Aku bukan malaikat.


********************

Terkadang aku bingung dan aku hairan. 
Kenapa di zaman globalisasi sebegini masih wujud manusia sebegitu?

*tanda tanya bermain di kotak minda*

Hmm......

*keluhan panjang*

Ikutkan hati mahu saja ku tumbuk manusia sebegini. Mau saja ku humban mereka ke sebuah pulau. Biarkan mereka kebuluran, biarkan mereka terkapai-kapai minta pertolongan. 

Memang patut mereka diajar. Mereka tak pernah tau apa yang mereka kata. Mereka sering kali memungkiri janji yang pernah mereka tabur. 

Tanda orang munafik itu ada tiga:
"Jika berkata, dia dusta. Jika berjanji, dia ingkar. Jika diberi amanah, dia khianat".

Semoga kita menjauhinya.

*******************

Susah untuk berinteraksi dengan manusia sebenarnya. Nak tak nak, terpaksa juga. Sebab aku juga manusia. Memang manusia saling memerlukan satu sama lain. 

Disebabkan sikap saling bergantungan itulah, aku tak dapat lari dari bertemu dengan manusia lain. Simbiosis ini menyebabkan aku seringkali mengeluh. 

Adakala keluhan itu tebaik untuk aku. Bukan tidak bersyukur. Menyesali sesuatu, jauh sekali. Cuma terasa dengan sedikit keluhan, hati ini sedikit terubat. 


********************

Lama aku menghilang, lama aku menyepi dari menulis bukan sebab aku malas. Cuma aku mahu simpan semuanya dalam hati. 

Akan tetapi, aku tak rasa kuat tuk tanggung sendiri. Aku kembali semula ke dunia maya. Dunia yang mana aku tak dikenali. Ok. Cuma ada segelintir saja mengenali aku. Itu sebab aku publish kan di facebook. 

Dunia maya ini, aku bebas bersuara. Aku bebas melakar. Kebebasan itu satu kepuasan. 

Peduli apa orang nak kata. Manusia memang gemar mengata. Habis satu cerita, disambung cerita lain. Tah bila nak habis, hanya mereka ada jawapannya.

Aku melakar, aku mencoret apa yang aku rasa, apa yang aku lalui dan aku rasa kita semua punya cerita yang sama.

Keadaan hati yang gundah mampu membantutkan segala kerja yang hendak dibuat

Tah kenapa hati terasa semacam ada yang tak kena.

Puas aku memujuk diri.

Ku pusing kanan, ku pusing kiri.

Seolah ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku tika ini. Sepatah ditanya, sepatah juga aku menjawab. Itu kalau rajin, kalau terasa berat sangat nak buka mulut, ku diam membatu. Seolah-olah tak mengendahkan percakapan orang.

Memang ada yang tak kena. Tapi, apa?

Aku bangun untuk menyaksikan pasukan aku berentap melawan Tottenham malam ni. Dan, aku dapat rasa yang pasukan aku akan kalah. Kedudukan sekarang seri. Ok. Berharap mereka dapat perform dengan baik.

Asalnya aku nak siapkan report yang tertangguh, tapi sampai sekarang tak disentuh lagi. Nak tunggu sampai kerja berlambak kot baru sedar nak siapkan.


*******************

Tak faham dengan sikap segelintar manusia. Tak pernah cukup dengan apa yang ada. 

Barangkali kalau dapat duit sejuta mungkin mereka nak 2 juta pula. 

Dah ada bini satu, nak tambah satu lagi kot. 
Tapi, bila sampai soal tanggungjawab semua terdiam. Membatukan diri. Memekakkan telinga. Menutup mata. 

Buat seketika manusia jadi buta, manusia jadi pekak dan manusia jadi bisu. 

Bijak berkata tapi lumpuh melaksana.

Memang lumrah agaknya. 

Terkadang rasa macam nak marah mereka. Tapi, aku siapa ? 

Cuma pelajar yang baru setahun jagung. Tak banyak makan garam lagi berbanding mereka yang dah lama hidup dan jumlah garam yang dimakan mungkin lebih dari aku. Sebab tu, dalam usia mereka senang untuk mengidap serangan jantung. 

Kalau kita berkias memang takkan ada yang faham punya. Kalau ada pun, mungkin buat-buat tak faham. Oh manusia. Pening dengan gelagat manusia ni.
********************

Keputusan perlawanan : Chelsea 1 - Tottenham 1 . Seri la pulak.

Game dah tamat, mata terasa berat. Rasanya cukup coretan tuk hari ni.

Semoga hati ini kembali tenang pagi esok.

Saturday, December 4, 2010

Hati Sebersih Kain Putih

Hati ini sangat tersentuh bilamana terjaga dari tidur yang lena.

Melihat 4 kelibat manusia. Ya. Manusia.

Jam menunjukkan pukul 5.50 am. Bukan petang tapi pagi.

Mereka berempat bangun disaat manusia lain sedang asyik dibuai mimpi yang indah.

Siapa mereka ?

Mereka cuma manusia seperti ku.

Bukan makhluk halus atau apa pun. Mereka manusia.

Apa mereka berempat buat di waktu sebegini ?

Kelihatan seolah beratur dalam satu barisan.

Si kakak, diikuti 3 adiknya yang lain.

Tidur ku terganggu dek terdengar derapan kaki mereka.

Aku cuba membuka mata walaupun agak berat seolah mataku telah dilekat dengan sejenis bahan pelekat sehingga menyukarkan aku membuka kelopak mata dengan luas.

Si kakak masih seorang budak yang aku fikir masih mentah dan terlalu sukar untuk budak yang sebayanya melakukan perkara sama seperti yang dilakukannya di saat jarum pendek jam di dinding tepat berada di angka antara 5 dan 6.

Gelap dan sunyi diluar rumah. Kesejukan embun pagi membuat aku kembali menarik selimut dan membaluti badanku dengan niat untuk meneruskan pengambaraan di alam fantasiku.

Akan tetapi, kelibat mereka berempat kelihatan seolah mengganggu tidurku.

Si kakak seorang murid darjah lima, dikuti adiknya yang cuma beza setahun, dua, dan tiga tahun darinya.

Masing-masing mengambil tikar sejadah dan membentang kira-kira selangkah dari tempat tidurku.

Dalam kesamaran itu, dapat aku saksikan, si kakak, 2 adik perempuan yang lain dan seorang adik lelakinya dalam lagak mahu menunaikan solat.

Aku tersentuh seketika.

Aku memerhatikan mereka dalam kesamaran. Kedengaran mereka tertanya-tanya siapakah yang tidur berhampiran tempat mereka solat. Ya. Aku baru sampai ke kampung malam Sabtu semalam.

Aku benar-benar tersentuh melihat mereka.

Siapa mengajar mereka ?

Mereka bangun sejurus terdengar azan subuh. Ya Allah.

Mereka bukan anak orang alim-alim.

Di saat itu, teringat kembali sewaktu di zaman kecilku.

Bukan kata nak bangun pagi, nak bangun subuh memang jauh panggang dari api lah. Kalau subuh pun mungkin subuh gajah orang kata. Subuh diwaktu matahari mula menampakkan diri.

Tapi, empat beradik ni buat aku tersentuh.


********************


Matahari mula menampakkan diri.

Aku sibuk melayan karenah empat beradik tadi bersama si bongsu yang masih berumur 6 tahun.

Sempat aku bertanya salah seorang dari mereka bila besar nak jadi apa?


Eisya, bila besar nak jadi apa?
 
Eisya nak jadi ustazah.


Terkesima aku.

Buat pertama kali seumur hidup aku selama 23 tahun, aku mendengar cita-cita seorang budak yang baru darjah 4 hendak menjadi ustazah.

Kagum.

Dia dan adik yang lain tak pernah meninggalkan solat kecuali tertidur.

Dan aku ??

Ahh, tak payah nak di bandingkan lah. Jauh sekali bezanya.

Budak yang masih tak mengerti apa, hatinya bersih seperti kain putih.

Peliharalah mereka Ya Allah.

Jangan biarkan mereka terleka dan lalai bila mereka mula mengenal dunia.

Betul orang cakap iman memang tak dapat diwarisi.

Anak seorang alim ulama belum tentu menjadi alim seperti ayahnya.

Dan anak seorang penipu besar tak mustahil akan menjadi alim ulama bila besar.

Siapalah kita yang kerdil ini untuk menilai insan lain ?

Thursday, December 2, 2010

Penantian Itu Memang Menyeksakan !

Ah. Lamanya tak update blog ! Rindu nak mengarang. Rindu nak berpuitis. Hehe.

Maaflah semua. Kebelakangan ni sibuk memanjang. Biaselah bila kelas pun dah bermula. Assimentnya la. Itu lah inilah. Jadinya bila nak update blog je, terbantut.


*******************

Benci bila terpaksa menunggu. 

Benci bila orang dah berjanji pukul 10, tapi datang pukul 12 ! Benci !! 

Mood terus mati dan hilang rasa teruja untuk enjoy. 

Ah ! Spoil betul la. 

Manusia suka berjanji dan manusia itu sendiri suka melanggar janji yang dibuat. 

Aku memang pantang bila orang tak menepati janji. Serius.

Nasib la mood hari ni agak baik. Boleh kontrol emosi sikit. 

*******************

Entri ni sekadar mengisi masa lapang menuggu orang yang berjanji datang pukul 10pagi, sekarang dah jam 11pagi. 

Terima kasih kerana mengajar aku erti kesabarn ye.

Saturday, November 27, 2010

Saya Akabara Chiaki

Permulaan baru bagi identiti baru. 

Nama saya Akabara Chiaki. 

Panggil Aka-chan je. ^^

Mulai sekarang, aka-chan akan menulis dengan identiti baru. Nak lari dari stalker kat luar tu. 

Huhu. Aka-chan takut. 

Sush bila terlalu femes. Haha. Oh. Tak. Aka-chan gurau je. 

Sekarang aka-chan sibuk. 

Cerita aka-chan akan menyusul tak lama lagi. Ok. 

Terima kasih kerana sudi menunggu.